BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Saturday, September 24, 2011

c.a.i.r.o : day 13

entah kenapa, bila da masuk hari ke 13 di bumi orang, jauh beribu kilometer dari tanah air, aku tergerka hati untuk menulis.

rasa macam kejap, walaupun sebenarnya tak lama lagi je kelas dah nak mula. i just can't wait walaupun rasa cuak, takut, seram, konfius macam-macam datang nak menguji hati.

teringat pada mak dan ayah. mungkin.. ermm.. sekarang malaysia pukul 6.32 pagi. mesti mak dengan ayah dah bangun. hari ni langit kat sini cerah. cuma petang tadi mendung. hujan? belum lagi aku nampak titis air hujan dekat sini, yang ada cuma jalan tar yang basah. baru lepas hujan. hujan yang turun sesaat dua aje.

sebab tu kat sini xde longkang.

di bumi orang, aku kena kuat. dekat sini yang ada cuma kawan-kawan. tak ada mak. ayah pun jauh.
open house dekat rumah pegawai tadi. penat nak habiskan lauk. haha.. maklumlah jirankan.

Thursday, September 1, 2011

Hukuman atau Ujian?

Apabila seseorang bertanya kepada saidina Ali (as), "Bagaimanakah kita tahu bahawa masalah yang datang kepada kita adalah hukuman atau ujian?"

Saidina Ali (as) menjawab, "hukuman akan membawa kita jauh dari Allah manakala ujian akan membawa kita kepada Allah.

Harga Sebuah Kemaafan?

Malam masih awal ketika jari ini mengetuk keyboard lappy. Berbicara secara maya dengan seorang teman yang kusanjungi. Ada sedikit perkara yang ingin kukongsikan. Tentang kemaafan.

Aku salute sangat dengan dia. Kemaafan masih sudi dihulurkan kepada orang yang telah mmebuatkan dia hilang segalanya. Katanya, biar orang yang bersalah itu diadili Allah dan biar perjalanan orang itu ke negeri akhirat mudah kerana nilai sebuah kemaafan yang telah diberikan secara ikhlas itu.

Lama aku terdiam baru jemari aku kembali mengetuk keyboard, membalas bicaranya.

Allah Maha Adil. What you give, you gonna get it back. Itu yang dia cakap pada aku.

Walaupun pada awalnya, aku agak tidak bersetuju dengan pendirian dan kata-katanya tetapi akhirnya ketukan jemari di keyboard tiada lagi berbalas. Maafkan aku jika perasaanmu terganggu, teman. Sungguh bukan niatku. Kata-katanya benar. Hulurkan sebuah kemaafan. Mungkin? Supaya hidup lebih tenang dan damai? Mungkinkah?

Kalau kamu merasakan harga sebuah kemaafan itu terlalu mahal untuk diberikan kepadamu, jangan sesekali berbuat jahat kepada orang lain.

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner