BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Saturday, April 2, 2011

Bangun Semula Sekiranya Engkau Terjatuh

Hampir pukul 10 pagi.

Jumaat, pengulu segala hari. Esok pagi punya rancangan?? UPM...

Lamanye tak jumpa dengan blog ni. Okey... after... err...10 days after result dah kuar. Sekarang aku tengah duk usha2 mane2 program. Esok ada taklimat kat UPM. Huhu... moga harapan aku cerah. Siyes dong tak nak lagi dah camni... kalau tiada iman, mungkin sahaja aku tidak mahu lagi melihat dunia. Hahah... cool la kan?? This is not the end of da world...

Kebangkitan selepas kejatuhan. Sakit... memang sakit.

"Bila engaku berada di kemuncak, kemudian tiba-tiba engkau jatuh, sesungguhnya kesakitan itu engkau tidak bayangkan sehingga engkau merasa kesakitan itu sendiri."

Analoginya:

Lebih sakit jatuh daripada tingkat 3 daripada tingakt 1. Lebih bahaya jika tergelincir dari tingkat 10 berbanding dari tingkat 2. Begitulah...

Hari ni, selama ini, aku belajar lagi.

Sekadar meminjam kata-kata yang diutus oleh seorang teman yang jauh...(thanks sunn.. <3)

"JIka doa kita dimakbulkan ALLAH, maknanya ALLAH menyayangi kita. Jika doa kita lambat dimakbulkan ALLAH, maknanya ALLAH ingin menguji kita, dan jika doa kita tak dimakbulkan ALLAH, maknanya ALLAH telah merancang yang terbaik untuk kita."

Aku berharap begitu juga.

Kemudian selang beberapa hari, di saat MOOD BERCELARU.::

"Kita sering mahukan hari yang CERAH, tetapi ALLAH lebih tahu mengapa HUJAN perlu diturunkan. Kita inginkan KESERONOKAN, tapi KESUSAHAN itu yang mengajar KEHIDUPAN. Kita inginkan KETENANGAN, hakikatnya diri penuh dosa dan manusia sememangnya tak lari daripada KESILAPAN. Semua itu bukan HUKUMAN, tapi adalah tanda kasih sayang ALLAH agar kita lebih BERIMAN."

Itu membangkitkan aku supaya teguh berdiri selepas kejatuhan ini. Tidak mengapa, aku masih ada masa. Kegagalan lalu akan kujadikan satu motivasi untuk lebih berjaya di hari depan, Insya-ALLAH!

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner