BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Monday, January 31, 2011

Risau dan Lega

Hari ni baru aku sempat bukak newspaper. Ouh... ada berita dari Mesir Rusuhan kat Kaherah makin teruk. 
Hati ni jadi tak sedap pulak. Macam mana lah Qid and Wan kat sana?
tHEY all uh cousins aku yang duk wat medicine kat sana. 

Dengar cerita Alang( cousin's mother), lapangan terbang ditutup. Ntalah...
Agak lawak pun ada jugak. Alang suruh Qid simpan stok makanan and she said that she already bought onions!
Ooo ALLAH! Only onions? Kalau aku agaknya, bawang boleh diterima lagi and beras. And.. sayur campur Pastu masak bubur everyday. Hehe... jimat dong.
Qidah, sudahlah balik cuti lama lagi, Ni baru Februari, and nak tunggu April, ko bole kering kalau pergolakan tuh tak selesai.
Alhamdulillah, at least aku tau budak berdua tu selamat. Haha, Qid, after a year tarak jumpa, macam manalah dia sekarang? Hehe...

Lega. ALHAMDULILLAH...

Huhu, baru hari ni aku rasa tenang sikit. Selalu kepala otak serabut je.
Aku rasa... lebih lega sekarang.
Lebih tenang untuk bernafass, ALHAMDULILLAH.
Doaku didengar untuk bernafas lebih tenang hari ni dan hari-hari akan datang.
Insya-ALLAH, aku akan cuba sehabis baik untuk study ku ini.
Kamu2 yang membaca, harap tolong doakan ea!

Sunday, January 30, 2011

I'm Happy!

Ni la video yang di'hadiah'kan oleh cousin aku ntuk sepupu dia yang agak bengong memikirkan soal masa depan...

lelaki dalam video ni buat aku terfikir. 
terfikir, betapa banyak lagi nikmat kurniaan ALLAH untuk aku.
Untuk diucapkan ALHAMDULILLAH, (^^,)

Masih aku duk memikirkan masa depan jugak walaupun selepas menengok video nih. 

mula-mula, dia buat aku agak bengang. aku tengah teruje mahu meluahkan sesi luahan hati( haha)... dia pulak syok tengok Grey's Anatomy. Luckily jauh, kalau tak memang nak kena ketuk dengan aku uh!

Bila dah habess cerita tu, barula start ym balik dengan aku. Barulah nak pujuk-pujuk aku. Cett... 

itupun, aku mulakan mukadimah, dia start dengan konklusi Grey's.
hilang sabar and hilang mood...
barulah dia nak dengar betul-betul...

Lala said: 
we have to believe in ourselves
and
most important, believe in ALLAH

Itu cousin aku cakap. Aku tak idea macam mana Shakey ley dapat JPA dengan penuh bergaya.
huhu... 
Aku sokong pe yang sepupu aku tuh cakapkan. 
Benar.

Aku rasa, aku perlu adjust sikit mind-set aku nih. 
Tarik nafas...

Tenang. 

Al- Insyirah jangan lupa.

Insya-ALLAH segalanya dipermudahkan ALLAH.

Pesan ustaz Zul: 
Antara takut dan harap.

Fuhh...
Aku harap aku boleh bernafas dengan lebih tenang selepas ini.
ALHAMDULILLAH....(^^,)


Saturday, January 29, 2011

Atie Kata Rilex.....

atie kata rilex. huh???
huh? rilex????
senangnya bila cakap, aku yang menanggung ni jugak haru-biru sorang diri.

rilex untuk apa? lagi dua hari masuklah bulan Februari 2011, huhu! Sebulan lagi result akan keluar. ALLAH saja yang tahu betapa haru-birunya hati ni tunggu result. 

Kawan-kawan yang lain, tak tahulah apa yang diorang rasa. Maybe sama je kot macam aku, tapi diorang tak tunjuk sangat. Berjaya mengawal perasaan sendiri. Huhu... kenapa aku tak macam tu? Kalau nervous, memang nampak terang dan nyata. Bila dah nervous, kaki tangan semua start sejuk.

aduhai.... sungguh! tak nak hampakan mak ayah, nak tengok senyum cikgu2! 

ni je la yang aku nak coretkan. tak tahu da apa lagi nak tulis. minda dah sesak. 

Mata?

..:: dah pukul satu!::...

mata ni still lagi tak nak pejam, walaupun dah mengantuk sebenarnya. jari pulak terasa nak menaaip. baru je.

hmm... gembira jugak bila dicontact semula oleh kawan lama. kawan time jadi budak nakal di sekolah rendah agama dulu...

so, ada reunion cuma berdua di Dataran Pahlawan lepas CNY ni. huhu... awal-awal lagi aku dah pesan pada Tira, my friend uh... aku tammo lepak kat k-box ke games ke whateva!

guess aku ajak lepak di mana? ngeh3... aku ajak gi kedai buku. tengok-tengok buku-buku yang bagi manfaat, takpun masuk kedai gadjet. Hatten Sq, dah bukak kan? Anyway tammo la  labur senang2 je duit pada tauke games tu semua. Satu token kena RM1 tau. Mahal bagi aku!

Hmm.... dah lama sangat tak jumpa dia. Macam mana lah agaknye eh? Dahlah reunion berdua aje... haha. Tadi text dengan dia, banyak benda nak share tapi aku pendamkan je. Haha.... kenapa? Sebab simpan cerita untuk hari reunion uh... karang takde benda mau story.....

Dah sampai masa untuk mengalunkan irama mimpi.

Thursday, January 27, 2011

sYuKuR!

before aku pejamkan mata malam tadi....

aku hantar satu mesej pada somebody, tentang sahabat....

pagi aku bukak mata and cari handphone.

one message received!


so.... aku pun bukak la inbox. from fad! another pjj friend aku...

LiFe iS a GiFt FrOm ALLAH,
nEVeR rEgReT a DaY iN yOuR LiFe,
gOoD DaY gIvEs You HaPPiNeSs,
BaD DaY gIvEs YoU eXpErIeNcE,
bOtH aRe EsSeNtIaL,
nEvEr sToP sYuKuR tO aLLaH!


mesej ni yang buatkan aku berfikir sejenak.
betul jugak! so aku sedang menyiapkan diri untuk menerima apa jua kenyataan dalam hidup ni.


kata syima, : allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua!


syukur~
kerana aku masih seorang islam hari ini


syukur~
kerana aku masih ada ayah dan ibu


syukur~
kerana allah masih mengurniakan nikmatnya


syukur~
dengan mata yang bantu kumelihat


syukur~
dengan tangan yang aku ada untuk teruskan pekerjaan


syukur~
untuk segalanya!








Wednesday, January 26, 2011

PKM CINTA

apa kebendanya PKM CINTA ni?

ni istilah baru untuk cinta yang baru aku terfikir petang semalam. hmm...

cinta yang kumaksudkan di sini, cinta antara lelaki-perempuan yang bukan mahram. bukan cinta kepada allah, kepada rasul, kepada ayah bonda, kepada saudara2... dan juga kepada sahabat, guru2 serta sesiapa lagi. cinta yang pada mata aku nampak macam pelik.

cinta yang aku maksudnya, emm... cakap direct la senang. couple! pasangan kekasih!

aku baca jap artikel dekat blok wa pasal JIKA AKU JATUH HATI.

http://safwa-muslimaharapan.blogspot.com/2011/01/jika-aku-jatuh-hati.html

entri tu menyentuh hati yang sederhana ni. aku pun terfikir untuk membuat revolusi dalam kehidupan aku ni. kehidupan yang tak lama ni.

hari ni, walaupun hati macam kacau-bilau sikit memikirkan masa depan, tapi rasa motivated dengan entri2 yang aku baca hari ni.

pkm cinta, tolong jangan hadir ketika aku sedang sibuk mengejar kuliah kelak.

pkm cinta, tolong jangan ganggu fokusku kepada buku nanti.

pkm cinta, tolong jangan buat aku mengadap telefon sampai lupakan assignment dan segala perihal pembelajaranku akan datang.

pkm cinta, tolong jangan mengganas bila aku tengok orang lain menerima cinta mereka.

pkm cinta, aku tak mahu kamu selagi aku belum genggam segulung degree untuk ayahanda bonda.

pkm cinta, kamu pengganas nombor satu kerajaan hati seorang gadis yang masih perlu menatap buku. kamu yang merosakkan segala tumpuan dan ingatan aku. kamu yang akan buat aku asyik tersenyum sendiri macam orang gila. kamu pengganas paling bahaya.

ahh.... darurat ini kuisytiharkan bila mana aku selalu diasak dengan pertanyaan:

"kau dah ade pakwe??"

uhhh.... darurat ini mungkin akan tamat bila sampai waktunya. bila pkm cinta menjadi wataniah cinta. hmm... hahaha.



Tuesday, January 25, 2011

aKu iNSaN BiasA: Tips Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

aKu iNSaN BiasA: Tips Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran



Tips Pelajar Cemerlang Menurut Al-Quran

assalamualaikum!
aku ni baru sahaja pusing2 negara maya... jadi nak share sikitla.
memandangkan aku ni pun masih lagi dalam proses pembelajaran yang masih panjang, so... check this out k!

artikel ni aku cuma tolong copy and paste kan kat blog aku sekadar untuk di share dan di praktikkan pada sesape yang sudi nak baca and praktikkan.

MOGA KITA SEMUA JADI PELAJAR CEMERLANG!!

TIPS MENJADI PELAJAR CEMERLANG MENURUT AL-QURAN


  • Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT
Hmm...  
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." [23:1]

Ye, ini merupakan satu jaminan di pandangan mataku. Yakin, percaya dan iman. Bergerak seiring dan senada. 

[B]Keyakinan, kepercayaan and keimanan kepada Allah SWT [/B]

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." \[23:1]

Iman dan kejayaan disebut oleh Allah SWT dalam ayat yang sama. Maka imanlah faktor utama kejayaan. Dan keyakinan yang tinggi inilah yang akan melahirkan sikap positif yang bakal disebutkan dibawah.

02.[B]Fokus, bersungguh-sungguh, sepenuh hati[/B]

"iaitu orang-orang yang khusyuk dalam solatnya." \[23:2]

Lakukan satu-satu perkara dalam satu-satu masa. Jangan mencapah dan melayang fikiran ke sana ke mari. Lakukan dengan sepenuh hati, bukan sambil lewa.

03.[B]Prioriti. Mengutamakan apa yang utama.[/B]

"dan orang-orang yang menjauhkan diri dari lagha (perbuatan dan perkataan yang tidak berguna)." \[23:3]

Kebiasaannya dalam menghadapi musim peperiksaan yang penuh tekanan, kita cenderung untuk berehat dan menenangkan minda dengan hiburan, menonton drama, bersembang di Facebook dan seumpanya sehinggakan selalu sahaja melebihi daripada masa rehat yang telah kita peruntukkan. 

Sebaik-baiknya kita mengoptimumkan penggunaan masa untuk belajar, dan mengisi masa rehat kita dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti membasuh, melipat atau menggosok baju, bersenam untuk melancarkan perjalanan darah di dalam badan dan bermacam-macam lagi yang anda sendiri lebih sedia maklum.

Namun, sebaik-baiknya kita gunakan masa rehat itu untuk mengambil wudu', melakukan solat sunat dan membaca Al-Quran. InsyaAllah apabila kita lebih rapat dengan Allah SWT, jiwa kita akan lebih tenang dan ia akan banyak membantu dalam usaha kita mengulangkaji pelajaran.

Kita dikehendaki menghindarkan diri dari perbuatan mengumpat pensyarah/guru kerana perkara-perkara sebegini tidak mendatangkan faedah kepada masa depan anda, tidak menambahkan markah untuk kertas peperiksaan yang bakal/telah diduduki, malah boleh mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah SWT.

04.[B]Prihatin sesama kita[/B]

"dan orang-orang yang menunaikan zakat." \[23:4]

Walaupun sedang berada di saat-saat genting, janganlah kita bersikap terlalu mementingkan diri, dan mengabaikan kawan-kawan yang lebih susah di sekeliling kita. Kongsilah apa yang termampu, samada ilmu, kertas-kertas soalan tahun lepas dan lain-lain. [I]Sharing is caring[/I].

05.[B]Jaga hubungan antara lelaki dan perempuan[/B]

"dan orang-orang yang menjaga kehormatannya. kecuali terhadap isteri-isteri mereka, atau hamba yang mereka miliki, maka mereka (isteri dan hamba) dalam hal ini tiada tercela. Sesiapa yang mencari dibalik itu, mereka itulah orang-orang yang melampaui batas." \[23:5,6,7]

Janganlah kita menggunakan alasan belajar untuk melanggari batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan ajnabi, misalnya dengan studi berdua-duan, kemudian pulang ke rumah berpimpin tangan, atau asal tertekan je mesti nak bergayut atau ber[I]chatting[/I] dengan kawan lelaki/perempuan anda.

Padahal Allah SWT kan sentiasa ada, sentiasa melindungi dan sentiasa menolong jika kita mencari dan meminta pada-Nya.

06.[B]Jujur, amanah[/B]

" dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janjinya."\[23:8]

Bukankah kita telah berjanji dengan pihak penaja dan ibu bapa kita untuk belajar bersungguh-sungguh? Lebih penting lagi, bukankah kita telah berjanji dengan Allah SWT untuk memanfaatkan peluang kehidupan sebagai seorang pelajar yang telah dipinjamkan-Nya kepada kita sebagai medan untuk kita mengutip ilmu, pengalaman dan pahala buat bekalan di akhirat sana?

Elakkan menipu ketika peperiksaan. Andai penjaga peperiksaan meminta kita berhenti menulis kerana masa sudah tamat, jangan pula kita terus menulis. Sebaliknya sebutlah "Bismillahi tawakkaltu 'ala Allahi wala haula wala quwwata illa billahil 'azim."

07.[B]Tepati waktu[/B]

"dan orang-orang yang memelihara solatnya." \[23:9]

Konsep yang boleh diambil dalam konteks kehidupan seorang pelajar Muslim ialah supaya sentiasa belajar dengan berdisiplin, menepati masa, tidak berlengah-lengah, menjaga kualiti dan produktiviti harian kita. Jika sebelum ini kita diingatkan supaya berhenti menulis apabila tamat masa peperiksaan, kita juga perlu memulakan perjuanganan kita dalam pelajaran dan peperiksaan seawal yang mungkin. Memelihara solat lima kali sehari setiap hari juga mengajar kita untuk tidak berputus asa atau berpatang arang di pertengahan jalan.

Namun janganlah kita hanya mengaplikasikan konsep-konsep ini untuk akademik semata-mata. Penekanan utama dalam ayat tersebut supaya kita menjaga hubungan kita dengan Allah SWT kerana kita akan kembali mengadap-Nya dengan amal-amal kita, bukan dengan berapa gulung ijazah yang berjaya kita perolehi. Belajar dan ijazah hanyalah alat untuk kita mencapai keredhaan Allah SWT dan merebut peluang mewarisi syurga-Nya.

" Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Iaitu yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal didalamnya." \[23:10,11]

" ....Maka di antara manusia ada yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia.' Dan tiadalah baginya bahagian di akhirat."\[2:200]

"Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari seksa neraka." \[2:201]

"Mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah sangat cepat perhitungannya." \[2:202]


First Day 4 Eng Course 2

hmmm....

satu kelas yang menarik. 5 bintang kuberi!
mata dah bagi signal suruh pejam. Nanti kalau aku tertidur esok kat pejabat, habislah. Sure mak marah. Haha... tapi apa aku nak buat lagi, memang borink tahap gaban kat office tu. Duk pejam mata, tengok notebook ni sampai aku rasa power aku makin bertambah. Haa... nak share sikitlaa pasal english yang aku attend tadi.

Kelas mula pukul 8 malam. Aku lewat. Tapi nasib baiklah Prof punyalaa sporting. Aku suka Dr. Irene tu. 
Aku duduk sebelah sorang budak MOZAC. Atikah namanya.

Lepastu, aku dapat sorang lagi geng yang memang menggamatkan laa kelas malam ni. Kakak ni namanya Zarina. Tanya-tanya, rupanya ex-sharodz la. Laa orang kampung rupanya . Haha...

Dia tahun '98. Lama dah tu, aku baru 5 tahun. Comey lote lagi...

So..kitorang punya first lesson dengan Dr. Irene hari ni pasal conversation pasal introduce diri sendiri dengan orang lain. Ada group work. Aku, tka, n kak Zarina kena pergi depan untuk kenalkan diri masing-masing.

Group last sekali. Aku sangatlaa terperanjat and tak sangka kak zarina ley usik sorang mamat yang tersangatlaa pemalu ini.

haha. ape ek nama dia? tak ingatla... tapi sebaya aku la. tunggu result jugak. 
"You look handsome tonight!"

Cehh..kakak sorang ni. Boleh pulak cakap macam ni. haha... satu kelas bantai gelak. mesti mamat tu malu, sebab dia pun masa kenalkan diri pun nampak macam blur and malu2.

Dr.Irene siap pesan, lepas ni jangan komen macam tu lagi. Haha... tapi aku memang enjoy kelas malam ni. Oh ye, disebabkan kelam-kabut sebab lambat, aku tekan la lif. tapi tertekan basement pulak. haha... malunye...

ada dua orang student uitm kot... tolong tekankan butang ke atas. tingkat 13 macam lama je. kelam-kabut aku. haha... main redah je masuk. lantaklah... janji aku perlu cepat sebab dah lambat!

so... rabu ni kelas dengan Puan Afida. Belum tahu lagi rupanya macam mana... 
oo ye, aku masih menanti dalam debar lagi. haha... pe lagi kan? result terchenta laa...

dah tataw apa nak dicoretkan lagi. hmmm.... next week kena cerita pasal object yang penting dalam hidup kita. aku pilih laptop, tapi nak kena bawak laa ke kelas minggu depan. nanti apa aku nak cerita ye? pasal pakwe aku si Microsoft Word?? Hmm... tengoklaa nanti. Now perlu tidur, sebab esok perlu bangun awal.

Monday, January 24, 2011

Lirik Azfar - Akan Ku Jumpa

Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

Ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
untuk mengejar diriMu



Aku pun tataw kenapa aku tibe-tibe terlayan layan jiwang pepagi buta ni. hahha... hmm... ni mesti kes ejen pencari jodoh yang sibuk dok risaukan aku. hahha.... tira...tira...
aku baru 18 dah bising... hahha... 


aku belum dewasa, ngaa... masih perlu sesakkan otak pasal study lagi la tira oii.... 
kalau aku kejar cinta pun, aku harapkan cintaNya, 

Friday, January 21, 2011

UKM?

....mengantuknya mata. rasa macam tak larat nak buka!
tadi check email. ouh... balas pun orang kat ukm ni.
hah? terkejutnya aku. haha... tahu kenapa?

dulu, tahun 2010... ceh, dulu la sangat. aku diberitahu dak ain yang ukm ada matriks sendiri. aku pun try cari kat internet, memang ada tapi banyak pasal reunion tahun 199_ la. tu aku rasa makcik2 yang masuk da lama graduate da.

so aku dengan yakinnye pergila emailkan pada bahagian pelajar ukm. bertanya pasal matriks ukm ni. haha.... rupa-rupanya tarak laaa...

ain bawak cite dongeng kat aku. sampai aty kau ain...sob.. sob.. sobb...

haha. ukm ni pun dalam intaian aku jugak. yelaa... mula2. kak ontel graduate sana. master in biochemical. dulu time aku kecik2, aku tanya kak ontel uni mana. bila dia cakap ukm, aku selalu cari signboard ukm bila pergi rumah alang dekat kajang ataupun melawat angah dekat pandan.

selalunya aku nampak signboard upm dulu. bila nak balik baru aku nampak signboard ukm. itupun kalau ada lalu area bangi la... hahah. budak-budak, polos sangat!

kaunselor mak cadangkan aku mohon program uia. hmm... pape pun tengokla result aku macam mana nanti.
hari ni nor balik. tomorrow pergi karnival upu. bilik beliau tak kemas lagi!!! huhu, kau baliklah lambat sikit. aku ni terlampau busy, tak sempat nak kemas2 nie...

ni mak dah bagi aku assignment baru. menaip 231 budak punya markah koku dari f1 sampai f5. aku sampai tertidur-tidur buat benda alah ni. layan pulak lagu syahdu si vince ni, lagilah kuat gam gajah mata aku ni.

now da tak ngantuk sangat. da layan lagu nazraku.

sekarang aku tengah menunggu email balas dari uitm pasal ausmat. semalam mak dah tanya pasal program tu. adoiii macam mana nak bagitahu mak ni yang ayah ummi tak berapa nak tahu pasal program ni? ni .... aku tengah fikir, ada ke borang untuk program tu? ke uitm akan tawarkan sendiri untuk calon yang eligible? sebab aku dengar ausmat uitm ni kalau tak silaplah bawah intec kan? so mestilah gov yang hantar, betul tak?

huhu, sesiapa yang terbaca artikel ni and tahu pasal ausmat di utim, bagi komen ok. share2 la...




Thursday, January 20, 2011

Lovely Friends!

so... hari ni nak tulis sikit pasal budak-budak 5Ibnu Khaldun yang memang la sentiasa dalam ingatan aku. Ngaa... come. Aku berikan komen tulus ikhlas punya!

That Puan Salmah, is my ex-class teacher. Cikgu Salmah, pada pandangan mata aku sangatlah caring orangnya. Nasihat untuk kitorang yang kadang-kadang deeegiiil ni, dia tak pernah lupa nak beri. Cikgu Kimia yang aku cayang. Ngaa... cikgu ada kenangan dengan aku. Tapi sorrylaa... i tak boleh nak share kat sini sebab personal kn... cikgu, cikgu di hati!

tu, ummi. ni la ketua kampung 5IK. orang paling busy dalam kelas tu, selalu lupa nak bagi attendance, sebab busy sangat kn? jangan marah mi... gurau2 je. antara subject favourite dia, kimia. she loves english and biology too.

tiqa. cita-cita nak jadi lecturer addmath. oit budak, moga kau berjaya ye! time duk kat rumah dia, asyik suh aku makan je. apa nak komen lagi ye... overall memang kita terlampau banyak sangat kenangan kita. memang antara teman terbaik pernah aku ada. ohh ye, ari tu kata nak belanja makan after result keluar kan? kutuntut janjimu!!!!



huda. yeah, itu dia budak nogori. huda join ik tahun 2010. ni bakal petroleum engineer. masa aku tengah taip entri ni, dia dah ada pun dekat UTP untuk foundation PE. this girl duk satu dorm dengan aku time SPM. huda, macam pernah aku sebut dulu, aku harap kau mesti ingat pada mak cik dewan makan yang sampai hati kantoikan kita tu??

walla... nilaa K.A.M.I.
wani amiruddin, dia la geng aku time jadi outsider. cita-citanya nak jadi dentist. smile... smile... smile... yes, macam tu lah! mesti nampak gigi taw... haha.
emm apa lagi nak komen yea,( ingat senang ke nak komenkan semua orang??) ok. aku rasa kau pun teman terbaik pernah aku dapat. thank you so much sebab selalu beralah pada aku ni. emm see you di ipt!

diba. dia ni duk sebelah aku masa form 5. haha, diba, awak ingat lagi kita terkantoi kes 'the pearl' dengan mr. pancha? thank you sebab tolong jawabkan. time tu memang lidah memang beku. tahu sengih je tengok mr pancha. the pearl...

ni tira pulak. ni minah sorang ni, time aku coretkan benda alah ni, tengah buat part-time dekat ayamas. "umur 18 aku dihabiskan di AYAMAS!" dengau sungguh sadis statement tu. haha. almaklumlah intake ipt tahun ni lambat . bulan september. high-maintainance ni... haha. jangan marah tira oit... marah nanti pakwe lari! better jangan...

ni budak comel kecik molek.. pe lagi? anak pak cik helmi ni, emm di mataku dia okey aje. boleh cooperate dengan akku dengan senang, boleh gelak2 kalau time aku terasa nak buat lawak antara benua... hah! memang sedappp sesangat tahap sesungut dia punya roti poket doraemon even aku  syahdu jugak time pakai roti tu. sob..sob..sob... bape banyak cili kau letak ni ha??huhu... sampai hatimu wani.

pikamar!!! dia ni pun dah ada di UTP time aku menaip dengan mata yang dah berair sikit sebab hari ni entah kenapa aku ter'mengantuk' awal pulak. ni pun bakal dentist dari IK ... tapi aku dengar2 dekat UTP sekarang dia ambik information technology.( <<< geng zaty and wani helmi dlm ukm-universiti kecil molek)

teces day 2008
ni pulak kisah presiden aku ni. presiden library terhormat smkasr, presiden darul hikmah. ajk kesayangan mak yan, yang sangatlah sopan-lemah-lembut-gemalai orangnya. jarang marah...erk... macam tak pernah je. kalau syu marah (mcm auta je marah dia), dia akan cekak pinggang dan bulatkan mata sambil mulut tak lupa main peranan. lepastu gelak balik. haha... inilah presiden aku. macam2 lahh... nak sambungkan delegasi perladangan family. aku sokong syu... nanti aku ley buat lawatan ke ladangmu...
ehemmm syu, aku masih ingat lagi masa kau menangis untuk kali pertama. huhu... satu kelas ternganga! tapi penutupnya, budak ni gelak jugak. haha... macam2lah minah sorang ni.

ini budak, mula2 nak jadi lawyer. lepastu tukar pulak dah... now aku tak tahu dah. tak kisahlah waina apa pun cita2mu, aku doakan kamu berjaya, sahabat. riuh kelas tu salah sorang penyumbangnya dialah. never lupakan kitorang ni walaupun di bumi mana kau berdiri yea, cik waina...

ini dia muslimah harapan! anak pak imam yang duk depan aku, and suka menatap muka aku. haha... ni bukan statement masuk bakul naik lif  ye, tapi dak wa ni memang suka pusing belakang and tengok muka aku. hahah... jangan main-main tau. musyi arab tinggi ni. ajk cayang ustaz zul. wa pernah bagi statement maut punya pada aku. "nanti kita datang reunion bawak ramai tau ( cett... niat bawak askar keciklah tu)". haha, shafwah, i dun mind laa... kau bawaklah family besar impianmu. ni... amal tak kisah okey!
trip to terengganu 2009

ni dia budak kecik 5ik. jangan marah zaty... ni pun nak jadi dentist. sekarang aku dengar tengah buat part-time job dekat mana ntah. aku harap kau boleh capai apa yang dicita-citakan tu. neva give-up okay! aku support aje kamu-kamu ini...
mata dia ni, ehem2... masa form 4, aku pernahlah tegur zaty ni
" eh...zaty, kenapa kau nangis ni? ceritalah..." cewah... ni gaya pemujuk nombor satu Malaysia tau.
zaty pandang aku dengan muka pelik :" mana ada aku nangis?"
"Tipulah... tu mata kau berair tu. Takkan masuk habuk pulak weh?"
Ni dia jawapan tahap langit ketujuh punya selamba si zaty. hahah... "alahh mata aku kan jenis berkaca-kaca. nampak macam menangis laa"
Huh! Apekah? Kau ni memanglah zaty, aku ni punyalah penuh perasaan tunjuk concern aku.

hmm... aku teruskan lagi coretan ni ye. masih ramai lagi yang aku nak tulis pasal budak-budak ni. biarlah panjang mana sekalipun, asalkan aku puas. Hehh... ini blog kan nur amalina yang punya. haha...

dalam pic tu, bawah si zaty namanya kima. this is my anga.... loving anga. emm... dengan dia ni, berapa banyak kali ye aku pernah isytiharkan perang dengan dia? haha... tarak ingat pulak. tapi memang sepanjang 2 tahun belajau dalam kelas yang sama , memang ada je yang kitorang nak gaduhkan.
anga, kau ingat lagi kes 'sembur' ? huhu... aku nak buat pengakuan berani kat sini:
"siyes aku malu gila time tu. nak cakap sorry pun tengah perang pulak time tu kan? haha... sweet-payau-kelat jugaklah memori ni."
aku ada dengar cite yang muka anga merah time tu. sorry3... ampunkan patik. sungguh di luar kesengajaan... ngaa... haha.
masa aku tengah taip komen ni, dia kat plkn. tengah menjalani latihan di kem muar. kem apa ek? kem reakreasi kalau tak silap.

itu... masyi. aku je dapat pas VVIP untuk panggil dia macam tu. orang lain sila panggil SYIMA sahaja ya!
sementara tunggu result ni, dia buat part-time dekat kedai kek. hehe... beliau kata:
" nanti aku bagi kau resipi2 sebagai hadiah hari jadi."
haha... ceh, bila kala pulak laa aku nak mengadun tepung tu masyi? oven aku pun dah tak betul agaknya, dah lama tak guna. tapi aku terima dengan tangan terbuka seluas stadium tun fatimah kalau kau nak bagi aku.
ajar aku buat wafel... hari tu aku buat wafel jadi pancake. sob.. sob... sob... syahdu aku tau!
kawan aku yang sorang ni, jiwang 500 karat lah orangnya. haha... satu geng dengan aku. suka baca novel, macam aku jugak. suka layan perasaan, macam aku jugak!
cita-cita dia nak jadi seorang pegawai perubatan, macam aku jugak! hah... pendek kata macam semuanya macam aku jugak!

ni anak pak cik azhar. ajid namanya. ajid pun duk sebelah aku tahun ni. orangnya sangat berdedikasi, hmm... apa la cite kawan aku sorang ni? aku tak tahu laa... mungkin ambik driving license kot.
ataupun mungkin pergi kursus pape ke. ajid yang ajau aku suh letak tapak tangan dekat leher bila sejuk. aku ni pagi2 datang sekolah je menggigil, walaupun matahari dah nampak. Ngaaaa.... ajid ni cepat geli. haha.... aku suka usik dia!

ain, asalnya nak jadi engineer. tapi bapak tak bagi. tukar profession impian ke doktor. tapi anak doktor dan engineer ni tak dibenarkan untuk ambil course med jugak. disyorkan ke biotech.
hmm... ain, aku harap kau terima mesej aku tu. kita tak jadi ambik asasi upm tau. kita ambik asasi um ye. tapi itu pun aku tataw kita dapat ke tak. harap2laa kita dapat ye!
ain ni penolong ketua kampung. mulut dia, mulalah bunyi siren bila ada orang tak buat duty, especially aku ni. haha... tapi ain tu sikit lebih kurang dengan kitorang gak. thanx for the chocolate time spm ari tu!
haaa ini pun plkn punya pelatih. dekat kem mana ntah dekat negeri sembilan. ni orang nogori jugak, tapi dilahirkan di melaka. duk kat senawang.

ni dia dietetik 5ik. kina.
budak ni, sepanjang masa makan buah. epal la, oren la... haaa... ni la ajk bio.
kina ni nak jadi pensyarah, tapi aku pun tak pastilah pensyarah apa dia nak jadi.
kina, aku budak sempoi mendoakan kejayaan mu okey!
dia ni pun terpilih untuk ke plkn. chaiyok! chaiyok~
aku tak  tahulah apa lagi nak komenkan kamu, tapi aku rasa kau ni okey je. aku berbahagia je kawan dengan kau. kuatkan semangat tau! nanti aku dah tak ada di sisi... sob... sob... sob... jangan syahdu sangat aku tak ada. call je aku, insya-ALLAH mesti nur amalina jawab punyaaa!

haa... ni orang duk sekampung dengan aku. PEYA!!!!!
this girl, volume suara dia tu memangla kalau silap haribulan, gegendang telinga aku boleh meletup.
haha... kakak cayang dia mak long aku. anak encik hassan... paham2 jela siapa kan.
ni la dia tukang gunting rambut aku yang tak rasmi. time aku belajar dekat dorm dengan dia, suka duk goyang2kan kepala dengan headphone ynag berdentum. lepas tu, picit air kotak dalam cawan... bukak, patah, celup dan makan! itulah oreo versi biskut lemak. haha...
pia, sebagaimana harapanmu untuk ke UK atas tiket TESL. aku doakn engkau berjaya!

overall, kelas 5ik memang  tak macam kelas lain. kelas yang paling sikit dengan suara macam kelas teramai. kelas yang pernah... ehemmm.... nak cakap ke tak ye? takpelah, aku cakap je. selalu kena sound dengan cikgu kerana kotor dan akhirnya jadi kelas terkotor tapi.... ada tapi tau! NEXT WEEK JADI KELAS TERBERSIH, YOU!
ini bukan rekaan tau, tapi memang realiti semata-mata.
ni la kelas yang aku sayang, meskipun rupa tu kadang-kadang macam rumah dalam negara peperangan. haha... kitorang memang berperang pun. perang untuk SPM dulu.

buat bakal dentist_
"dolly, dolly kata aaaa!"

buat bakal doktor_
"ehemm... belajar jangan sampai sakit otak tau.berlemah-lembutlaa dengan patient ye!"

buat bakal pensyarah_
"jangan kedekut bagi markah ye..."

buat bakal cikgu_
"ingatlah segala kenangan kita time di sekolah dulu, sekarang rasa apa yang cikgu rasa. ngaaa..."

buat bakal semua orang2 berjaya_
"kamu jangan lupakan aku. nanti umur 25 ada reunion. TOLONG! JANGAN BAGI AKU ALASAN SIBUK!"

buat bakal professional semua_
"ingatlaa kat kawan yang sudi duk dalam kelas yang penuh  haru-biru ni sama-sama"

buat kawan2 sekelas aku_
"JANGAN BUAT-BUAT TAK INGAT NAMA AKU DALAM OTAK BILA NAK EDAR JEMPUTAN KAHWIN YEA!"

pesanan penaja:
SEE U DI STESEN BAS OR KLLIA OR LCCT TIME BALIK CUTI SEM!
sayanggggg kamu semua!



Wednesday, January 19, 2011

Time Studi Arab 4 SPM

...uhhhuuu...
kali ni nak imbau balik kenangan masa studi arab untuk paper spm la...
time ni la demam aku tibe2 je rindu kat aku, lepas tu peluk aku sampai esok hari. 


paper arab ni memanglah bagi aku mencabau bak kata Malaccan kan...bermakna mencabar. last minute study..

berkobar2 untuk paper esok hari..
miss u all.. korang2 yang temankan aku hafal majaz kinayah dan segalanya... selain dari iqtibas dan entah macam2 lagi la...
time arab..punyala sesak cari semua jenis possiblity utk majaz and kinayah...
ada la satu psl kuda..
"saya melihat kuda bermain di padang sekolah."
kuda~ merujuk kepada orang yang berlari dengan pantas
tiba2 sab ckp.."eh tu mcm hakikat je..."
"knpe plak? mana ada kuda kt padang sekolah!"
"ada..dlm cite de yaya!"
hah!hahahhaha....
itulah kenangan time study arab.. salah satu paper yang sangat mendebarkan.. sekali ambik kau! ciput je soalannya yang keluar.

pagi2 tu mata mengantuk. kepala berdenyut. mata aku panas. pia kadang2 buat konsert amal pagi-pagi buta dengan headfon yang terlekap kat kepala. 

diba pulak kadang-kadang... terbangun. kadang-kadang terlelap. bila bangun, terus ambik nota arab dekat tepi. bila terlelap, nota arab pun jatuh ke sisi.

sab, haa... ini budak selalu menyampuk tiba-tiba. ingatkan apa, tapi last2 dua-dua pihak jadi blur. sab ni mengingau ke? ngaaa... dia cakap tak, dia kata dia dengar apa kitorang cakap. tapi susah nak explain...

demi arab, aku cuba jadi irongirl kejap... subuh makin dekat. karangan pun tak hafal lagi. dorm lain ada yang terang, ada yang gelita. macam selalu, bila orang lain dah mandi, dah pakai kasut, da pergi sekolah...

J8 baru la nak rush untuk semua tu. lepas tu tercungap-cungap masuk bilik sakit. oppss... bukan sakit yea. bilik sakit dekat blok F tu memang port kitorang... terpisah daripada orang lain.duduk atas katil, jadi orang terakhir yang keluar bila cikgu panggil masuk dewan, dengan kertas subjek penuh satu katil. salam cikgu sambil mulut riuh minta cikgu tolong doakan kami, lepas tu 20 kuasa kuda, lari masuk dewan.

 lega sangat bila habis jawab paper arab walaupun time menjawab tu, ALLAH saja yang tahu apa yang aku rasa. Aku harap berbaloi la usaha kami semua berjaga setiap malam dengan result SPM yang gemilang. 11 A!!

Aamin3...  :)


Duk Boring2...

...emmm...
...emmm...
aku tengah bosan ni. ada mood nak menulis blog je ni ha. baru pukul 11. lama lagi nak tunggu pukul 5. haha boleh mati boring ni.

da merayau kat negara maya bernama INTERNET ni sampai aku dah tataw nak cari apa. dah tgk aimst, ums, upm, um, ukm, utm semalam da view, uthm, apa lagi... pantai college...

hmm... bacelor perlukan matrik/a-level/ dan seangkatan dengannya. aku ni tahap o-level je. diploma and asasi terima o-level ni. owhh... rasa macam jauh lagi perjalanan tu untuk mengejar degree di tangan.

ish3... aku tengah sedih ni. cnela baju coklat yang cantik di pandangan mata aku tu rupanya lengan pendek. time beli nmpak macam lengan panjang. cettt tertipu aku. tu yang susah kalau beli dekat jalan Masjid India ni. NO FITTING ROOM! huhu... kena pakai dekat rumah jela baju cantik tu. takpun pakai handsock la nampaknya.ermmm...

kf ni dah baik demam ke belum? hantar mesej tak balas pun... tengah tidur agaknya. huhu... sian kf, kakak xde nak tolong jaga. tolong risau dari jauh jela yang termampu.

apa nak coret lagi ye? nak sambung aeiou, rasa macam tersumbat pulak otak aku ni kejap. haha...

Layan era capsule. sapelah yang curik headphone aku ni. tengok dah tak boleh nak bukak kuat2, karang kena sound tak pasal2 je.
 ouh ye, tadi saje2 je tengok2 contoh paper business admin. hampeh satu hape pun tak faham! hahah... faham soalan jela. macam mana kaifiatnye, yang mengetahui tahu la. hahha.... ni penangan aeiou la ni.  In pun mesti fikir aku nk ambik biz admin time aku tanya dia. ngaa... jgn la marah brother-in-law-to-be. ambik kau, sikit punya panjang nama beliau. huh..semput.  In siap nasihat aku, "ambik course yang kita minat". ish dia ni, tak boley la aku nak wat research sikit. =_=

aku tanya pasal biz admin, sebab aeiou la.

emm... stop sini dulu la. hilang idea lak. ngaa... rasa macam nak coretkan kenangan dolu-dolu pulaklah. see ya!

Duk Boring2...

...emmm...
...emmm...
aku tengah bosan ni. ada mood nak menulis blog je ni ha. baru pukul 11. lama lagi nak tunggu pukul 5. haha boleh mati boring ni.

da merayau kat negara maya bernama INTERNET ni sampai aku dah tataw nak cari apa. dah tgk aimst, ums, upm, um, ukm, utm semalam da view, uthm, apa lagi... pantai college...

hmm... bacelor perlukan matrik/a-level/ dan seangkatan dengannya. aku ni tahap o-level je. diploma and asasi terima o-level ni. owhh... rasa macam jauh lagi perjalanan tu untuk mengejar degree di tangan.

ish3... aku tengah sedih ni. cnela baju coklat yang cantik di pandangan mata aku tu rupanya lengan pendek. time beli nmpak macam lengan panjang. cettt tertipu aku. tu yang susah kalau beli dekat jalan Masjid India ni. NO FITTING ROOM! huhu... kena pakai dekat rumah jela baju cantik tu. takpun pakai handsock la nampaknya.ermmm...

kf ni dah baik demam ke belum? hantar mesej tak balas pun... tengah tidur agaknya. huhu... sian kf, kakak xde nak tolong jaga. tolong risau dari jauh jela yang termampu.

apa nak coret lagi ye? nak sambung aeiou, rasa macam tersumbat pulak otak aku ni kejap. haha...

Layan era capsule. sapelah yang curik headphone aku ni. tengok dah tak boleh nak bukak kuat2, karang kena sound tak pasal2 je.
 ouh ye, tadi saje2 je tengok2 contoh paper business admin. hampeh satu hape pun tak faham! hahah... faham soalan jela. macam mana kaifiatnye, yang mengetahui tahu la. hahha.... ni penangan aeiou la ni.  In pun mesti fikir aku nk ambik biz admin time aku tanya dia. ngaa... jgn la marah brother-in-law-to-be. ambik kau, sikit punya panjang nama beliau. huh..semput.  In siap nasihat aku, "ambik course yang kita minat". ish dia ni, tak boley la aku nak wat research sikit. =_=

aku tanya pasal biz admin, sebab aeiou la.

emm... stop sini dulu la. hilang idea lak. ngaa... rasa macam nak coretkan kenangan dolu-dolu pulaklah. see ya!

Tuesday, January 18, 2011

Kf Yang Istimewa

....rasanya genap tahun ni, 4 tahun la aku buat pjj dengan kf...
pjj - persahabatan jarak jauh

aku suka sangat kawan dengan kf. ALLAH hantarkan kepadaku seorang sahabat yang sangat memahami, yang berada di sisi penuh setia.

dedicate lagu Inspirasi Hati special untuk kf. bila la agaknya nak tamat pjj ni. aku nak sambung dgn pjd lak. Persahabatan Jarak Dekat.

dia cakap "kakak ada dengan kf pun da banyak tolong kf.."

aku tak mahu melepaskan sahabat sebaik dia! sayangggg sesangat pada dia....

kf yang bagi aku semangat bila diri rasa down. kf yang temankan aku untuk study time aku pmr. yg tolong kejutkan aku pagi2 buta untuk selak buku. dia jugak yang sudi mendoakan aku untuk spm ini, yg tolong tenangkan hati bila sudah kalut semacam.

kf yang selalu dengar rungutan, marah dan rajuk aku. kf yang sudi mengembalikan kenangan untukku. haha... rasa macam kelakar pulak first time aku suruh dia panggil aku 'kakak'. tapi hari ni, panggilan tu dah biase antara kami, mungkin masih janggal pada telinga yang lain. tapi aku  tak peduli... sebab pjj ni antara aku dengan dia aje.

kf yang kadang2 buat aku tak jadi nak marah , lalu digantikan dengan merajuk sahaja. tapi nak merajuk lama2 pun tak boleh. sebab ada je modal dia nk ambik hati ni balik. haha...

hmm... masih ada hutang 1 dinner dgn dia. dia~ coklat 11 bar untuk aku...ngeh3...
tak sabar nak pergi gerik!!!!
takpun kf... turun jela negeri hang tuah ni, kakak tunggu, heheh... cepat2 sikit... b4 kakak perlu ke mana2 ...

Kemarau Cinta


Asyura melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk di ruang tamu.Alat kawalan jauh televisyen dicapai lalu butang berwarna merah ditekan.Bila televisyen berfungsi,dia menukar siaran.Terus menukar dan akhirnya ditutup kembali televisyen tersebut.
Sekitar ruang tamu itu diperhatikan.Seketika dia mengeluh pendek.Kebosanan tiba-tiba melanda dirinya.Kemudian dia mengerling pada jam di dinding.Sudah jam enam petang.Seketika fikirannya menjengah memikirkan Fahmi,lelaki yang hampir tiga tahun menjadi suaminya.Masih belum pulang dari pejabat.
“Err…Mak Mah!”panggil Asyura sebaik sahaja terlihatkan pembantu rumahnya yang telah melewati usia separuh abad itu.Wanita itu menoleh dan langkahnya terhenti.Asyura mengukir senyuman.
“Mak Mah…mari sini.”
Seketika wanita itu melangkah ke arahnya.
“Mak Mah dari mana tadi?”soal Asyura lalu membetulkan duduknya.
“Dari halaman Cik Puan.Ada apa Cik Puan panggil Mak Mah?”tanya Mak Mah sopan.Asura tersenyum simpul.
“Mak Mah,kalau temankan Ara berbual boleh tak?Ara bosanlah.Mak Mah temankan Ara,boleh kan ?”
Asyura mengerdipkan matanya berkali-kali.Memancing simpati pembantu rumah yang telah dianggap seperti ibu kandung sendiri sementelah dirinya sendiri dibesarkan di rumah anak yatim semenjak kecil.
Dengan senang hati,wanita itu melabuhkan punggung di hadapan majikannya.
“Mak Mah,dari mula Ara pijak rumah ni tiga tahun lepas,Mak Mah asyik panggil Ara Cik Puan aje.Panggil Ara dahlah.Lagipun Ara ni bukannya siapa-siapa sebelum kahwin dengan Fahmi.Orang biasa je.”
“Err…tapi Cik Puan…”
Asyura tersenyum melihat pekerjanya yang nampak serba-salah dengan permintaannya itu.
“Kenapa?Mak Mah takut Fahmi marah ke?Alah…dia tu.Tak de apelah,Mak Mah tak payahlah takut.Kalau dia tegur,cakap je Ara yang suruh,”balas Asyura selamba.
“Baiklah,Cik…er..Ara.Baiklah Ara…”
Tersengih Mak Mah apabila menyedari dia tersasul memanggil Asyura.Asyura tersenyum lebar.
“Mak Mah,rumah ni tak ada seri, kan ?”
Pertanyaan yang ganjil pada pendengaran itu membuatkan Mak Mah mengerutkan dahi kehairanan. Memandang majikannya yang nampak muram.
“Kenapa pulak Ara cakap macam tu?Rumah besar dan cantik ni tak ada seri?”
Asyura mengangguk.Kemudian terdengar dia mengeluh.
“Ara tak tahulah pada siapa nak luah,Mak Mah.Rumah ni…kalau ada suara budak-budak, kan berseri?Seronok,meriah je.Tapi tengoklah macam sekarang,sunyi je,”kata Asyura perlahan.Sayu.Mak Mah yang mendengar tersenyum.
“Kalau macam tu,Ara dengan Tuan Fahmi kenalah dapat anak cepat-cepat.Biar rumah ni ada seri,meriah.Mak Mah pun seronok nanti.”
Kata-kata yang ikhlas lahir daripada pembantu rumahnya hanya membuatkan Asyura terluka.Bila mendengar nama suaminya,betambah terluka hatinya.Hampir-hampir sahaja air matanya menitik.
“Itulah yang saya nak.Tapi…Fahmi tak suka.Dia tak mahu.”
Mak Mah yang mendengar kehairanan.Wajah sedih Asyura ditatap.
“Kenapa pula,Ara?”
Asyura menarik nafas lalu dilepaskan perlahan-lahan.Bahunya diangkat.
“Tak tahulah,Mak Mah.Ara sendiri tak faham dengan dia.Dulu lagi dia dah ingatkan Ara dia tak mahu zuriat.Katanya menyusahkan.Entahlah…”
Asyura bersuara hiba.Mak Mah yang mendengar terkejut pada mulanya namun sebaik sahaja terpandangkan wajah majikannya yang suram,hati tuanya turut berduka.
“Ara, kan perkahwinan tu untuk menambahkan umta Muhammad atas muka bumi ni,nak?Ara tak cuba pujuk Tuan Fahmi ke?”
Kata-kata Mak Mah itu memang tidak disangkal Asyura.Benar,perkahwinan untuk menambahkan lagi umat Muhammad s.a.w.Setahunya,setiap pasangan yang berkahwin inginkan anak buat penyeri rumahtangga.Lain pula suaminya.
“Puas dah,Mak Mah.Balik-balik,saya yang kena marah nanti.Tak tahulah macam mana nak buatkan dia berubah,”luah Asyura kecewa.Wajahnya mendung.
“Ara sabarlah,nak.Esok lusa,ada juga nanti keinginannya nak tengok zuriat sendiri.Insya-ALLAH.”
Tapi perbualan mereka terhenti apabila terdengar enjin kereta yang menjalar masuk ke halaman rumah.Asyura memanjangkan lehernya,menjenguk ke halaman.Ternampak tubuh Fahmi yang sedang melangkah keluar dari BMW X5 yang baru selesai diparkir.
“Fahmi dah balik,Mak Mah.Mak Mah pergi dapur dulu ya,tolong siapkan hidangan.”
Mak Mah menurut.Selepas pembantu rumahnya berlalu,Asyura bangun.Dia melangkah ke muka pintu,ingin menyambut kepulangan suaminya.Walaupun tiada hati untuk tersenyum,namun dipaksa juga bibirnya.
“Hai sayang!”sapa Fahmi ceria.Wajahnya keletihan,namun bibirnya tetap tidak lokek mengukir senyuman buat isteri tercinta.Dia segera melangkah mendapatkan Asyura di muka pintu.Mencium hangat dahi isterinya sebelum Asyura membalas dengan mencium tangan kanannya.
Beg bimbit Fahmi beralih tangan.Asyura menanti seketika suaminya membuka kasut sebelum mereka beriringan ke kamar mereka.
Bila di dalam bilik,Asyura hanya menyangkut semula kot hitam yang dihulurkan suaminya.Kemudian meletakkan beg bimbit Fahmi di atas sofa di dalam kamar maha luas itu.Bila suaminya menghilang di balik pintu bilik air,Asyura duduk di birai katil.Menanti Fahmi sehingga lelaki itu selesai mandi.Kemudian menanti lelaki itu selesai menunaikan solat Asar.
“Aik,Ara?Senyap je dari tadi?Tak sihat ke?”tanya Fahmi.Tangannya terus meraba dahi si isteri.Asyura segera menggeleng dan tersenyum tawar.Tangannya menolak tangan Fahmi yang baru menyentuh dahinya.
“Tak adalah,Ara okey je.Penat kot.”
“Penat?Ara buat apa hari ni?Kemas rumah ke?”
Asyura mengeluh pendek.Perlahan sahaja.Tersilap alasan.
“Tak.Tak adalah.Semua tu Mak Mah yang buat.Ara tolong sikit-sikit je.”
Fahmi menggeleng.Kemudian lelaki itu tersenyum,menyerlahkan ketampanannya.
“Kenapa sayang buat semua tu?Mak Mah tukan Fahmi gajikan untuk buat semua tu.Ara tak payahlah susah-susah.Kalau sakit nanti,siapa susah?”
Asyura hendak tergelak.Mustahil dengan mengemas rumah sahaja boleh jatuh sakit.Fahmi…Fahmi…
“Yelah,yelah.Jom Fahmi,kita turun makan.Fahmi mesti lapar, kan ?Ara temankan jom.”
Lengan Fahmi ditarik lembut.Mengisyaratkan lelaki itu agar mengikut langkahnya.

Malam yang dingin.Asyura sudah menyelimuti tubuhnya dengan comforter berwarna jingga itu.Penghawa dingin yang terpasang membuatkan dia kesejukan.Kamarnya masih terang-benderang.
“Fahmi…tak mengantuk ke?”tanya Asyura dari atas katil.Fahmi yang sedang menonton televisyen menoleh sekilas.
“Belum.Kejap lagi Fahmi tidurlah,Ara tidurlah dulu.Habis cerita ni,Fahmi masuk tidur,okey?”
Asyura tidak membalas.Cuma berharap agar siaran yang sedang ditonton suaminya itu cepat habis.Dia ingin memujuk lelaki itu agar mengubah pendirian.Dia sudah terlalu sepi.
Lama menanti.Bila Asyura ingin melelapkan mata,barulah terasa lampu kamarnya dipadamkan.Suara daripada peti televisyen juga tidak kedengaran.Kemudian terasa tangan kasar suaminya mengusap lembut ubun-ubunnya.
Asyura berkalih.Cahaya daripada lampu jalan yang menerjah ke dalam bilik mereka sedikit-sebanyak membantu penglihatannya di dalam bilik yang sudah dipadam kesemua lampu itu.
“Fahmi…”panggil Asyura perlahan.
“La?Ara belum tidur lagi ke?”
Asyura diam.Kemudian dia bangkit dari baringan.Duduk menghadap suaminya.
“Fahmi,Ara ada benda nak cakap ni.Tapi Fahmi jangan marah,ya?”
Fahmi yang mendengar berasa hairan.Namun telinganya menanti sahaja apa yang ingin dikatakan oleh si isteri.
“Cakaplah,”ujar Fahmi lembut.
Asyura menarik nafas.Dia tahu,mungkin apa yang ingin dia bicarakan sebentar nanti,mengundang marah Fahmi.Namun…dia tidak akan berdiam diri sahaja.
“Fahmi,Ara rasa sunyi sangat sejak kebelakangan ni,”luah Asyura perlahan.
“Kalau macam tu,keluarlah pergi jalan-jalan ke.Pergi bersiar-siar.Hmm?”
“Bukan sunyi tu…tapi hati ni rasa kosong.Rumah kita ni,tak ada seri tahu tak?Sunyi je.Kalau Fahmi tak de,lagilah terasa sunyinya.”
Asyura berkata perlahan.Berharap moga simpati suaminya ada.
“Kenapa ni?Ara nak cakap apa ni? Cuba terus-terang…”
Masih lembut bicara Fahmi.
“Fahmi tak rasa ke, kan hilang sunyi rumah kita ni kalau ada budak-budak?”
Perlahan-lahan kata-kata itu diucapkan.Namun Fahmi terus berubah riak.
“Ara,kalau nak cakap pasal anak,sorry!Fahmi tak nak dengar!”kata Fahmi tegas.Asyura mengeluh.Bila suaminya ingin berlalu,cepat-cepat lengan lelaki itu dicapai dan dipegang kemas.
“Fahmi…please.Janganlah macam ni,sampai bila Fahmi?Ara dah 28 tahun depan.Fahmi tak kesian pada Ara ke?”
Fahmi mendengus.
“Ara tak faham ke?Fahmi tak nak,Fahmi tak suka!Budak-budak menyusahkan tahu tak?”
Bagai halilintar yang membelah bumi,suara Fahmi pula menerbangkan semangat Asyura yang tinggal sisa.
“Fahmi…”
Asyura cuba memujuk.
“Cukup!”pintas Fahmi.Asyura terdiam.Lama kemudian,air matanya menitis pula.
“Anak-anak tukan penyeri rumahtangga.Tak lengkap bahagia kita kalau tak ade mereka.”
Asyura masih tidak mengalah.
“Tak lengkap apa pulak?Ara…tell me.Tak cukup ke harta yang Fahmi bagi ni?Tak cukup ke?”soal Fahmi keras.Asyura tersentak.Makin galak air matanya mengalir.
“Cu…cukup.Terlebih cukup,”jawab Asyura tersekat-sekat.
“Dahtu?”
“Tapi harta yang banyak pun tak bawak bahagia.Harta kita dunia akhirat,cuma anak-anak,Fahmi.”
Mendengar perkataan ‘anak’ yang terluncur di bibir isterinya,Fahmi mengeluh keras.Pegangan Asyura dilepaskan.
“Asyura,dengar sini.Fahmi tak nak dengar lagi pasal ni.Jangan berani lagi cakap pasal benda ni.”
Fahmi bingkas.Terus berlalu dari bilik itu.
“Fahmi!”
Namun panggilannya tidak dihiraukan.Lelaki itu terus berlalu.Akhirnya Asyura yang terlena dengan linangan air mata.

Bila Asyura terjaga keesokan harinya,Fahmi sudahpun ke pejabat.Setiap kali mengenangkan peristiwa malam tadi,air matanya menjadi murah sahaja.
“Ara,tak sarapan ke?”tanya Mak Mah.Asyura menoleh.Dia menggeleng perlahan.
“Ara tak ade selera.Kalau lapar nanti,Ara makanlah,”jawab Asyura perlahan.Mak Mah tidak mengulas apa-apa.Cuma memerhatikan sahaja wajah muram majikannya.
“Mak Mah tengok Ara muram je ni?Ara ada masalah ke?”
Asyura menoleh.Memandang wajah pekerjanya yang prihatin.Kemudian dia tersenyum nipis.
“Tak ada apalah.Ara biasa aje.”

Jam sepuluh malam.Fahmi masih belum pulang lagi.Asyura keresahan.Bimbang perkara yang dibangkitkan semalam menjadi punca mengapa lelaki itu masih belum pulang sehingga kini.Dalam kecewanya dengan Fahmi,masih terselit prihatinnya buat lelaki itu.
Semua penghuni banglo setinggi dua tingkat itu sudah lama lena.Cuma tinggal dia sahaja yang masih berjaga,menanti kepulangan Fahmi.
Lama menanti.Namun tak muncul-muncul jua.Asyura memandang jam lagi.Sudah lewat angka 12.Telefon bimbit suaminya didail,namun tiada jawapan.
Bila dia hampir terlena,barulah dia mendengar bunyi enjin kereta.Yakin bahawa itu adalah Fahmi,lantas punggungnya diangkat lalu melangkah ke bilik.Ingin tidur kerana dia benar-benar sudah mengantuk.
 Bila dia sudah berbaring di atas katil,tidak lama kemudian tombol pintu kamarnya dipulas.Matanya dibuka sedikit.Terlihat wajah Fahmi yang kepenatan.Dadanya berdebar apabila Fahmi duduk di sebelahnya.Aturan nafasnya cuba dikawal.
“Maaf sayang.Pasal malam semalam,harap Ara faham.”
Kemudian terasa dahinya dicium perlahan.Hati Asyura membentak.Ingin memprotes namun dipendamkan sahaja.
Balik-balik,Fahmi sahaja yang perlu difahami.Kehendak Fahmi sahaja yang perlu diikuti.Dia?Kehendaknya?Langsung tiada lelaki itu peduli.

Seminggu berlalu.Hubungan Asyura dan Fahmi kembali seperti selalu.Walaupun hakikatnya,pahit itu dipendam hanya Asyura seorang.
Fahmi,lelaki itu romantik dan penyayang.Namun bila tiba soal anak,semuanya menjadi sebaliknya.Asyura sendiri tidak mengerti.Susah hendak menebak apa yang menjadi keinginan lelaki itu.
“Ara.”
Asyura menoleh.Berpandangan seketika dengan Fahmi yang tercegat di pintu.
“Kenapa?”tanya Asyura lembut.
“Fahmi kena pergi Kuching esok.Nak ikut tak?”
“Kerja?”
Fahmi angguk.Asyura diam.Kalau mengenai kerja,memang dia tidak berminat.Dia menggeleng.
“Ara tolong siapkan baju untuk seminggu.Ahad minggu depan Fahmi balik.Don’t miss me.”
Asyura tersenyum nipis.Dia bangun dan beg pakaian diambil.Sehelai demi sehelai pakaian Fahmi dimasukkan.
Fahmi akan ke Kuching,maknanya dia akan sendirian lagi.Sekadar ditemani dengan pembantu rumah sahaja.Alangkah baiknya kalau dia ada anak sendiri,yang menjadi penemannya.Tanpa sedar,dia mengeluh perlahan.
“Kenapa ni?”tanya Fahmi lalu duduk di sebelah Asyura.
“Kenapa apa?”tanya Asyura hairan.Tidak berapa faham dengan soalan suaminya.
“Tadi Fahmi dengar Ara mengeluh.Kenapa?”
“Emm..tak de apelah,”dalih Asyura.Kalaupun dia memberitahu sebabnya,akan berubahkan pendirian lelaki itu?

Bila Fahmi pergi,Asyura sendirian.Tiada apa yang boleh dibuat dengan rumah besar itu.Hendak berjalan-jalan di luar pun,dia tidak berminat.
Hari-hari dilalui terasa begitu sepi.Hanya Mak Mah yang menjadi teman berbualnya.Kadang-kala Pak Mad,tukang kebun dan juga pemandunya ada juga berbual-bual dengannya.Namun semua itu,belum mampu berjaya mengusir rasa sepinya.
Lusa Fahmi akan pulang.Asyura berbaring di atas katilnya.Hari merangkak tengahari.Terkebil-kebil memandang siling bilik.Seharian dia tidak dapat bergerak.Kepalanya terasa berpusing.Pandangannya juga berpinar.Pening,berdenyut rasa kepalanya.
Entah berapa puluh kali kepalanya dipicit.Bila sudah letih,dia akan tertidur.Ingin memanggil Mak Mah membantu,dia teringat akan larangan Fahmi untuk tidak membenarkan sesiapa melangkah masuk ke dalam kamar mereka berdua.
Tok!Tok!
“Siapa?”tanya Asyura lemah.Sakit kepalanya,bagai hendak pecah.
“Ara,Mak Mah ni.Ara okey ke?Tak turun untuk sarapan?”
Bila mendengar suara Mak Mah,hati Asyura menjadi lega.Terus dia mengarahkan pekerjanya itu masuk,terlupa terus pada larangan Fahmi.
“Mak Mah telefonkan Doktor Zarina,ye?”
“Buatlah apa je Mak Mah.Ara dah tak tahan ni.”
Bila Mak Mah membantu memicit kepalanya,Asyura sedikit lega.Mak Mah membantu menyuapkannya bubur ayam yang menjadi sarapan pagi itu.Baru separuh mangkuk,habis diluahkan semula bubur tersebut di atas lantai.Perutnya terasa mual.
Menitis air matanya.Asyura benar-benar rasa tidak berdaya.
“Mak Mah,tolong suruh Pak Mad siapkan kereta.Ara dah tak tahan lagi.Kita pergi klinik teruslah,”ujar Asyura sebaik sahaja Mak Mah selesai membersihkan muntahnya.

Pening di kepala masih berbaki namun itu seakan tidak memberi kesan apa-apa kepada Asyura.Dia tersenyum manis.
“Ara,macam mana?”tanya Mak Mah sebaik sahaja Asyura melangkah masuk ke dalam rumah.Dia segera mendekati Asyura dan majikannya itu dipapah perlahan.Bimbang melihat tubuh yang lemah itu.Bila Asyura ingin duduk di sofa,dia turut membantu.
“Tak ade apa,Mak Mah.Doktor cakap,Ara okey je.”
Asyura tersenyum nipis.Mak Mah nampak hairan.
“Doktor cakap Ara okey?Takkanlah…tadi Mak Mah tengok Ara tak berdaya langsung.”
“Memanglah.Tapi Ara okey je,tak de penyakit apa-apa pun.Mak Mah,tak lama lagi…rumah ni takkan sunyi lagi.Ara dah hamil Mak Mah,doktor kata masuk 5 minggu.”
“Iya?Alhamdulillah…”
Mak Mah tumpang senang melihat wajah Asyura yang bercahaya.
“Kalau macam tu,Mak Mah nak masak yang istimewa untuk makan malam nanti.Ara ada nak makan apa-apa?”
“Malam ni,Mak Mah masakkan nasi Tomato ya?”

Kepulangan Fahmi dinanti.Jam 9 malam.Setengah jam lagi lelaki itu akan sampai ke rumah.Asyura berdebar.Dalam gembira,masih terselit kebimbangan dengan penerimaan suaminya nanti.
“Assalamualaikum.”
Asyura tersentak.Lantas menoleh,lalu dia tersenyum. 
“Waalaikumsalam.Fahmi…”
Seketika dia memeluk lelaki itu.Melepaskan rindu seminggunya.
“Sayang sihat?”tanya Fahmi.Kedua-dua belah pipi Asyura dipegang.Bila melihat anggukan isterinya,baru dia lega.
“Ara ada benda nak bagitahu Fahmi,tapi lepas kita makan ya.Hari ni lauk special tau…”

“Apa benda yang Ara nak beri tahu tu?”soal Fahmi lalu mendekati Asyura yang sedang bersila di tengah katil.Dia mencapai tangan halus itu.
“Ara nak bagitahu…Fahmi akan jadi ayah tak lama lagi.Doktor kata sekarang dah 5 minggu.”
Tersenyum simpul Asyura selesai dia memberitahu perkara gembira itu kepada Fahmi.Namun riak wajah Fahmi terus merubah.Pegangan tangannya juga terlepas.
“What?Ulang balik?”
“Fahmi akan jadi ayah.”
Lembut tutur Asyura.
“Gurau ape ni,Ara?”tanya Fahmi kasar.Asyura terpinga,terasa dengan nada suara suaminya.
“Mana pulak gurau.Betullah…”
“No,no,no….Fahmi tak percaya.Ara jangan nak bergurau,ya.Tak suka dengan gurauan ni,tak lawak pun.”
Kali ini riak wajah Asyura pula berubah.Senyumannya mati.
“Fahmi,Ara tak berguraulah.Look at me.Serius…dah 5 minggu.Kalau tak percaya,Ara boleh tunjukkan surat doktor...”

Berlinangan air mata Asyura.Dibiarkan sahaja Fahmi mengamuk.Habis bantal dan kusyen sofa
dibaling.Asyura cuma tertunduk menangis.
“Fahmi…tolonglah.Janganlah macam ni…”rayu Asyura perlahan.Tangannya memegang kaki Fahmi,memohon agar lelaki itu bertenang.
“Aku dah kata,aku tak suka!Aku tak nak.Kau degil ya!Kenapa kau tak bagitahu aku waktu subur kau?Kau sengaja, kan ?”
Fahmi menolak kasar tubuh Asyura.Langsung tiada simpati buat isterinya yang sedang mengandung.
“Ara minta maaf,Fahmi.Sumpah…Ara tak sengaja.”
“Jangan nak pancing simpati aku!Aku nak kau gugurkan dia!”
“Fahmi!Berdosa,kalau kita buat macam tu!Dia tak salah apa-apa!”
“Asyura!Jangan nak melawan.Aku kata gugurkan,gugurkan!”
Tersayat hati Asyura mendengar baris kata yang keluar daripada mulut suaminya.Wajahnya telah lama lencun dengan air mata.
“Fahmi sampai hati nak bunuh anak sendiri?Dah gila ke?Tak…tak,Ara takkan buat!Ara nak tengok dia membesar!”tegas Asyura.Air matanya diseka kasar dengan belakang tangan.Fahmi menyinga.Dia memicit kuat bahu Asyura sehingga gadis itu terjerit kesakitan.
“Kau nak gugurkan atau tak?”
“Tak…”
Meskipun kesakitan,Asyura tetap berkeras.Di hadapannya,bagaikan bukan Fahmi yang dia kenali.
“Kau nak buang dia atau tak?”tanya Fahmi lagi.Merah matanya.Asyura teresak.
“Sakit Fahmi.Lepas…”rintih Asyura lemah.
“Aku tanya kau sekali lagi.Kau nak gugurkan dia atau tak?”
“Ara takkan bunuh anak Ara sendiri!”
Itu tekad Asyura.

Kerana tekadnya itulah,maka sudah lebih 2 bulan Fahmi menghilangkan diri.Setiap hari Asyura berendam air mata memikirkan Fahmi.Memikirkan sikap lelaki itu,keselamatan lelaki itu.
Kalaulah tiada pembantu rumahnya,pasti makan minumnya terabai.Murah sahaja air matanya bila mengenangkan Fahmi.Entah di mana lelaki itu,dia tidak tahu.
“Ara…”tegur Mak Mah suatu hari.Asyura lekas-lekas menyapu air matanya sebelum menoleh.Dia tersenyum tawar.Sekadar melindungi duka di wajahnya.
“Ya Mak Mah?”
“Jom makan nak.Dah nak dekat pukul empat petang,tapi Ara tak makan tengahari lagi.”
“Ara tunggu Fahmi,Mak Mah.Mana tahu kalau-kalau dia tergerak nak balik sini.Ara nak tunggu dia,”ujar Asyura perlahan.
“Kalau macam tu,Mak Mah siapkan makanan dan bawa ke sinilah.Ara kena makan nak,kesian dengan anak dalam perut tu.”
Asyura diam.Merenung jauh ke luar.Bila Mak Mah ingin berlalu,dia memanggil.Matanya berkaca kembali.
“Mak Mah…salah Ara ke anak ni wujud?Fahmi tak nak balik rumah?Salah Ara ke?”tanyanya perlahan.Mak Mah terdiam.Air matanya yang diempang mula pecah mendengar pertanyaan Asyura itu.
“Jangan cakap macam tu,Ara…”pujuk Mak Mah perlahan.Dia mendekati majikannya.
“Fahmi marah bila Ara tak nak dengar cakap dia.Besar sangat ke salah Ara ni?Ara salah ya bila pilih nak pertahankan anak ni?”tanya Asyura lagi.Tiada tangisan yang lahir,cuma matanya sahaja yang berkaca.
“Ara dekat dunia ni,tak ada siapa-siapa lagi.Dulu ada Fahmi,tapi Fahmi dah pergi.Anak ni,Ara tak tahu macam mana nasib dia.Tapi kalau apa-apa jadi pada Ara nanti Mak Mah,Mak Mah tolong tengok-tengokkan anak Ara ni.Kalau Fahmi tak nak dia,kalau Ara pun tak ada,dia dah tak ada sesiapun lagi.Mak Mah tolong ya…”sayu permintaan itu membuatkan Mak Mah menangis manakala Asyura cuma merenung sayu ke luar halaman.

Fahmi melangkah perlahan.Tombol pintu biliknya dipulas perlahan.Bimbang Asyura terjaga dan menyedari kehadirannya.Bila pintu terkuak,Fahmi lega.Isterinya sedang lena di atas katil.Seketika matanya terpandangkan perut isterinya yang sudah nampak.
Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan.Meluat melihat perut yang membusung itu.Menyampah!
Tapi…ah…betapa benci pun dia melihat perut yang membusung itu,hatinya tetap rindu pada Asyura.Tetap rindu untuk menatap wajah isterinya.
Fahmi mendekati Asyura yang lena penuh hati-hati.Kemudian dahi itu dikucup lama sebelum beralih pada kedua-dua belah pipi isterinya pula.Bila puas,dia terus berlalu.Tak mahu Asyura sedar kehadirannya di situ.

Asyura duduk berehat di halaman rumah petang itu.Sesekali dia berasa nyaman apabila bayu petang menyapa wajahnya.Kini dia hanya menghitung hari untuk melahirkan.Menurut jangkaan doktor,dia akan melahirkan dalam masa seminggu lagi.
Teringatkan Fahmi,namun kali ini air matanya tidak lagi mengalir.Dia perlu cekal.Fahmi…entah bila akan berubah,Asyura tidak tahu.Cuma setiap malam,dia berdoa agar Fahmi berubah.
Asyura tersentak ketika terasa perutnya senak.Semakin lama semakin kerap dan ketika dia ingin masuk ke dalam rumah,baju mengandung sebelah bawahnya basah.
“Mak Mah!!”teriak Asyura kuat.Tidak lama kemudian,Mak Mah datang terburu-buru kepadanya.

“Ara dapat anak lelaki.”
Asyura tersenyum.Pucat wajahnya.Letih bertarung nyawa.Bila mendengar tangisan si kecil,benar-benar dia lega.Dia memejamkan mata,ingin lena.
Bila Asyura terjaga,dia sudah dikelilingi dengan ahli keluarga mertuanya.Di kanannya,bapa mertuanya,Tan Sri Fuad sedang berdiri.Di sebelah bapa mertuanya,berdiri pula ibu mertuanya.Puan Sri Mazlin.Mata Asyura meliar lagi.Di hujung kakinya,berdiri dua orang adik iparnya yang masih menuntut di universiti,Fazureen dan Fazlin.Di sebelah kirinya,Mak Mah tersenyum hambar memandangnya dan juga adik iparnya yang bongsu,Fahrin.
Asyura hampa bila Fahmi tidak kelihatan.Pasti lelaki itu benci dengan anak ini,dan mungkin pada dirinya juga.
“Mak Mah,mana Fahmi?Dari sampai tadi saya tak nampak dia?”
Soalan Tan Sri Fuad itu membuatkan Asyura tersentak.
“Tuan Fahmi…”
“Ayah,Fahmi ada kerja,yah.Dia dalam perjalanan ke sini,”pintas Asyura pantas.Tan Sri Fuad diam.Asyura juga diam.Terluka benar hatinya.Setitis air matanya jatuh lagi.

 Sayu hatinya.Namun tidak terluah.Bila azan dan iqamat selesai diperdengarkan,Asyura cuma diam.Sebentar tadi,dia berasa gembira bila mendengar si kecil itu menangis.Dapat juga dia melihat zuriatnya menjengah dunia.Namun segala perasaan itu mati bila ternampak wajah tidak ikhlas suaminya.
Malah Fahmi juga menolak untuk mengazankan anaknya.Akhirnya,bapa mertuanya yang mengazankan anak itu.
“Kenapa Fahmi datang?”soal Asyura sinis ketika hanya tinggal dia dan Fahmi di dalam wad tersebut.
“Tak boleh datang ke?”
“Datang kalau nak sakitkan hati Ara,tak payahlah.Baik Fahmi tak payah datang kalau tangan pun tak sudi nak pegang anak Ara ni.”
Memang sejak sampai,Fahmi langsung tidak menjengah anaknya.Memberikan kucupan juga tidak.
Fahmi diam.Tidak mahu membalas.
“Puas ke hati tu bila tengok Ara macam ni?Terbalas dah sakit hati tu?Kalau sakit hati dengan Ara,jangan balas pada Farish.”
“Farish?Ohh…jadi budak tu nama Farish?Hmm…tahu pun.Ara yang nak sangat dia lahir,jadi dia kenalah terima semua ni.Ingat ni,Fahmi takkan sentuh dia sikit pun tau.Esok-esok,kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”
Asyura diam.Hakikatnya hatinya hiba.Fahmi…sampai hati tak mahu mengaku anak itu darah daging sendiri?Bila lelaki itu pergi,dia menangis lagi.

Asyura selesai berpantang.Sepanjang berpantang,Mak Mah yang menjaganya.Kadangkala-kala pulang juga Fahmi.Namun sekejap sahaja.Farish,anaknya semakin lincah.Semakin cerdik dan semakin comel.
“Helo sayang…”sapa Asyura ceria kepada Farish di suatu pagi.Farish mengangakan mulutnya.Asyura tersenyum.Lantas botol susu yang sengaja disorokkan daripada pandangan anak kecil itu disuakan pada Farish.
Bila sebotol susu habis diminum,Farish akan disendawakan.Kemudian dia akan membawa Farish bersiar di halaman.Dia suka bila melihat Farish ketawa.
Bila malam,dia akan menemani tidur anaknya.Dia akan menepuk belakang anak kecil itu sehingga lena.Bila dia dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari,Mak Mah sudah menyediakan sebuah bilik khas buat anaknya itu.Di situlah,saban malam dia melelapkan mata.
Hari berganti bulan.Farish semakin membesar.Dari merangkak,anaknya itu kini sudah berjalan walaupun masih perlu dipimpin.Namun hubungan Asyura dengan Fahmi masih belum pulih.Meskipun begitu,akaun banknya tetap terisi.Tetap ada wang nafkahnya setiap bulan.Tidak pernah putus semenjak lelaki itu mendapat tahu kehamilannya.Cuma sejak kebelakangan ini,Fahmi sudah tinggal semula bersamanya.
Lelaki itu lebih banyak memencilkan diri daripadanya.Mungkin masa sehariannya dihabiskan bersama Farish,jadi lelaki itu tidak begitu menampakkan diri.Bila malam tiba,Asyura lebih senang menemani tidur anaknya berbanding tidur suaminya.Bukan dia tidak mahu,tetapi sikap Fahmi itu kadang-kala membuatkan hati kecilnya terasa.

“Hei,ni apa ni?”
Suara lantang Fahmi mengejutkan seisi rumah.Mak Mah terkocoh-kocoh ke ruang rehat sebaik sahaja terdengar suara lantang majikannya itu.Manakala Asyura pula yang baru selesai menukar lampin Farish tergesa-gesa menuruni anak tangga.Ingin tahu apa yang menyebabkan suaminya marah.
Di hujung kaki Fahmi terdampar botol susu Farish.
“Kenapa ni?”tanya Asyura perlahan.
“Kenapa lagi?Ni,apa ni?Bersepah!Mak Mah,kemaskan cepat!Saya tak suka rumah bersepah macam ni!”
Tangannya mengunjuk pada tilam,bantal dan robot Farish yang berada di tengah-tengah ruang itu.
Kelam-kabut Mak Mah mengemaskan kembali ruang itu.Bila tangannya ingin mencapai botol susu di hujung kaki Fahmi,Asyura terlebih dahulu mengutipnya.Dia berpandangan dengan Asyura yang langsung tidak tersenyum.
“Mana pulak bersepah?Selain tilam tu,botol susu,robot Farish dengan bantal dia je.Lain tak ada pun,”ujar Asyura perlahan sebaik sahaja Mak Mah berlalu.Fahmi merengus.
“Jangan nak membantah apa yang Fahmi cakap.Lain kali macam ni lagi,Ara dengan budak tu boleh keluar dari rumah ni!”tegas Fahmi.Asyura tersentap.
Belum sempat dia membalas,lelaki itu telah berlalu.Asyura menggenggam erat tangannya,antara geram dan kecewa!


Fahmi mengatur langkahnya.Penat benar dia hari ini,seharian menghabiskan kerja di pejabat.Bila dia pulang,tiada siapa yang menantinya.Dulu,Asyura akan menantinya di muka pintu.Kepulangannya bersambut namun kini,semenjak kehadiran Farish,dia bagaikan diketepikan oleh isterinya.Dia seolah-olah kalah dalam merebut kasih seorang wanita bernama Asyura dengan seorang bayi kecil!
Bila langkahnya tiba di hadapan pintu bilik Farish,dia terhenti.Dari celahan pintu yang tidak tertutup rapat,dia nampak wajah ceria isteri dan anaknya.
Gelak tawa mereka silih berganti.Entah apa yang dimainkan berdua,dia kurang pasti.Namun dia nampak jemari Asyura yang sedang menggeletek kaki si kecil.Bibirnya tersenyum.
Dari celahan itu,dia mencuri pandang wajah Farish.
“Comel,”komen Fahmi sekilas.Selama ini,dia tidak pernah hendak memandang wajah anaknya itu.Dia terhenti sebentar,berkira-kira berapa sudah umur anaknya itu.Sudah hampir setahun rasanya…
Fahmi terus melangkahDi sofa di dalam kamarnya,dia merehatkan diri.Menanti juga Asyura muncul,namun sia-sia sahaja.Mungkin seperti malam-malam lalu,lenanya bersendirian lagi.
Jam tiga pagi.Fahmi terjaga dan terus meraba sebelahnya.Kosong.Pasti Asyura di bilik Farish lagi.Lampu tidur dipetik suisnya.Seketika cahaya kelam menerangi sekitar katilnya.
Dia bangkit dari baringan.Termenung seketika.Entah kenapa,malam itu membuak-buak rindunya pada Asyura.Fahmi bangun dan terus melangkah keluar.Matanya telah segar.Langkahnya diatur ke bilik Farish.
Bila pintu dikuak,benar sangkaannya.Asyura lena di sebelah Farish.Pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.Fahmi duduk di birai katil.Perlahan-lahan.
“Ara,”panggil Fahmi perlahan.Tapi tiba-tiba dia menjadi teragak-agak pula.Tiba-tiba dia bimbang kalau Asyura terjaga.
Akhirnya dia berlalu sahaja.

Asyura mengemaskan tudungnya.Kemudian dia mengerling pada Farish yang sibuk bermain.
“Jom anak mama.Kita jalan-jalan ya hari ni?”ujar Asyura seraya mengangkat Farish.Pipi gebu anak kecil itu dicium sepuasnya.Tertawa Farish.Asyura mendukung Farish turun.
“Mak Mah,dah siap ke?”
Bila sampai di tingkat bawah,Asyura mencari pekerjanya itu.
“Ara,Mak Mah tak jadi pergilah.Pening pulak rasa kepala ni.”
Asyura menoleh.Dia diam,kemudian mengukir senyuman.Cadangnya ingin membawa pekerjanya itu keluar berjalan-jalan hari ini.Lagipun dia ingin membeli sedikit keperluan Farish.
“Tak apelah,Mak Mah.Mak Mah rehat jelah.Tapi Ara nak mintak tolong ni.Farish Ara tak jadi nak bawak sekali,sebab Ara nak pergi bank lagi ni.Lepas tu nak cari susu,pampers,bedak dan serba-serbi la dia punya.Ara tinggalkan dia dengan Mak Mah,tolong tengok-tengokkan ya.Ara lama kot,kalau bank tak ramai orang,cepatlah Ara balik.”
“Okey.Nanti Mak Mah tolong.”
Farish bertukar tangan.Bila anaknya dicium,barulah Asyura pergi.Mak Mah membawa Farish ke bilik anak itu dan selepas diberikan susu,Farish ditepuk-tepuk lembut sehinggalah anak kecil itu tidur.
Selesai berkemas,Mak Mah ke biliknya.Kepalanya terasa makin berdenyut.Sakit.Bila dia berbaring,tidak lama kemudian dia terlena.

Fahmi memutar anak kunci.Rumahnya sunyi sahaja.Kereta isterinya juga tiada di halaman.Keluar barangkali.Dia melangkah masuk dan sayup-sayup telinganya menangkap tangisan Farish.Dahinya berkerut kehairanan.
“Ara tak bawak sekali ke budak tu?”
Fahmi menaiki anak tangga satu persatu.Kelibat pembantu rumahnya juga tidak kelihatan.Sibuk di dapur agaknya.Semakin langkahnya mendekati kamarnya,semakin kuat tangisan itu kedengaran.Fahmi jadi tidak sampai hati.Akhirnya pintu bilik Farish dikuak perlahan.
Anak kecil itu sudah terduduk di atas katil.Fahmi mendekati meskipun sedikit teragak-agak.Farish menangis dan tangan kecilnya didepangkan.Minta diangkat.
Fahmi tidak sampai hati.Terus sahaja tubuh kecil itu diangkat dan didukung.Dibawa Farish rapat ke dadanya dan belakang anak kecil itu ditepuk lembut.Kemudian dia mundar-mandir sekeliling bilik itu.Lama sedikit,tangisan anak kecil itu mula reda.
“Good boy!Macam tulah anak papa,”bisik Fahmi sambil tersenyum lebar.Sekilas bibirnya mengucup pipi gebu anaknya.Farish nampak ceria kembali.
“Mama mana?Dia tak bawak Farish ya?Farish tinggal sorang-sorang,patutlah dia nangis.Nek Mah pun tak temankan Farish.Cian dia…”
Sekali lagi pipi itu dicium.
“Papa bawak Farish jalan-jalan ya?Kita pergi beli baju baru.Beli mainan baru…okey,sayang?”
Bila melihat Farish yang tertawa,Fahmi jadi senang hati.Entah kenapa,tiba-tiba sahaja dia menjadi sangat sayang kepada anaknya itu.Didukungnya Farish hati-hati.Agak kekok namun selepas lima minit,dia sudah selesa.
Fahmi terus membawa anaknya keluar tanpa memberitahu sesiapa terlebih dahulu.Kepada Asyura juga tidak dimaklumkan.
Selesai membelikan Farish baju-baju baru,dia memilih permainan pula untuk anaknya.Tidak lekang senyuman dari bibirnya.
Bila dia memakan kek yang dibeli di Restoran Secret Recipe,dia turut menyuapkan anaknya.Walaupun terpaksa mendukung Farish sepanjang membeli-belah,dia tidak kisah.Malah dia selesa dan rasa dekat dengan anak yang telah lama diabaikan itu.

Asyura berlari anak menuruni anak tangga.Dia nampak cemas.
“Mak Mah!Mak Mah!”panggilnya kuat.Langkahnya diatur pantas ke ruang dapur pula.
“Mak Mah!Mana Mak Mah ni?”
Asyura hampir menangis.Kelam-kabut sahaja gelagatnya.Mak Mah yang baru sahaja terjaga daripada tidur itu terus mendapatkan majikannya.
“Mak Mah,Farish mana?”soal Asyura lalu memegang lengan pekerjanya itu.Wajahnya begitu mengharap.Mak Mah yang mulanya masih mamai terus segar.
“Mak Mah tidurkan dia dekat bilik dialah.Kenapa?”
Mendengar itu,Asyura terus terduduk di lantai.Air matanya terus menitis.Melihat itu,Mak Mah terus memegang tubuh Asyura yang lembik.
“Farish tak ada,Mak Mah!Ara dah cari satu rumah…tak ada!”

Asyura memegang kepalanya.Buntu!
“Mak Mah minta maaf,Ara.Mak Mah pening kepala sangat,terlelap.Tapi lepas Ara pergi,Mak Mah tidurkan dia dekat atas dulu.”
Serba-salah Mak Mah mengungkapkan kata.Asyura memandang perkerjanya dengan linangan air mata.Hendak marah pun,tiada guna kerana marahnya tidak akan mengembalikan Farish…
“Ara,tak cuba telefon Tuan Fahmi ke?”tanya Mak Mah.Asyura terus menggeleng.
“Esok-esok, kalau dia menyusahkan,ada masalah pasal budak ni,jangan cari Fahmi.Faham?”
Teringat kata-kata suaminya ketika melawatnya di hospital sewaktu melahirkan Farish.Asyura menggelengkan kepalanya.
“Fahmi takkan nak tolong Ara,Mak Mah.Dulu lagi dia dah cakap dengan Ara jangan cari dia kalau pasal Farish,”beritahu Asyura hiba.

Fahmi memandu masuk ke halaman rumahnya.Bibirnya tersenyum bila mengerling ke arah tempat duduk belakang.Anaknya sudah lena.
“Dah balik,”bisiknya bila melihat kereta Asyura di halaman.Dia membuka pintu dan ketika dia ingin mendukung Farish keluar,terdengar tangisan isterinya.
Fahmi menoleh.Kehairanan apabila melihat Asyura yang sedang menangis di muka pintu.
“Ara…?”
Tanpa kata,Asyura berlari mendapatkan Fahmi.Tubuh suaminya dipeluk erat.Menangis semahu-mahunya.
“Asyura…kenapa ni?”
“Farish…Farish…”
Fahmi mengerutkan dahi.Dia merungkaikan pelukan lalu kedua-dulah tangannya memegang kedua-dua belah pipi Asyura.Menatap mata bundar yang basah itu.
“Farish hilang,Fahmi.Ara tak tahu kat siapa lagi nak mintak tolong.Ara tak kisah Fahmi nak marah ke apa,tapi tolonglah.Tolonglah dapatkan Farish balik…”rayu Asyura.Fahmi tersenyum nipis.
“Farish okey…dia tak ada apa-apa.Fahmi mintak maaf ye tak bagitahu Ara dulu.Fahmi bawak dia keluar.Tu,dah tertidur dalam kereta tu.”
Lega!Terus Asyura mendapatkan anaknya.Dicium berkali-kali sampai Farish terjaga.Namun dia terhenti bila terperasan sesuatu.Fahmi membawa Farish keluar?
Asyura menjengah sedikit apabila Fahmi membuka but kereta.Mengambil beberapa beg plastik.
“Fahmi belikan dia baju baru.Mainan baru.Good boy,tak meragam pun bila keluar dengan Fahmi.”
Fahmi tersenyum ceria.Dia mendekati Farish yang berada dalam dukungan Asyura.
“Anak papa ni baik betul.Lepas ni,Farish pakai baju yang papa beli ni,okey?”
Asyura yang mendengar tersentak.Tapi hatinya kembang berbunga.Senang mendengar Fahmi membahasakan diri.Akhirnya,sudi juga Fahmi mengaku Farish anaknya dan menyentuh tubuh kecil itu.Tanpa sedar,dia menangis kegembiraan.
“Ara,kenapa nangis pulak ni?”
“Sebab Ara rasa gembira dan bersyukur sangat.”
“Kenapa?”
“Sebab Farish dah dapat ayah dia balik.Ara pun dah dapat suami Ara balik.”
Fahmi terdiam namun akhirnya dia terseyum.Kemudian air mata Asyura disapu lembut dengan jarinya.
“Tapi Fahmi lagi gembira sebab dah jumpa kebahagiaan yang selama ni Fahmi buang.”
Lalu kedua-duanya dipeluk erat.Penuh rasa bahagia.Mak Mah yang berdiri di muka pintu turut menangis kegembiraan.
Anak anugerah Tuhan.Umpama sehelai kain putih,ibu bapalah yang mencorakkan.Anak,jika dididik dengan betul dan sempurna,maka itulah aset paling berharga.

3.15am
5.12.2008
The end…

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner