BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Monday, February 28, 2011

Cerita Pagi Hari

Huuuu..sejuknye tangan ni. Hmmm.... entri ni aku nak tulis malam tadi tapi disebabkan ngantuk nau,, aku terus lipat je lappy ni and off~

Mula-mula aku nak cerita pasal pagi semalam. Ahad.

Aku bangun pagi sebab nak follow mak pergi pasar tani kat Telok Mas. Ekkk yeke pasar tani? Ke pasar minggu ekk? Haha sebab aku tengok produk tani ciput je. Aku memang suka pergi tempat spesis camtu, aku pun tataw nape. Haha... suka tngok makanan yang banyak kot.

Nak story, time aku pergi beli ikan, haha ada je senario makcik2 buat jejak kasih. Haha...

" Ni menantu aku. Haa... ni cucu sulung."

Aku pon tumpang r menyibuk pandang family tuh. Wallaa 1 family kot pergi pasar pagi2 nih. Haha...
Aku tengok menantu makcik tuh tgh pregnant. Semangat perut dia,aku rasa... ntahla. kembar kot. haha manela tahu kan?

pastu aku sempat lagi cakap sensorang,
"cehhh mak cik ni, sempat lagi wat jejak kasih."
Haha... bestfriend yang dah lama tak jumpa kot.Pas dah ambik balance, aku pun jalan lagi dengan mak. hAHa... aku nak gelak jugak. Apa ke tidaknya, makcik2 tuh suda block jalan. Jejak kasih tengah2 alam.

Tak sampai 5 minit, mak pulak jumpa sape ntah. Haha.. jejak kasih again. Aku senyum je,
monolog:"ehh cakap orang, mak aku pun sama laa"
Hik3.. ntah2 aku pun nnti cam tu jugak.

PaStu.... huuhuuu.. sedey aku tak dapat taufu fa, sebb tangan aku penuh sangat. Beli sandal gantikan yang dah putus tu, pastu terus pergi kereta sebab tangan aku da terlampau penuh. Rasa nak tertanggal je jari aku. Haaa pastu aku sampai kete, locked pule. Mak tak sampai lagi.

Daa tu je ceritanya pagi semalam.

Pagi ni. Sejuknye air.. putih tapak tangan aku. Haha... ok.
Pagi2 lagi dapat mesej dari Masyi yang nak comfirmation pasal tarikh result. Haha.. cuak nau. Semalam Diba...

Pagi ni, emm aku jumpa sorang girl. Primary skul lagi kot. Bagusnye kamu dikkk....
Tahu dia buat ape?? Nampak macam bahaya, tapi siyesla she's good.

Dia naik motor, dengan bapak dia agaknya, and dia boleh baca buku lagi dekat belakang tu. Time tu kat pADANG tEMU.
Dikk,, akk doakn ko sukses lorhhh... ameen. Make ur parents proud ehh...

Huhu..modd pagi ni??

Saket perut gelak, dalam masa yang sama hati aku luka jugak.


Ahhhhh kebenaran. Kebenaran laaa...

Ana hampeh sebab prank aku. Sesak nafas aku kejap baca mesej dia.
Ya Rahman, peliharalah ~~

Jgn lupa datang andai kakak tercampak ke Kulim, kf~~

Nak call... adekah akan menganggu?

Sampainye hati tak bagitahu andai cerita itu benar~

hahahahaha..psiko jap. huhuuuuu cool la beb.
hakikatnye, terasa dipinggirkan...

Thursday, February 24, 2011

Sakit Di Hati, Siapalaa Yang Tahu..

Ada masalah lak pulak kat format blog nih. Adehhh aku pulak tak pandai nk merebeh bende nih.. haha.

Lapar~~
Tapi malas nak jalan gi kantin. Haha...
Emm hari ni lapar pulak. Selalu perut boleh je nak tahan sampai pukul 1. Haaa no wonder la kenapa lapar. abcdefg....

mood petang ni tak berapa nak baik pulak. Ahhh tanak tengok nama dia lagi. Geram pulak rasanya. Huhu... tak baik betul aku nih. Entah, susah nak explain. A single message can turn from love to hate, from a friend to an enemy. Kan??

Faham sangat dengan permintaan tuh. Ahhh.... sabar lagi~~

Kami berbeza, ideologi dan citarasa.

ahhh buang waktu ingat kat dy, bikin hati makin perit. abaikan dia~~

aku belajar, sebelum tekan butang send kat henfon tu... especially serious message, tlg fikirla. ahhh,, aku pun mungkin pernah buat benda yang sama kot. huhu... tapi yang ni, takkn bertanya pun salah?? takkn mintak penerangan tntng pelajaran pun slh??? aku tak fhm betul, sedangkn kerjayanya akan menntut kesabaran yg tiada batas~~

abaikan amal..... jgn ingat lagi!!!

emm... emmm...emmm... ha, nak makan taufu fa laa.. pasar malam mari.

No Topic!


Malam ni kepala buat hal lagi. Duk berdenyut.Beberapa petang yang lepas pun macam tu. Panas agaknya. Abaikan~~

Nor nak gi Langkawi. Coklat~~~
Coklat!!! I want chocolates!!
Banyak-banyak~~

Nor~~
Tetap jugak nak pergi Langkawi dengan angah walaupun demam. Dia suspek diri sendiri denggi tapi tanak jumpa dokterrrrr. Mesti tanak kena tahan kat wad,
Ikut suka kamoo laa... 
<

Kepala nih... 
berdenyut lagi. satu part je. migrain ke??

Alyya got her P already.
Aku?
Baru nak gi mendaftar. Wakaka... lantaklah. Malas pule rasanya. Haha...:p
Syima?
Found her present for SPM accidentally. haha... 

Aku sebenarnya tak de benda nak buat. So saje je merepek kat sini. 
Tidur? Dah pukul 1 pagi dahh... tapi aku dah tidur siang tadi.
Memprotes dalam diam, ingkar arahan "jangan tidur dalam office"
Kalau orang jabatan serbu?? Opss... i tak tahu~~

Esok punya aktiviti??
Teman mak pergi jabatan. Untuk?? Ntah, di luar bidang kuasa. 

Pastu? ouhhh gi tempah baju. 
Kalau lewat, takpayah masak. Pasar malam je sudah. Haha... kalau masak pun bukannya budak2 ni nak makan.
~selalu xde mood nak masak time weekdays~

p/s: dah rupa s/u dah aku nih... haha. padahal time mt library keje s/u tak pna buat kcuali tulis report perjumpaan je. haha... 

masih belum reda lagi sakitnya.

ada orang tanya:
"sakit lagi ke? da makan ubat?"

uBAt?? 
time kecik2 dulu yelah suap ubat. time sekarang ni aku biarkan baik sendiri.
selalu aku demam satu hari, tapi sakitnya Allah yang memahami.

Ahhh..da ngantuk. tEKak pun da semacam, pastu, kepala aku makin berdenyut. 

hikayat satu malam:
~the end~





Monday, February 21, 2011

Mendewasakan Seorang Aku

Assignment apa yang atie bagi kat aku nieyh?? 
Agak tak memahami pulak nak buat. Haha..oppss.. da lewat sehari.
Haha...siyes, no idea pasal benda ni semua. Hailohh mulut, rajin je cakap setuju. Emm takpe tambah ilmu. Masalahnya apa pun tataw. Haha~

Today, Sabtu. Hmm... mak ada sekolah ganti, maka di sinilah aku seperti biasa. Uhh... laparnya. And sejuk jugak. Tak bawak sweater pun. Isy, apekah? Dah aircond tambah kipas lagi, atas kepala lak tu. Adehh.. *selesema*.
Wahh lau makan sup panas ni sedap.
Lepas sekolah, teman mak gi tengok pinggan-mangkuk lagi kemudian pergi Mydin, borong barang dapur. Hah, i luv jalan-jalan. Haha...

Semua orang belum bangun agaknya. Huu... away sat p panaskan diri.

~jangan kemana-mana~

ha, lamanya aku nak habiskan post ni. 
dah masuk hari ahad pun. haha... opss no progression pun assignment ni.
rasa macam dah ngantuk. isyak, pastu bumm. haaa... banyak mahu coret sebenarnya.

mood hari ni:
bengang and merajuk.

bengang pada budak yang sesuka hati meletakkan aku sebagai YANG BERSALAH walaupun dia belum tahu cerita sebenar. Hari ini aku belajar lagi kerenah manusia. Aku tahu budak tu tak bermaksud begitu antara aku dan dia(still nak bengang dengan dia), tapi sekurang-kurangnya jangan menuduh melulu bahawa aku tidak wajar melakukan sebegitu pada 'dia'.

Kepada 'dia', jangan cakap berbelit pada aku. Sekejap amaran, sekejap menyokong dan waktu yang lain pula menghalang.

Ahhh... indahnya dunia kalau kita boleh puaskan hati semua orang, Aku cuba, tapi aku tak boleh. Puaskan hati semua orang?? Aku tak mampu walaupun aku mahu.

'Dia', bukan kamu sahaja yang kecewa, aku lebih-lebih lagi. Aku tak luah, tapi mesejku jelas melalui cara dan perbuatanku. Harap engkau faham. Harap maaf, jujur aku kecewa dengan peristiwa ini.

Result pula? Haa..
biarlah kamu result nak tunjukkan diri bila-bila sekalipun, aku malas hendak menyertai pop kuiz TEKA BILA RESULT KELUAR.
Aku tanya budak-budak cb, semuanya dah kecoh keluar lagi 2 minggu. Adakah aku normal? Duk melopong sambil tersenyum aman bahagia?? Sedangkan yang lain sedang dilanda demam seram campur sejuk beku? Haa atau aku cuma tak mahu kalah pada rasa hati??

Driving license.
Ahh..ayah dah daftarkan aku da. Baru je kot. Adehh.. penyakit malas menyerang. Haa.. malas sungguhlaa nak ambik lesen memandu ni.
Aku tahu kot memandu, tapi auto la. Haha.... satu kampung ni aku da round pakai kereta ayah( syhhh..tanpa kebenaran.)
Malas..nak dengar intructor membebel. Malas... malas.. malas. Malas?? Ha, bila lagi pulak aku nak ambik driving license ni? Hahaha... time dah ada kereta sendiri kot. Nanti duk simpan je lesen dalam purse, skill pun makin hari makin berkarat. Haha... ;)

Esok tomyam. Yay!! Sedap tak? Yum3...
Haa.. esok bangun pagi. Sedangkan waktu sekarang sudah pukul tiga setengah pagi...

Kelatnya mata. Haha.. dah tiru ayat ummi pulak. Tadi pandai je mengata.
"Ummi, ko pna rasa ek mata ko?? Kelat, manis ?"

~bersambung~

Dah masuk hari isnin pun. Tapi entri ni pun tak abis2 lagi aku tulis. Haha. Emm... susah nak tafsir apa yang aku rasa sekarang. Seorang demi seorang menguji hati.
Dia, masih belum sudi mengirimkan khabar diri. Senyap sunyi. Sunyi sepi. Aku balik yang risau kat sini. No calls, no single message. Rindu pada mesej sesingkat ini.
"Oit."
Dah lama tak jengah ke inbox.. hmmm...
Ahh... nak teruskan ke tak mohon Perak ni?? KPM da bukak untuk semakan nie...

Oo.. ye. Nak buat pilihan balik. Oh tidakk.. kalau begini gayanya, terpaksalah aku pilih Kolej Mara. Huhu... emm hah..tapi aku nak g KMP tuh....
:(...

Dia yang seorang lagi pun macam tu jugak. Senyap je. Buzz yang tak berbalas, mesej yang dikirimkan tiada respon.
Ha, busy. Husnu zonn.. dia sibuk. Dia busy, hehe..bukan macam aku yang freeeeeee ni. Haha.. emm, tak lama lagi mungkin aku join ke-busy-an tuh.
Kamu, aku rindu tapi tentu kamu tak tahu.

Ahhh tension sebenarnya. Kenapa nak melenting tak pasal2 ni? Aku cuma ingatkan, menjalankan tanggungjawab aku yang belum selesai lagi. Hey kamu, bukan kau sorang je aku hantar mesej pasal duit tuh. Siapa yang belum bayar pun dapatlah! Isy.. aku lak rasa nak marah. Hahhhh... sabar~~
T_T... kamu mengujiku....

Lambatnye openoffice ni. Adehhh... aku nak tidur. Atie dah tanya2 research ni, hmmm...adehhh sebenarnya aku siyes tak faham dengan apa yang aku cari ni. And aku rasa macam tak relax langsung mencari benda2 yang tak difahami ni. Minat... emm minat. Baru aku nampak kenapa minat itu sangat utama selain daripada kelayakan. Yeahhh... tapi kalau minat tanpa kelayakan yang sewajarnya pun tiada makna~~

Haa. . . syukur aku cuma perlu mencari.
Yang menganalisa.... atie.
 Yang bagi markah, her lecturer.
Yang suka dapat markah tinggi, my sister.
Yang bahagia, our parents.
 Yang suka kerana dapat membantu, haha..ehem3.. of courselaa aku.

Emm da pukul 3 pun. Tak sedar pun. Cepatnya masa... openoffice tinggal lagi 20 minit. Huhu..cepatla... aku nak out dah ni... malas nak tengok skrin ni lagi. Dahlah esok nak bangun pagi. Ahhh dunia.

Hmmm.. macam2 jenis orang aku jumpa.
Ditakdirkan aku jumpa dengan somebody yang tak faham bahasa. Adehhh...
Sabar lagi.
Ayat nak bajet, ayat nak bunga... siap ngaku lagi dlm hati ada taman. Apekah??
sOOry.. aku kebal part tu .
Gugugugugu.... adeshh laa.. macam2 perangai.

~rencah hidup yang mendewasakan~

Thursday, February 17, 2011

Jangan Cabar Sabar Aku

ahhh...
tension betul!
huh~~

baru dapat online. hmm... cerita satu demi satu.
balik rumah pukul 6 petang tadi.
mandi, asar, pastu gi kelas.
macam biasa, lambat 15 minit. Dr Irene da masuk, haha. ramai bangat tunggu lif, maka aku second trip.
Hmm... dan-dan je aku ambik pen untuk wat presentation tadi. And talking about my passion and blog. 
Nampaknye ramai je yang tak prepare. Haha, ada yang cakap pasal pensil, aku pen~~
kamera, beg, haha.macam2 la. suratkhabar pun ada. including eye liner too.. siap demo lagi.
lawak. haha. sengal dengan soalan yang ntah pape. 

"no wonder laa we all don't know"
itu boys jawab bila cite pasal eye liner.

on the way ke kampus, aku nampak formasi awan serupa bas sekolah. subhanallah. comey jek~

hmm... kf. 
kf ada problem, tapi dia belum sedia nak share lagi dengan aku.
patutla call tanak angkat.

malam ni, sekarang.
aku sangat bengang. aku tak suka nak buat keputusan macam ni, but she deserved it.
siapa suruh cabar sabar aku?
tolong jadi matang sikit boleh tak??

ahh.. kak nia suh tido. hmm.. kak nia, org xde mood nak tido. 
org nak ade mood nak fire budak tu je.
geramm... sabar3...




Wednesday, February 16, 2011

Serabutnya Hari Ni

huh..*sigh*
even amik nescafe pagi tadi.. hehe.(tak elok tuh pepagi lagi da pekena kopi), mata aku tetap ngantuk. walaupun aku rasa aku mendapat tidur yang mencukupi.

p/s: inche, mlm tadi org xjadi owll kan?
kak nia, org join akk kan??

malam tadi.. emm nape dengan semua orang ni??
syima~~
suddenly text kat aku cakap dia tak layak jadi sahabat aku.
ahh.. kenapa pulak dah? aku okey je la masyi.,. aku tak de pape. AKU OK~

p/s: i'm glad to have u as my friend.. one of my bff ok? lagipun seorang kawan itu perlu ada di sisi tak kira apa jua keadaan~~*smile*

borink lak pagi2 nih. hmm yela, kan. inche, ade kelas. kak nia pun ade kelas. tinggal aku terkontang-kanting dengan aqil kat cb tuh. dia pun borink. haha. meh la bncag2..bukak forum sendiri. haha.~~

hal semalam tak selesai lagi. ahh.. aku pun tak tahu la kenapa. hmmm... rasa macam remeh. tapi bagi dia, aku rasa serius. 
just balas mesej dia yang dia tahu aku punya jawapan. 
hmmm... ape nak buat lagi nih? jap.. huh. *lepas nafas panjang2*
hampir hilang sabar, ada jugak yang kena fire ni kang. sabar oitt.. sabar..

p/s: ikot sape? haha.. emm ni ikot kak nia la. sebab kak nia sabar. haha. wexx untuk inche. haha.
adehhh nk tambah bpe kali ganda, inche??

hah, ade je tukang sergah kat cb nih. ish333 dia ni, takde kelas ke? takkan nak join aku ngan aqil kot.(kitorang lainla..freeeee)

ahh..da lapar~~ away~~

Tuesday, February 15, 2011

Mood

hari ni penatlah. huhu.
mood hari ni? ntah.. tak berapa nak elok. baru je kot aku moody.. 
rajuk yang tak terpujuk, rajuk yang tak dipujuk.


call kf dari malam tadi, tak berjawab pun. mesej?? emm... jap. tak ingat aku hantar ke tak. 
call masyi, tak angkat jugak. tengah kerja kot.~~
call seha, tapi ikan menunggu di dapur.
tira? duk sibuk tolong mak. and menceceh mula dari si budak morocco tuh sampai la ke course banking, business, nursing..bla2... sampai ke farmasi.53 minit semuanya. 

seha tadi?? kenapa dengan dia ni? 
pelik. aneh. 
berapa lama dah kenal dengan aku? still tak boleh nak beza kalau aku main-main dengan serius??
hmmm... tak ada mood nak reply message dia. biarkan~~
jawapan soal persahabatan sepatutnya dia lebih tahu. aku bukan jenis yang mudahkan meleraikan tali persahabatan tanpa sebab. think before u say n act!

kejap. hmmm.. *tarik nafas*
kenapa laa terlebih receptor hari ni?

tension sikit hari ni. hmmm...

jangan hiraukan aku kalau kamu tak mahu buat begitu~~

sesi merajuk belum lagi tamat. kepada yang terlibat, sila faham walau sekejap~~

p/s: The most difficult phase of life not when no one understand you







Monday, February 14, 2011

Sekejap, luahan hati

jarang aku buat luahan hati kat sini. hehe... of courselaa.. mau tapis2 dulu.
hmm... right now, right here
terasa busannn lak. aku macam biasa, macam setiap pagi, duduk je depan notebook ni tak gerak-gerak sampai ada perkara yang menuntut aku bergerak. 
usia 18 ku , sementara menanti peluang untuk sambung sesakkan kembali kepala otak dengan pelajaran, 
aku habiskan dekat office mak.

perut kata : lapar.

hati jawab : malas nak gi kantin.

setiap pagi sampai tengahari tahan sejuk kat office.

lalu hari ni aku bawa sweater bersama. *smile*

nanti lunch terus. huhu...bad habit. tapi sebab da terbiase, no hal laa. huhu... bagaimana dengan langkah masa depan? boleh  harungi tak lagi macam waktu, zaman pakai baju putih kain biru dan sepatu hitam?

teringat zaman kenakalan dulu. 

time kecik: 

pancitkan tayar basikal best friend sendiri, and he never put the blame on me.
now i lost him. *sebak kejap*
tapi... alah, ade jodoh aku jumpalah dia kembali.

pernah buat lontaran batu gaya lontar peluru pada lawan gaduh.
dia berdarah. kepalanya.
maka? langkah seribu masuk rumah. jangan tunjukkan muka lagi. aku tahu, sure budak tuh mengadu pada mak dia. 
itulah berani sangat duk baling batu kat anak orang, tapi hati takut jugak.

lari dari solat jemaah time kat sekolah rendah agama dulu.
kerana? tak bawak telekung. 
time tu aku masih pakai kain hijau. 
geng2 menyorokku, apa khabar kamu semua?

mungkin aku ni... 
agak gengster time sekolah rendah dulu. 
boys~ tak pernah tegur aku.
treasurer( boy) ~ pesan girl sebelah aku suh aku bayar duet kelas. hailooh... mintak terus je la kan???
new ustazah knew me. sedangkan aku pun lom sempat berkenalan dengan ustazah tuh.

pernah buat kegilaan pada trofi. sanggup beli borang kuiz jawi banyak2...
termasuk pau duet ana untuk beli borang sekali, dua kali, tiga kali, berkali2...
semata-mata mahukan trofi
PENYERTAAN KUIZ JAWI TERBANYAK

and my luck, aku menang jugak kuiz jawi tuh, 
tempat ketiga sebab ejaan aku betul. *cheeeseee*

tapi aku tahu, aku sangat pendiam bila terpisah dengan geng aku. maka aku layan novel yang aku karang sendiri. entah tercampak ke mana sudah itu novel terbengkalai....

time tadika:

aku ada geng. alyya, syahirah, keli.
ni sebaya ngan aku.

alyya, aku still contact dengan dia.

syahirah, dia agak pelik bila berYM dengan aku kebelakangan ni.

keli? totally aku hilang jejak dia.

keli, dia tuh suka cucuk pinggang kitorang. ingat geli ke??? 
nope, sakit you...

aku?

aku and geng2 aku.. 

pernah memerintah secara mutlak dalam bilik permainan.
only geng aku je yang boleh masuk. 
keli? he became the guard...
haha. me? as the princess. 
alyya and syera as well...

until.
ada budak merampas tampuk pemerintahan.
cehh... 
takkan terdelete dari memoriku...
apa khabar kamu batrisya?

time sekolah rendah:

aku cuma budak biase. 
yang selalu berfikir jauh dari batasan umurku. haha. masuk raga angkat sendiri pulaa...
masa sekolah rendah, aku selalu fikir.
bilakah mahu tamat ini persekolahan?

now aku rasa. best jugak... walaupun boring kadang2...

rasa diri senior start darjah dua.
haha. 
pernah pergi interview pengawas, tapi 
tak ada rezeki. maka aku jadi pengganas. kwang3.. 
taklah ganas sangat sebenarnya.

darjah dua jugak ada sorang cikgu ajar aku satu benda.
cikgu muhammad namanya, da pencen pun.
dia cakap, kalau kita susah nak dapatkan sesuatu ilmu itu..
tulis basmallah banyak2 dalam kertas
pastu selitkan kat celah buku.
i did the tips.
moga2 la makbul doaku. ameen...

darjah lima. 
sad memory. aku gaduh dengan best friend aku. cuma kerana dompet.
gurauan yang menjadi pergaduhan.
sampai sekarang aku tak cakap kat dia.
dia merajuk, and dia... uhh... rindu masa lalu.

darjah enam.
aku pulun habis sebab aku ikut cakap ana.
jangan duk satu sekolah dengan mak!
aku buat keputusan sendiri untuk pilih sekolah sc @ agama.
aku pilih apa yang orang lain tak ramai pilih.
and alhamdulillah... aku dapat sharodz.

ahh..coretan masih panjang lagi untuk sekolah menengah pulak.
haha.
angin malas aku bertiup kencang. entri lain baru aku tulis laa pasal sekolah menengah. guuuuu...

~adiozzzz~









I Feel Good

pagi yang indah dan cerah!

haha, bukan pagi yang gelap macam lagu Hujan tuh.
Hari ni aku tak tahulah, tapi for sure aku memang rasa happy sekarang. I feel good, nananana.....

Kenapa ek aku macam baru menang loteri ini hari? Haha...of course nope, gila ke hapa menang loteri?? Aishhh nauzubillah. Sebab hari ini, sebenarnye bermula sejak malam tadi, aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku.

Hah,yeah, falsafah tetap perlu dipegang. Huhu... aim perlu dicapai, nanti aku jugak yang mendepani masa depan. Aku perlukan jaminan.JAMINAN. kEhidupan, bUkAN uNtUk DiSia-sIakan.

ouhh... haha. tahu ape aku tgh dengar nih?gendang CNY, huhu. rasanya sambutan CNY kat skolah mak nih. Haha. aku cam duk dalam gua je kat skolah ni. Lapar? cari kantin. Tu je. Cukup time, balikkk.
dum dum ceng..dum dum ceng... 


wahhh, ni amende nih? haha kuih tepung pelita! satu bakul maa?? hailohhhh memang aku bntai pasnih.
semalam emm semalam.. bukan, bukan.. malam tadi. entahlah, sebab happy sgt agaknya, haha, aku makan 4 ketul ayam, muahaha... habislah aku bulan depan. mesti cikgu faridah piat telinga sebab xde perubahan, haha.

hmmm, ni nak cite pasal family lak. 
ni apehal la inche ni, dgn kak nia pun nak jeles2. dua2 aku sayang sama rata.
haha.

"yang sini segalanya buruk, yang satu lagi dijulang-julang. semuanya baik."

hah! inche333....
tak suka ke orang ikot perangai inche? haha
mm.. inche tahu tak, orang ikot tau nasihat inche tuh. nasihat 
"masih jauh lagi perjalanan"
 orang ikot tau. sebab tuh orang happy hari nih. sebab ikot cakap inche. hmmm...
inche, thanxxxx a lot untuk nasihat tuh.
syg inche. hah.. muahh100. cukup ek 100 kali? ke nak lagi? haha

Inche, inche... suda2 laa tu merajuk. Agak terganggu sedikit minda dengan rajuk 'si kecik' nih. Haha... kak nia, sokong kan inche tuh suka sangat merajuk? Da lawan tauke...

Itu part inche.
p/s: inche, haha. emm..speechless la pulak. haha. tapi inche, orang mintak maaf ekk sebab suka sangat menguji. haha. almaklumla, dulu time skola asyik wat ujian je. haha. inche oittttttttttt...(da terjangkit virus inche), ingat nih tau. orang sayang sama rata. NO DOUBLE STANDARD UH! 7inche, kak nia  n kf. hehe, emm... inche....tammo la tarik status org. tammo10000....

inche, bila inche sombonk ngan orang, sedih tau tak?? huhu.. kita je ingat kat dia. dia tuh wat tak layan je. 
asyik duk dengar je bahrain airlines tuh, ingat kat dak bucuk2 yang tengah layan rajuk. haha.

  Alhamdulillah da ok dengan kf. no fight la kan.... malaysia kn aman... kf, pe kata kita jadi housemate bila kakak duk perak? hehe... jimat kos sikit. 

tepung pelita at da moment. hah, takde sudu lak tu. haha. bantai jela. ehh.. da tinggal separuh bakul? huyooo... banyak nye aku makan. haha, siyes kueh favourite.gila tak semenggah makan kueh macam ni. haha. emm, nak kena blaja wat kueh ni. boleh makan puas2. tapi2.. aku tak reti r nak wat bakul dy nih. kotak daun pandan nih.alorhh...main staple jela nanti.

kak nia tahu tak buat kueh ni? ajarkan orang... haha. inche tahu? takpe kalau tak tahu, belanja pun jadi lahh...
kf pun sama tau. kalo tak tahu,belanja kakak dua bakul. COMPULSORY!

p/s: aku sanggup terima kueh ni sebagai hadiah harijadi.

haha. tengokla betapa senang hatinye aku. dari tadi gelak je. haha.

emm yeay! yeay! and yeay lagi!
dr. irene text aku, xde kelas. haha. serunuknya xde kelas. haha, siyeslaa PENYAKIT TAK SUKA KELAS ni. perlu dibuang segera. da melekat sejak aku sekolah lagi. haha. inche, inche suka pergi kelas tak? hehe... kalo tak suka, mmgla orang ikot contoh dari inche nih. haha. opsss... kang majuk lagi, payah.~~~
next topic...drop, drop...
 huhu, prlu dibuang. kalau tak, cmne nak sukses ek? sukses! sukses! sukses!

p/s: aku pun perlukan transformasi. haha. untuk kebaikan~~

rasanya tuh je kot nak cerita. haha, ku bahagia. bersama ahli keluarga~~ yang sempoi2 belaka. 

adiozzz...~~





Sunday, February 13, 2011

Luahlaa, takyah cover2.

petang ni terik betul panasnya. hmm.. hari ni simple je masak. masak labu. kari ayam semalam ada lagi. 
aku pun sebenarnya tak tahu pe nak cite kat blog ni lagi. tapi saje je jari gatal nak menaip. 

sebenarnya hati aku tengah haru-biru. 
hmm... 
honestly, kita tak ada hak nak menghukum kesalahan manusia lain. 
sebab kita sendiri ada kesalahan dan kekurangan. 
sejenak, fikir-fikirkan.

hmm.. 
masih ada perkara yang mengganggu hati.
kenapa dengan kf? 
aku rasa dia agak ANEH kebelakangan ni. 
semalam aku tanya, dia kata ok.
"kf ada masalah?"

and she replied.
"tak ada kot."

and apekah yang dimaksudkan dengan 'kot'??
dengar macam ada. hmm.. tpup lak tak cukup. mesej je lepas. huhu. rasa macam.. she's hiding something.

rindu pada kemesraan lalu.
"kakak rindu gila kat kf!!!!"

kf, sama spesis macam inche ngan kak nia. haha. kenapa?
sebab kalau ditest sikit dengan gimik tammo kawan ke apa ke, redha je.
haha. aku pna tanye, nape kf tak pernah nk mrh ke when aku ckp jgn contact aku.
selamba yaya je dy ckp,
"kalo itu yg kakak nk, kf ok je."

hmm... cover ekk? spesies inche ngan kak nia. just kak nia seems to be more pasrah than them. haha.

ouhhh serabutnya kepala. aku budak kecik. haha. budak kecik.
kalau kamu2 xsetuju pun, tetap jugak nak kata aku nih budak kecik.


Saturday, February 12, 2011

Satu Malam Merubah Segalanya

semalam aku tidur lepas subuh. sangat-sangat mengantuk. tapi sekarang tak. haha, amik kau. smash 9 jam tak terganggu lansung tidurku. 

malam tadi. perihal malam tadi yang aku nak coretkan.

malam tadi.. emm aku melamar dan dilamar. haha. nuts. :p

malam tadi aku menambah dua lagi family members. 

diletakkan di hati, diruangkan di jiwa. moga mereka berdua sejahtera.

p/s: cuma tulun, jangan kekal senget selamanya. inche fahamla tuh. haha

sorang~ inche. cukup la dikenali dengan nama tu je. 

sorang lagi~ kak nia. aku sangat happy sebab aku tambah lagi saudara. 

inche, mula2 nampak macam tak kisah je. haha, dia coverla tuh bila aku cakap aku tammo kawan dengan dia dah. tapi...

" orang nak jadi adik inche, boleh ??"

10 reasons kenapa nk jadi adik. cehhh....  haha. tuhan, aku dan inche sahaja yang tahu reasons tu semua. tapi inche komen:
" hmm semua untuk kepentingan dia je."
* wexx* tak kira. haha. 

kak nia. ni lagi pasrah.
" kak nia, pasni orang tammo kawan dengan akak lagi"

"kenapa? hmm kalau amal taknak, pasni akak tak msg lagi"

alooo... gimik jela kot.
"tammo jadi kawan akak, jadi adik akk. diterima tak??"

and she replied. 
" diterima sangat2. akak pun xde adik perempuan"

haha. yeye! terharu la pulak. kejap, kesat air mata. sob3...

itu cerita pasal dua family members yang baru kuterima. alhamdulillah, allah menambahkan kebahagian di hati. i got my family, i got kf, i got inche, i got kak nia.. 

n i got .. an s.a

pekkk! *tepuk dahi* unbelievable! 

an s.a 
kamu tak kenal aku siapa, 
kalau kamu tahu, tentu kesal nanti.
sebab aku tak memiliki kesempurnaan, aku cuma budak hingusan yang tengah dok serabut fikirkan masa depan dan jalan kehidupan. 
degree pun belum lagi berada dalam genggaman, cuma yang ada slip pmr (sebenarnye slip pun entah kemana. cuma tinggal sijil je sbg bukti aku pernah bahagia untuk pmr) and keputusan spm yang akan dikeluarkan kurang tempoh sebulan.
nasi yang aku masak pun kadang2 terlembik. walaupun takdelaa sampai tahap bubur. 
kuah yang aku masak pun kadang2 hilang rasa.
bila tak de mood, tentu tak terduga angin aku macam mana.
perangai yang gila-gila pun, belum lagi hilang dari dalam diri ini.
aku lebih suka menjadi diri sendiri.
aku tak bersedia untuk berubah untuk orang lain. 
sebab itu perlu belajar menerima aku yang sebenar. 
maaf kalau kamu kecewa. ana asifah. 


haha, jiwang berkarat-karat la pulak.elok2, kancing gigi nanti. hehe.
 jiwang2 ni patot bag kat inche je. haha. inche, si rocker yang jiwang. inche, jangan marah, nanti orang jual. :p

satu malam, menambah lagi pengalaman. 
tengok lagi ragam kehidupan.
aku gentar, tapi cool jela kan.
teruskan berjalan, jatuh. tetap kena bangun sendiri.
ada batu penghalang, sepak je ke tepi. 
kalau berat, gunakan konsep takal.
adehhh... fizik laa pulak. hehe
kalau rasa tak power nak sepak batu besar, panjat and teruskan berjalan.
sepak atau panjat, begitulah kehidupan.
teruskan je. bila jumpa halangan,
think the best way to overcome it.
*senyum*

luv the way u are.





Thursday, February 10, 2011

Cerita Hari Ini dan Semalam

Mulakan dengan cerita hari ni.

10 Februari 2011. Qid balik hari ni agaknya. Tapi tataw her flight pukul berapa. Mesej, dia bukan si penaip mesej yang baik. Haha... pernah satu mesej aku dibaca selepas seminggu. Sabar jela...
Qid cakap:
"Aku tak suka laa balas mesej. Call boleh?"
Aiseh, demand tol doktor sorang nih. Ingat aku ni ada share ke dengan harta Bill Gates? Haha... 

Okey. Esok jela aku call. Tapi Wan online tadi, mungkin dah balik kot. Alhamdulillah~

Disebabkan malam tadi, aku tidur pukul 5 pagi and bangun pukul 6 something, aku sangatlaa mengantuk petang tadi. Aku try jugak tak lentok kat office. Tak pasal-pasal lau orang jabatan serbu, adesss... wat malu je nanti.
Lepas zuhur di surau, dalam telekung aku baring. Terus terlelap dengan handphone kat sisi. Main mesej ngan Kak Nia, sampai aku tertidur. Dikejutkan mak sebab nak balik. Pukul 4.30 petang. 
Aku tak perasan la siapa yang tegur aku tadi dalam surau. Cikgu praktikal kot. Aku lepas mak kejutkan, aku duk panggung kepala. Terlelap balik dalam duduk. Haha.. malu lak. Cikgu tuh tepuk bahu aku, tanya aku kiblat. Mamai2 je jawab, aku dengar dia cakap:
"Penat ek duk sekolah mak? Kat rumah tak ade sape ye? Tu yang ikut mak gi sekolah?"
Aku angguk. " A'ah... takde sape." 
Terus mata jadi segar.  Lorhhh...da terlambat. Kang abis mak marah. Aku lipat telekung and cepat2 pakai tudung. 

Dalam kereta, aku sambung tidur. Kenapa terasa dekat pulak rumah? Kejap pulak dah sampai. Mak gi beli sayur. Aku tutup mata balik. Masyuk kena aircond..

Dumm!!! Baru nak lelap. Lorh... accident lak ngn moto. Nasib baik tak serius. Tapi mat motor tu jatuh. An Indian. Aku gila ngantuk, tak ambik port pun masa mak and mut kuar kereta. Lorr.. side mirror retak sejuta. And that man, wat sweet escape when mak mintak ganti rugi. Memang salah mamat uh, main keluar je dari simpang. Kitorang dari jalan lurus. Habis ria, kuang asyam betul!

Seperti yang dijangka, ayah agak mengamuk bila tahu. Nak wat cane kan, dah lari pun. Huhu.. 

Mak gi beli sayur. Aku pun join walaupun ngantok. Sebenarnya join ada hajat lain. Ada pasar malam, ingat nak beli taufu fa. 

Aku gi beli sayur. Tak ada senyum. Suddenly ada sorang little boy senyum kat aku. Aku senyum balik, sikit je tarik bibir. Haha.. bila fikir balik, kenapa that lil boy senyum kat aku? Korang mesti tahu kan, budak kecik susah nk senyum pada orang yang mereka tak kenal unless orang tu senyum pada mereka dulu?

O_o... 

Agaknyelah... muka aku macam zombie kot. Haha. Adik... adik... akak ni tak cukup tidurla. Tu la muka macam zombie, bibir pucat, mata pun kuyu je. Sama je time SPM... gila tak bermaya wajah. Haha... memori...

Atau mungkin that lil boy, tengok betapa tak bermayanye kakak sorang nih? And then he smiled.. 
Dia ikhlas. Aku dapat tengok dari raut muka dia. Budak-budak, polos. 

Balik, tak dapat pun taufu fa. Waaa... *sedey*
Kempunan~ gulp, gulp

Itu cerita pagi and petang tadi. Malam, lain pula mood nya.

Ada sedikit terkecik aty dengan somebody. Cuba tak layan ego. Aku pantang pada cabaran, tapi untuk apa puaskan hati sendiri dan sakiti hati yang lain kan?
Aku kan sedang meniti usia dewasa, maka? EGO BUKAN TUANKU DALAM DIRI. 

Walaupun ego suruh buat apa yang hati mahu, itu semua nafsu. DEWASA mengajar bahawa EGO BUKAN PANDUAN. =...=

Cerita semalam.

Semalam ye? Apa yang jadi ek? Rewind jap~

Ooo ye. semalam ada cerita sedey sikit. 

Petangnya, aku mencari pasal MUET. tak sangka pula cuma soalan minta diterangkn muet menjadikan kepala seseorang tambah serabut. 

Gagal mengcontrol keserabutan minda lalu luahkan kat aku. Hmm... terima jelah. Aku pun jadi takut untuk bertanya. Mungkin. Moga di alebih bijak mengawal emosi kerana kerjayanya memerlukan begitu.

Case closed. Malas nk fragile kan hati pasal benda nih. NO HARM. 







Bila Mereka Buat Transformasi


Bila Mereka Buat Transformasi


Transformers!! 
Hmmm….
Aku coretkan  entri kali ni dari dalam kereta. Tapi broadband ni wat pulak hal, xde connection. Kenapakah celcom, sanggup memperlakukan aku begini? *sob3*
Aku temankan mak gi sekolah lain jap. Takpe, kita teruskan entri kali ni.

MEREKA yang dimaksudkan di sini ialah:
KAWAN-KAWAN AKU
Aku tak ada ramai kawan lelaki. Adalaa barang satu dua orang. Kawan perempuan, huh beriban. Berderet. Penuh gerabak kereta api.
Susulan entri lepas “ HOW TO TRANSFORM INTO A…GIRL”
Aku dapat respon yang menggalakkan. Nampaknya seorang demi seorang sahabat-sahabatku sudah berubah karakter.
Yang dulunya brutal tak hengat, ingin berubah menjadi gadis Melayu tercorot gitu… hehe, tak elok. Gadis Melayu terakhir laa…
Yang dulunya sempoi lepak-lepak, sudah dibelikan handbag. Alolooo…. Amik kau! Smash!
Say cheese… bawaklaa handbag baru tu time ambik result. Ngeh3….. aku nak tengok gak.
Mungkin yang dulu enjoy guna sandal lelaki, now sudah intai2 sandal perempuan. ke... high heels kot??? siapa tahu kan?

Yang dari dulu memang gadis sejati, aku tak heranlah.
Cuma yang membuatkan aku agak terperanjat koala, geng aku yang dulunya sempoi and brutal. Mereka sedang bertransformasi!
Kalau sudah dibelikan handbag, okeylah kot. Alasan untuk letak nota kuliah nanti. Lagipun bukan kawanku itu yang beli, mak dia yang belikan. Kamu yang dimaksudkan, jangan buat perhiasan pulak handbag tuh!
Ni ada berita yang lebih mengejutkan. Adalah seorang kawanku itu… yang memang brutal tak hengat time zaman pakai baju putih kain biru…
She bought a lipstick!
taklaa nmpak macam handbag sgt :p
Huh?? Bukan tu je, celak pun beli lagi. Adesss…. Sungguh tak kuduga! Bukan sesiapa belikan, dia yang beli sendiri. *senyum meleret*
Besarnya penangan 18 tahun. Haha… besar tak besar. Hati2 guna alatan yang tak biasa, nanti kalau cucuk mata siapa susah? Aku jugakk… ( Kassim selamat versi??)
Imagine Timi bawak handbag and go jalan-jalan wif it. Hehe…* senyum tambah meleret*

Melangkah keluar dari satu alam bernama PERSEKOLAHAN, mengubah mereka semua menjadi DEWASA SEDIKIT.
Oklaa tuh, sooner mereka semua akan bergelar wanita jugak.
Nota kaki: I’m not a girl... NOT YET A WOMAN! ( itu akulaa, kamu2 bukan kot)
Bila dah bergelar siswi nanti, mungkin jauh lebih besar perubahan yang mereka buat. Tak salah… asalkan yang posititf, itulah yang sepatutnya.
Aku? Emm aku ya? Aku macam nilaa… menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Hehe… ayat tak bley tahan.
Aku pun buat kot transformasi tuh semua, tapi…
Haha… *gelak*. Kadang-kadang, ada transformasi yang dibuat, kita tammo orang lain tahu.
Kenapa? Sebab kita malu, kita pun ada ego gak…
Tapi aku tabik spring la kat kawan aku yang tetap jugak share ngan aku apa yang dia dah buat untuk menjadi SEORANG GADIS SEMASA walaupun she said:
“Aooo…what should I do? Malu nieyh… macam mana ni?? Seganlaa…“
Relax babeh! Ingat, rileks bikin success.  *Wink3*
Aku tak dapat bayangkan perasaan dia bila aku tulis entri ni. Mungkin time amik result nanti, aku boleh dikenakan RM5 kat lengan. Adehhhh… ( aku boleh terlekat kat dinding dewan)
Sorrylaa my friend… sekadar nak berkongsi dengan pembaca2 ni aje.
Walaupun dia segan nak cakap, dia tetap kongsi. Walaupun dia nampak brutal, she still the owner of a very very fragile heart…
Kenapa very very ek? Aku pun tak sangka dia boleh jadi sesentitif ni bila tiba perihal BAGAIMANA MENJADI SEORANG GADIS SEPATUTNYA. Cukup memberitahu aku hati dia nih rupa cemana.
Cewah… hati kau pulak macam mana, Mal? Lorr…. Aku cuba berhati batu. Haha… fragile pada yang MEMERLUKAN SAHAJA. Yang tak diperlukan, should be harder than the China Great Wall.
p/s: FRAGILE. PLZ HANDLE WITH CARE.
Itulah masalahnye, bukan ramai orang yang tahu handle with care. Nanti siapa yang kuciwa? Sendiri jugak…
Percayalah kamu yang berkongsi guru denganku, kita akan berubah jugak. Ikut peredaran masa, sesuai dengan usia kita. Asalkan kita tetap menjadi diri kita, bukan berubah menjadi orang lain … ASALKAN KAMU BAHAGIA. Asalkan kamu dan orang sekeliling kamu selesa dengan transformasi yang telah dilakukan.
Smile… smile… smile….
Macam tulah…. Hehe.
Sudah, sudah! Kang timbul hal lain pulak kalau senyum lebih-lebih!

Aku rasa, aku tak perlukan transformasi yang drastik untuk menjadi seorang GADIS. Aku cuma perlukan transformasi untuk menjadi seorang student yang mungkin nampak sengal tapi cemerlang. Ameen… aku tak kesa pe je orang mau kata, as long as aim aku dapat dicapai. Nanti yang nak tengok slip keputusan aku dengan mak ayah aku jugak lorr…

Panjang pulak aku meraban kali ni ek. Haha, ade kukesah? Inikan blog NUR AMALINA yang punya. Haha.
Aku tak sabar nak tengok korang semua bila reunion 25. Mungkin, aku boleh speechless tengok korang nanti. Haha… gelak lagi. Hahaha. Hahahahah. Dan hahahaha.
Mungkin masa tu, da ade cincin nikah, cincin tunang and macam-macam lagi laa. No harm, tak kisah pun.  Ok, tammo cite pasal ni dulu.

Last but not least, wishing all of u all da best. Bila sampai seru, aku pun join sekaki dua kot. Cheeseeee!


Suka & Tak


Suka &Tak


Aku pun tak pasti kenapa aku tulis entri tajuk nih. Isi masa terlopong kot… haha.
Suka?
Aku cuma nak story sikit, (sikt je tak banyak * sengih*) pasal benda-bnda yang aku suka. Suka buat, suka makan, suka apa-apa jela.
Nak start daripada mana ya? Okeylah, memandangkan MAKAN adalah aktiviti wajib setiap hari,  teropong dulu SUKA MAKAN.

SUKA MAKAN:

1.       Buah mata kucing. BUAH tau BUKAN MATA KUCING!
2.       Bihun sup yang panas dan berapi
3.       Tepung pelita, fyi ini nama kuih tau. Bukan jenama tepung ke jenama pelita ke.
4.       Popia pedas yang tak berapa pedas.
5.       Ayam masak merah.
6.       Mee rebus? Jalan….
7.       Pizza? Aku tunggu orang belanja.
8.       KFC? Pun tunggu dibelanja
9.       McD… sorry tak layan.
10.   COKLAT! I LUV CHOCOLATES….
Lepas dah makan, kalau tak minum kang tercekik payah pulak. Teropong lak SUKA MINUM

SUKA MINUM:
1.       Air masak
2.       Air sejuk kalau tengah panas. Tapisss sejak ada vending machine kat dapur tuh, korean mari, aku bantai air sejuk je. Ish3.. tak elok sebnarnye.
3.       Air manis bila tekak rasa nak minum air manis.

SUKA WAT TIME WAKTU MELOPONG??
1.       Blogging
2.       Menulis
3.       Fikir masa depan
4.       Chatting cari kawan.
5.       Mepek~ haha
6.       AKAN DATANG…. BERCINTA DENGAN BUKU. INSYA-ALLAH

SUKA TEMPAT??
1.       Jauh daripada manusia yang memekak. Dat’s y port aku time sekolah adalah di belakang bengkel and di belakang blok…
2.       Cantik… siyesly aku suka pantai. Haha… berangin. Huh, tengah panas dalam kete ni. Ke manakah emak? Adesss…
3.       Aku suka air terjun jugak. walla… masyukk and sejukk.

SUKA TENGOK??
1.       Benda natural.
2.       Filem Hong Kong.
3.       Budak kecik.
4.       Pasangan halal yang bahagia. Haha. Emm..teladan…
5.       Pokok walaupun aku tak suka masuk hutan.

SUKA MINTAK??
1.       “Anaku sayangggg, tolong topupkan aku. Nanti aku dah kaya, aku topupkan kamu semula!” Ana, my roomate time balik kampung nanti selalu akan hulur jugak walaupun telinga terpaksa dengar
“ Ko ni mintaklah ati ke nor ke. Asyik pau kat aku je.” Lorr… apakah salahnye? Haha
2.       Kf belanja makan coklat.  COKLAT! COKLAT! COKLAT!

TAK SUKA MAKAN??
1.       Karipap sardin.
2.       Benda pahit
3.       Makanan jepun n korea n pelik2 la. Coz aku anak melayu yang bertekakkan melayu n berselera makankan masakan melayu yang sedap lagi lazat lagi kekal di ingatan~

TAK SUKA MINUM??
1.       Carbonated drink.. tapi andai dihulur, tengok keadaan. TERIMA @ GELENG TQ

TAK SUKA WAT??
1.       Kerja yang dipaksa
2.       Benda yang menyakitkan badan. Haha. Contohnya time along suh menyangkul. Adeshhhh… perit rasa tangan.
3.       Orang bengang.
4.       Orang lain rasa susah. Hehe.. kadang-kadang terpaksa jugak. tak dapat dielak…
5.       Kerja tanpa minat
6.       Maths

TAK SUKA TEMPAT??
1.       Bising tapi kalo aku yang wat bising, itu len story aa…
2.       Hutan
3.       Kem
4.       Yang selalu jammed

Aku rasa itu je kot. Sikit je pun, tak banyak. So nilah serba ciput pasal myself. Ordinary je…
Uhhh….panasnye di sini. Huhu. Bandar yang panas. Lorr… nak cari kantin la. Aku kat smk seri kota nih, temankan mak. Adeshhh… mana mak lama sangat ni? Huhu… rayau jap cari kantin. Hausnye… sudah sampai waktu sarap+lunch aku dah nie…




carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner