BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Thursday, February 10, 2011

Bila Mereka Buat Transformasi


Bila Mereka Buat Transformasi


Transformers!! 
Hmmm….
Aku coretkan  entri kali ni dari dalam kereta. Tapi broadband ni wat pulak hal, xde connection. Kenapakah celcom, sanggup memperlakukan aku begini? *sob3*
Aku temankan mak gi sekolah lain jap. Takpe, kita teruskan entri kali ni.

MEREKA yang dimaksudkan di sini ialah:
KAWAN-KAWAN AKU
Aku tak ada ramai kawan lelaki. Adalaa barang satu dua orang. Kawan perempuan, huh beriban. Berderet. Penuh gerabak kereta api.
Susulan entri lepas “ HOW TO TRANSFORM INTO A…GIRL”
Aku dapat respon yang menggalakkan. Nampaknya seorang demi seorang sahabat-sahabatku sudah berubah karakter.
Yang dulunya brutal tak hengat, ingin berubah menjadi gadis Melayu tercorot gitu… hehe, tak elok. Gadis Melayu terakhir laa…
Yang dulunya sempoi lepak-lepak, sudah dibelikan handbag. Alolooo…. Amik kau! Smash!
Say cheese… bawaklaa handbag baru tu time ambik result. Ngeh3….. aku nak tengok gak.
Mungkin yang dulu enjoy guna sandal lelaki, now sudah intai2 sandal perempuan. ke... high heels kot??? siapa tahu kan?

Yang dari dulu memang gadis sejati, aku tak heranlah.
Cuma yang membuatkan aku agak terperanjat koala, geng aku yang dulunya sempoi and brutal. Mereka sedang bertransformasi!
Kalau sudah dibelikan handbag, okeylah kot. Alasan untuk letak nota kuliah nanti. Lagipun bukan kawanku itu yang beli, mak dia yang belikan. Kamu yang dimaksudkan, jangan buat perhiasan pulak handbag tuh!
Ni ada berita yang lebih mengejutkan. Adalah seorang kawanku itu… yang memang brutal tak hengat time zaman pakai baju putih kain biru…
She bought a lipstick!
taklaa nmpak macam handbag sgt :p
Huh?? Bukan tu je, celak pun beli lagi. Adesss…. Sungguh tak kuduga! Bukan sesiapa belikan, dia yang beli sendiri. *senyum meleret*
Besarnya penangan 18 tahun. Haha… besar tak besar. Hati2 guna alatan yang tak biasa, nanti kalau cucuk mata siapa susah? Aku jugakk… ( Kassim selamat versi??)
Imagine Timi bawak handbag and go jalan-jalan wif it. Hehe…* senyum tambah meleret*

Melangkah keluar dari satu alam bernama PERSEKOLAHAN, mengubah mereka semua menjadi DEWASA SEDIKIT.
Oklaa tuh, sooner mereka semua akan bergelar wanita jugak.
Nota kaki: I’m not a girl... NOT YET A WOMAN! ( itu akulaa, kamu2 bukan kot)
Bila dah bergelar siswi nanti, mungkin jauh lebih besar perubahan yang mereka buat. Tak salah… asalkan yang posititf, itulah yang sepatutnya.
Aku? Emm aku ya? Aku macam nilaa… menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Hehe… ayat tak bley tahan.
Aku pun buat kot transformasi tuh semua, tapi…
Haha… *gelak*. Kadang-kadang, ada transformasi yang dibuat, kita tammo orang lain tahu.
Kenapa? Sebab kita malu, kita pun ada ego gak…
Tapi aku tabik spring la kat kawan aku yang tetap jugak share ngan aku apa yang dia dah buat untuk menjadi SEORANG GADIS SEMASA walaupun she said:
“Aooo…what should I do? Malu nieyh… macam mana ni?? Seganlaa…“
Relax babeh! Ingat, rileks bikin success.  *Wink3*
Aku tak dapat bayangkan perasaan dia bila aku tulis entri ni. Mungkin time amik result nanti, aku boleh dikenakan RM5 kat lengan. Adehhhh… ( aku boleh terlekat kat dinding dewan)
Sorrylaa my friend… sekadar nak berkongsi dengan pembaca2 ni aje.
Walaupun dia segan nak cakap, dia tetap kongsi. Walaupun dia nampak brutal, she still the owner of a very very fragile heart…
Kenapa very very ek? Aku pun tak sangka dia boleh jadi sesentitif ni bila tiba perihal BAGAIMANA MENJADI SEORANG GADIS SEPATUTNYA. Cukup memberitahu aku hati dia nih rupa cemana.
Cewah… hati kau pulak macam mana, Mal? Lorr…. Aku cuba berhati batu. Haha… fragile pada yang MEMERLUKAN SAHAJA. Yang tak diperlukan, should be harder than the China Great Wall.
p/s: FRAGILE. PLZ HANDLE WITH CARE.
Itulah masalahnye, bukan ramai orang yang tahu handle with care. Nanti siapa yang kuciwa? Sendiri jugak…
Percayalah kamu yang berkongsi guru denganku, kita akan berubah jugak. Ikut peredaran masa, sesuai dengan usia kita. Asalkan kita tetap menjadi diri kita, bukan berubah menjadi orang lain … ASALKAN KAMU BAHAGIA. Asalkan kamu dan orang sekeliling kamu selesa dengan transformasi yang telah dilakukan.
Smile… smile… smile….
Macam tulah…. Hehe.
Sudah, sudah! Kang timbul hal lain pulak kalau senyum lebih-lebih!

Aku rasa, aku tak perlukan transformasi yang drastik untuk menjadi seorang GADIS. Aku cuma perlukan transformasi untuk menjadi seorang student yang mungkin nampak sengal tapi cemerlang. Ameen… aku tak kesa pe je orang mau kata, as long as aim aku dapat dicapai. Nanti yang nak tengok slip keputusan aku dengan mak ayah aku jugak lorr…

Panjang pulak aku meraban kali ni ek. Haha, ade kukesah? Inikan blog NUR AMALINA yang punya. Haha.
Aku tak sabar nak tengok korang semua bila reunion 25. Mungkin, aku boleh speechless tengok korang nanti. Haha… gelak lagi. Hahaha. Hahahahah. Dan hahahaha.
Mungkin masa tu, da ade cincin nikah, cincin tunang and macam-macam lagi laa. No harm, tak kisah pun.  Ok, tammo cite pasal ni dulu.

Last but not least, wishing all of u all da best. Bila sampai seru, aku pun join sekaki dua kot. Cheeseeee!


1 comments:

Anonymous said...

hahaha...terasa gile aq.....x sngka ea ko mskkn jgk ap yg aq cite kt ko...bt aq x ksh...srnk plk rsny...klakar2...

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner