BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Monday, January 17, 2011

aeiou 1

BAB 1
a.e.i.o.u
mesti kenal dulu baru boleh nak baca buku
mesti tahu nak selit celah huruf apa untuk jadi menarik
begitulah antara engkau dan aku
tak mengapa mula dari a.e.i.o.u
barulah kita akan kenal b. c. d. e. w.
dan adik-beradiknya juga
ingat satu perkara : kalau tak kenal masakan boleh bercinta?
Mata Ashraf terus membelek komik yang berada dalam pegangannya. Nampak menarik. Komik anime dari negara Matahari Terbit itu membuatkan Ashraf leka seketika. Sambil matanya terus ternoktah pada helaian komik tersebut, kakinya dihayun perlahan menuju ke kaunter pembayaran.
Alamak, dah lambat! Bising pulak dak Aya nanti, detik hati Nurul di saat matanya mengerling sekilas pada jam tangan berwarna merah jambunya. Dua buah novel yang berada di dalam pegangannya dibawa ke kaunter. Terlalu ingin cepat, tidak sedar tubuhnya terlanggar seseorang.
Pap!                           
Komik yang berada di tangan terlepas. Tubuhnya terdorong sedikit. Pantas dia menoleh. Mencari gerangan yang melanggar tubuhnya. Dan ketika itu, matanya tertancap pada tubuh seorang gadis yang berlalu bersahaja ke kaunter pembayaran. Yakin itulah gadis yang baru sahaja melanggarnya memandangkan tiada orang berdekatan.
Takkan kakak cashier tu pulak yang langgar aku? Hati Ashraf berdetik perlahan. Mustahil.
“Eh saudari, dah langgar orang tak reti ke nak mintak maaf?” soal Ashraf ketika dia berdiri betul-betul di sebelah gadis itu di kaunter pembayaran. Gadis itu menoleh dengan dahi yang berkerut. Malah juruwang yang berdiri di hadapan mereka turut memandangnya hairan.
“Saya langgar awak ek? Tak perasan pulak,” balas gadis itu selamba. Cover! Cuba mengawal rasa malu bila ditegur begitu. Bukan dia tidak perasan sebaliknya dia benar-benar ingin cepat.
What? Tak perasan? Buta ke?” jerkahnya keras. Wajah gadis itu bertukar rona. Malu bila mereka menjadi tumpuan beberapa pasang mata. Ashraf tersenyum sinis.
“Hei, mulut tu jaga sikit ya! Fine, sorry!”
Gadis itu menarik nafas seketika. Satu jelingan dihadiahkan buat si jejaka. Novel di tangannya diletakkan semula di kaunter. Lalu tanpa kata, dia berpaling dan terus melangkah keluar dari kedai buku tersebut tanpa mempedulikan pada mata yang memandang.
* * *
Ayul melepaskan nafasnya perlahan. Sesekali bibirnya diketap. Geram dan malu bercampur-baur.
“Kenapa ni Yul? Nampak macam tengah ribut je kau ni?” tegur Suraya perlahan. Berhati-hati pertanyaannya, bimbang kalau gunung berapi marah Ayul meletus tanpa amaran. Pemanduan diteruskan dengan tenang. Daripada pengamatannya sebentar tadi, Ayul seperti marahkan sesuatu. Sejak masuk ke dalam kereta tadi, sahabatnya itu langsung tidak bersuara. Cuma terdengar desah nafas yang kasar dan sesekali dia melihat Ayul menggenggam erat jemarinya.
“Tadi kata nak beli novel. Mana novelnya?” tanya Suraya terus. Ayul berlenggang sahaja ketika berjalan ke kereta tadi. Tidak sedar pertanyaannya membuatkan Ayul makin geram.
“Tak jadi beli,” balas Ayul dengan mulut yang memuncung. Pelik Suraya mendengar jawapan itu.
“Kenapa? Kan tadi kau jugak yang beriya-iya nak ikut sebab nak beli novel?”
Ayul diam. Dibiarkan soalan Suraya terbiar tanpa jawapan. Biarpun kata-kata lelaki di kedai buku tadi menyakitkan hatinya, namun dia mengakui semuanya salah dia. Dengan keluhan panjang, dia bersandar pada kusyen kereta. Suraya di sisi cuma menggelengkan kepala. Entah apa yang berada dalam fikiran sahabatnya itu, dia tidak tahu.
* * *
Woi Ash! Sini kejap! ” laung Saiful dari kafeteria. Ashraf baru ingin membuka pintu keretanya berpatah kepada Saiful yang sudah melambai memanggilnya.
“Ha, ada apa ni? Nak baliklah beb, mengantuk,” ujar Ashraf lalu menarik sebuah kerusi di sebelahnya. Dilabuhkan duduknya di situ.
Saiful tersenyum. Fail plastik di tangannya dibuka lalu ligat tangannya mencari sesuatu di celah-celah helaian kertas itu.
“Apa kau cari tu? Cepatlah,” desak Ashraf. Tangannya menggaru kasar kepalanya.Saiful meneruskan pencariannya dan setelah berjumpa, dia lalu menghulurkan sekeping sampul surat kepada Ashraf. Dalam terpinga-pinga Ashraf menyambutnya.
“Surat apa ni?” tanya Ashraf cepat.
“Surat dari Kyra. Dia kirim flying kiss kat kau,” jawab Saiful sambil tersengih. Ashraf tersenyum sedikit. Kyra, sebaris nama itu mengingatkannya kepada seraut wajah manis yang murah dengan senyuman itu.Junior yang baru memasuki semester 2.
“Mana kau jumpa dia?” soal Ashraf sambil memegang erat sampul surat tersebut.
“Depan library tadi.”
Aik? Library? Telinga aku salah dengar ke?”
Saiful menumbuk bahu Ashraf bila dirinya disindir. Ashraf ketawa.
“Jangan marah beb. Gurau-gurau je.”
“Kejap je aku borak dengan dia. Boleh tahan awek baru kau ni, Ash. Cun, meletup tu,” komen Saiful sambil ketawa. Tukar topik. Ibu jari kanannya diangkat. Ashraf tersenyum bangga.
“Eh, tengok oranglah. Ini Ashraflah,” ucapnya bangga. Saiful tersengih.
“Tapi tulah satu, zaman siber la dei! Mana ada lagi orang bercinta pakai surat-menyurat ni lagi. SMS kan ada? Tak pun Y!M ke…GTalk ke…Skype ke…”
Ashraf turut tersengih menyambut kata-kata sahabatnya itu.
“Ala Kyra saja kot nak suruh aku simpan surat-surat cinta dia ni. Kalau SMS, inbox penuh aku delete aje.”
* * *
Penat tergolek ke kiri, Ayul berpindah ke kanan pula. Baringannya resah. Tiada secalit pun senyuman terpamer di wajahnya. Hatinya jadi sakit bila teringatkan insiden di kedai buku tadi. Geram setiap kali dia teringatkan patah bicara lelaki yang dirasakan berlagak itu.       `
“Yul… nak pinjam nota Prof. Kamal. Ngee… aku punya nota dah melayang entah ke mana. Gagal dikesan.” pinta Ika seraya menoleh ke arah Ayul yang berbaring di katil. Pelik bila melihat rakan sebiliknya itu keresahan.
“Kenapa dengan kamu ni Yul? Macam orang hilang anak je ni?” tegur Ika. Ayul menoleh ke arah Ika yang sedang duduk bersila di atas kerusi di meja belajar mereka.
“Aku tak dapat beli novel yang aku idam-idamkan tu...” keluh Ayul perlahan.
Ika mengerutkan dahi. “Bukan tadi kau dengan Sue pergi Popular ke? Kenapa tak beli?”
Semakin pelik Ika dibuatnya apabila Ayul merengus kasar. Wajah itu semakin mencuka.
“Memanglah aku pergi. Tapi disebabkan oleh sorang makhluk ni, aku tak dapat beli novel tu.”
“La...awatnya? Apa yang dah jadi? Stok habis ke?” duga Ika. Semakin menarik pula cerita Ayul di pendengarannya. Semakin kuat rasa ingin tahunya.
“Taklah. Aku dah ambik dah novel-novel tu. Masa nak bayar, aku terlanggar sorang mamat ni. Masa tu aku nak cepat, tak sempat nak cakap sorry. Kau tahu apa dia buat?” Ayul sudah mengetap bibir.
“Hmm... apanya?”
“Dia datang sebelah aku, lepas tu marah aku dekat situ. Peh... angin betul akulah. Akak cashier tu pandang kitorang pelik je. Kalau dalam kedai tu ada aku dengan dia,tak apalah jugak. Ni tak ramai lagi orang dalam kedai tu. Tak pasal-pasal aku dah berlakon drama swasta dekat situ,” rungut Ayul.
“Aku tahulah salah aku. Tapi tak payahlah marah aku macam tu sekali. Macam aku tak ada hidung pulak. Tak ada rasa malu. Kau tahu Ika, novel-novel tu aku letak je dekat kaunter lepas tu aku terus keluar,” sambung Ayul lagi.  Sedih wajahnya. Ika menggelengkan kepala.
“La... tak fahamlah aku dengan kau ni. Kenapa tak bayar terus? Sekarang tengok siapa yang susah? Entah-entah mamat tu sedap je buat tahi mata sekarang ni, kau pulak frust menonggeng dekat sini sebab tak dapat novel tu. Kan senang lepas kau bayar je, kau baliklah.”
Ayul cuma membisu .Ada benarnya juga kata-kata Ika itu. Tapi itulah, disebabkan rasa malu yang menebal tadi dia tidak berlengah untuk melangkah keluar dari kedai buku itu.
“Dahlah, tak pe, esok ada lagi. Esok kau pergi beli, okey?” pujuk Ika lembut. Geli hati pula melihat wajah kelat sahabatnya itu.
“Isy, aku tak naklah pergi Popular tu lagi. Malu oi. Emm... dan aku takkan beli novel tu sebab kalau aku beli novel tu, aku akan teringatkan mamat senget tu. Tak nak aku. So biau jelah...” putus Ayul. Walaupun hati kecilnya agak kecewa dengan keputusan yang dibuat dirinya sendiri, namun disebabkan ego,dia tidak akan mengalah.
Mendengar kata-kata Ayul itu, Ika semakin hairan. “Kalau tak beli, macam mana kau nak baca? Kalau nak pinjam dari aku, mana ada. Aku bukannya hantu  novel macam kau ni.”
“Kan aku dah kata, biau jelah. Biau je, aku sanggup tak dapat baca dua novel tu. Dahlah Ika, mengantuklah. Betul jugak kata kau, mamat  tu agaknya sedap je buat tahi mata, aku pulak layan syahdu solo-solo dekat sini.”
Ayul tergelak kecil pula. Lega hati Ika mendengar tawa sahabatnya itu. Dia tersenyum kepada Ayul yang sedang menarik selimut.
Goodnight, Ika. Nanti sebelum tidur jangan lupa tutup tingkap tu. Study jangan lewat sangat, karang ada yang menjenguk, aku tak tahu...” giat Ayul lalu memejamkan matanya. Ika sudah terjerit kecil.
“Tak baiklah kau ni Yul. Tak jadilah nak stay up macam ni. Nanti aku kena culik dengan pontianak, tak maulah. Hmm…”
Ika menarik muka. Ayul tergelak. Anak Pak Cik Wahid itu memang penakut tahap langit ke tujuh.
“Ada pulak pontianak yang nak culik kau tu? Dah, dah… kalau nak tidur pergi tutup tingkap dulu. Alaa… nanti subuh-subuh kita bangunlah. Kita study sama-sama. Nanti ingatkan aku balik pasal nota Prof. Kamal tu.”
Ayul mula menepuk bantal beberapa kali. Begitulah kebiasaannya sebelum dia belayar ke alam mimpi. Ika bangun dan pantas tingkap yang terbuka ditutup rapat. Suis lampu dipetik. Gelap dan perlahan-lahan dia juga memanjat katil.
 * * *
Awal pagi lagi, seusai solat Subuh dua gadis itu sudah siap mengikat tali kasut sukan masing-masing untuk memulakan senaman pagi. Beg berisi raket badminton yang tersangkut di belakang pintu bilik pantas dicapai Ika.
“Nak lari dulu ke badminton dulu?” soal Ayul sambil melakukan sedikit senaman ringan. Sebelum Subuh tadi mereka berdua sudah melakukan sedikit ulangkaji.
“Lari kejap. Sekejap je sebab hari ni aku rasa malas pulak nak lari. 10 minit cukup?” Ika tersengih bila Ayul memandangnya semacam.
“Pemalas yo! Lagi 30 minit? Main badminton?”
Ika angguk. Ayul tidak mengulas apa-apa lagi. Menanti Ika mengunci pintu bilik.
“Tak nak ajak dak Aya?” tanya Ayul. Kalau tiada kuliah pagi, 40 minit di awal pagi akan diluangkan untuk senaman. Selalunya bersama Ika dan kadang-kala Suraya menyertai mereka. Hah, menyambut seruan kerajaan ke arah rakyat yang sihat dan cergas!
“Aku rasa tak payahlah. Mesti sambung tidur balik tu. Subuh tadi aku dah call, voicemail memanjang,” jawab Ika. Ayul  mengangguk sahaja dan mula menghayunkan langkah. Selepas bersenam nanti, barulah mereka berdua akan bersarapan.
“Eh Ayul, lepas ni kita pekena roti canai sardin okey? Sedapnya…” Ika mula merancang menu sarapan paginya. Ayul menjeling lewat ekor matanya.
“Budak ni, belum bersenam dah fikir makan. Tak payahlah, kau makan telur masak mentah sudah. Pisang sebji ke, epal ke, takpun air masak je. Kata nak kurangkan kolesterol, nak kurangkan garam, nak kurangkan makanan berminyak…”
Ayul mula mengingatkan tentang apa yang pernah diazamkan oleh sahabatnya suatu ketika dahulu sambil tersenyum-senyum. Ika menarik wajah. Kalau bukan kerana cabaran Azam, dia pun tidak mahu begini.
* * *
“Bulat! Waa makin buntal ya bila aku tak ada!”
“Haa? Ewah… ewah… sedapnya mengutuk orang!”
Dibesarkan mata ke arah Azam yang terkekek-kekek di bawah pokok mangga itu. Sepupunya itu baru seminggu pulang untuk bercuti dari Kanada. Ika mencekak pinggang bila ketawa Azam kuat dan makin kuat sehinggakan orang di dalam rumah menjenguk ke luar.
“Apa yang suka sangat tu? Budak bertuah ni. Azam, cepat kaitkan mangga tu. Mak Uda nak buat kerabu ni! Oii… kita menunggu dia, dia pulak bergelak-ketawa dekat luar tu,” laung Mak Uda mereka. Ika jelir lidah. Berapa lama sudah Azam di bawah pokok magga, namun cuma dua biji sahaja yang sudah dikait. Yang akan memakannya bukan seorang dua, mahu dekat tiga puluh orang! Maklumlah sekeluarga dari seluruh Malaysia datang berkumpul di rumah nenek.
Tanpa berlengah, dia menghayun langkah masuk. Kalau dilayan Azam, alamatnya memang segala kerja terbengkalai!
“Buntal…. Tolonglah kutip mangga ni ha…”
Ika buat tidak dengar. Malas mahu melayan. “Ika, aku balik sekali lagi kau mesti dah tak buntal lagi tau!”
Sempat lagi lelaki itu melaung kata-kata cabaran. Ika mencebik.
Haishh… apa kehal ni? Ala, merajuk ke cik? Yelah, yelah… pergilah makan roti canai sardin kau tu.” tegur Ayul dalam memujuk. Risau juga kalau Ika merajuk kerana peringatannya sebentar tadi.
Ika menggeleng perlahan, Ingatan pada Azam terbang bebas. Dia tersenyum kelat kepada Ayul. Tidak sedar dia mengalamun.
“Ala wei… janganlah macam ni. Sorry, sorry… aku cuma ingatkan aje. Kalau kau tak nak, takkan aku nak paksa pulak…” Ayul menyentuh bahu Ika lembut. Ika menggeleng perlahan sekali lagi.
“Aku okeylah. Hmm… betul jugak cakap kau. Kita tak boleh senang-senang nak give up! Azam akan terlopong tengok aku nanti!” ujar Ika, tiba-tiba bersemangat. Ayul tidak mahu mengulas apa-apa. Jangan hangat-hangat si tahi ayam sudah!

3 comments:

Anonymous said...

nexttttttttt parttttttt pppppppppplllleeeeeeeeaaaaaaaaaaaaaassssssssssseeeeeee...
haaahhhaa

NuR aMaLiNa said...

haha... ni cm kenal je pengomen nih? inche takkk yup??
lor...sabarlahhh takkkkkk.... org de banyak part mau edit tau~~
*rolling eyes*

Anonymous said...

hahahahha......
tau xpe...
tp ceeeeeeeppppppaaaaaaaattttttt ckittttttt ek....
xsbar nk baca ending.....

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner