BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Wednesday, January 26, 2011

PKM CINTA

apa kebendanya PKM CINTA ni?

ni istilah baru untuk cinta yang baru aku terfikir petang semalam. hmm...

cinta yang kumaksudkan di sini, cinta antara lelaki-perempuan yang bukan mahram. bukan cinta kepada allah, kepada rasul, kepada ayah bonda, kepada saudara2... dan juga kepada sahabat, guru2 serta sesiapa lagi. cinta yang pada mata aku nampak macam pelik.

cinta yang aku maksudnya, emm... cakap direct la senang. couple! pasangan kekasih!

aku baca jap artikel dekat blok wa pasal JIKA AKU JATUH HATI.

http://safwa-muslimaharapan.blogspot.com/2011/01/jika-aku-jatuh-hati.html

entri tu menyentuh hati yang sederhana ni. aku pun terfikir untuk membuat revolusi dalam kehidupan aku ni. kehidupan yang tak lama ni.

hari ni, walaupun hati macam kacau-bilau sikit memikirkan masa depan, tapi rasa motivated dengan entri2 yang aku baca hari ni.

pkm cinta, tolong jangan hadir ketika aku sedang sibuk mengejar kuliah kelak.

pkm cinta, tolong jangan ganggu fokusku kepada buku nanti.

pkm cinta, tolong jangan buat aku mengadap telefon sampai lupakan assignment dan segala perihal pembelajaranku akan datang.

pkm cinta, tolong jangan mengganas bila aku tengok orang lain menerima cinta mereka.

pkm cinta, aku tak mahu kamu selagi aku belum genggam segulung degree untuk ayahanda bonda.

pkm cinta, kamu pengganas nombor satu kerajaan hati seorang gadis yang masih perlu menatap buku. kamu yang merosakkan segala tumpuan dan ingatan aku. kamu yang akan buat aku asyik tersenyum sendiri macam orang gila. kamu pengganas paling bahaya.

ahh.... darurat ini kuisytiharkan bila mana aku selalu diasak dengan pertanyaan:

"kau dah ade pakwe??"

uhhh.... darurat ini mungkin akan tamat bila sampai waktunya. bila pkm cinta menjadi wataniah cinta. hmm... hahaha.



0 comments:

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner