BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Thursday, February 10, 2011

Cerita Hari Ini dan Semalam

Mulakan dengan cerita hari ni.

10 Februari 2011. Qid balik hari ni agaknya. Tapi tataw her flight pukul berapa. Mesej, dia bukan si penaip mesej yang baik. Haha... pernah satu mesej aku dibaca selepas seminggu. Sabar jela...
Qid cakap:
"Aku tak suka laa balas mesej. Call boleh?"
Aiseh, demand tol doktor sorang nih. Ingat aku ni ada share ke dengan harta Bill Gates? Haha... 

Okey. Esok jela aku call. Tapi Wan online tadi, mungkin dah balik kot. Alhamdulillah~

Disebabkan malam tadi, aku tidur pukul 5 pagi and bangun pukul 6 something, aku sangatlaa mengantuk petang tadi. Aku try jugak tak lentok kat office. Tak pasal-pasal lau orang jabatan serbu, adesss... wat malu je nanti.
Lepas zuhur di surau, dalam telekung aku baring. Terus terlelap dengan handphone kat sisi. Main mesej ngan Kak Nia, sampai aku tertidur. Dikejutkan mak sebab nak balik. Pukul 4.30 petang. 
Aku tak perasan la siapa yang tegur aku tadi dalam surau. Cikgu praktikal kot. Aku lepas mak kejutkan, aku duk panggung kepala. Terlelap balik dalam duduk. Haha.. malu lak. Cikgu tuh tepuk bahu aku, tanya aku kiblat. Mamai2 je jawab, aku dengar dia cakap:
"Penat ek duk sekolah mak? Kat rumah tak ade sape ye? Tu yang ikut mak gi sekolah?"
Aku angguk. " A'ah... takde sape." 
Terus mata jadi segar.  Lorhhh...da terlambat. Kang abis mak marah. Aku lipat telekung and cepat2 pakai tudung. 

Dalam kereta, aku sambung tidur. Kenapa terasa dekat pulak rumah? Kejap pulak dah sampai. Mak gi beli sayur. Aku tutup mata balik. Masyuk kena aircond..

Dumm!!! Baru nak lelap. Lorh... accident lak ngn moto. Nasib baik tak serius. Tapi mat motor tu jatuh. An Indian. Aku gila ngantuk, tak ambik port pun masa mak and mut kuar kereta. Lorr.. side mirror retak sejuta. And that man, wat sweet escape when mak mintak ganti rugi. Memang salah mamat uh, main keluar je dari simpang. Kitorang dari jalan lurus. Habis ria, kuang asyam betul!

Seperti yang dijangka, ayah agak mengamuk bila tahu. Nak wat cane kan, dah lari pun. Huhu.. 

Mak gi beli sayur. Aku pun join walaupun ngantok. Sebenarnya join ada hajat lain. Ada pasar malam, ingat nak beli taufu fa. 

Aku gi beli sayur. Tak ada senyum. Suddenly ada sorang little boy senyum kat aku. Aku senyum balik, sikit je tarik bibir. Haha.. bila fikir balik, kenapa that lil boy senyum kat aku? Korang mesti tahu kan, budak kecik susah nk senyum pada orang yang mereka tak kenal unless orang tu senyum pada mereka dulu?

O_o... 

Agaknyelah... muka aku macam zombie kot. Haha. Adik... adik... akak ni tak cukup tidurla. Tu la muka macam zombie, bibir pucat, mata pun kuyu je. Sama je time SPM... gila tak bermaya wajah. Haha... memori...

Atau mungkin that lil boy, tengok betapa tak bermayanye kakak sorang nih? And then he smiled.. 
Dia ikhlas. Aku dapat tengok dari raut muka dia. Budak-budak, polos. 

Balik, tak dapat pun taufu fa. Waaa... *sedey*
Kempunan~ gulp, gulp

Itu cerita pagi and petang tadi. Malam, lain pula mood nya.

Ada sedikit terkecik aty dengan somebody. Cuba tak layan ego. Aku pantang pada cabaran, tapi untuk apa puaskan hati sendiri dan sakiti hati yang lain kan?
Aku kan sedang meniti usia dewasa, maka? EGO BUKAN TUANKU DALAM DIRI. 

Walaupun ego suruh buat apa yang hati mahu, itu semua nafsu. DEWASA mengajar bahawa EGO BUKAN PANDUAN. =...=

Cerita semalam.

Semalam ye? Apa yang jadi ek? Rewind jap~

Ooo ye. semalam ada cerita sedey sikit. 

Petangnya, aku mencari pasal MUET. tak sangka pula cuma soalan minta diterangkn muet menjadikan kepala seseorang tambah serabut. 

Gagal mengcontrol keserabutan minda lalu luahkan kat aku. Hmm... terima jelah. Aku pun jadi takut untuk bertanya. Mungkin. Moga di alebih bijak mengawal emosi kerana kerjayanya memerlukan begitu.

Case closed. Malas nk fragile kan hati pasal benda nih. NO HARM. 







3 comments:

Anonymous said...

ao..aq taw ko mrh kt aq..aq taw aq slh kt ko..aq taw aq slh coz cbr ko..tp aq maen2 je..aq xde niat laen..aq mnx maaf ye..aq sje wat cm2 coz nk taw sape bdak 2..aq mnx maaf..aq taw aq ni childish skit..aq mnx maaf ye..please..aq x sengaja nk sktkn aty ko..aq mnx maaf ye..

Anonymous said...

hahahaha.........
cmner muka xmcam zombi??
suka sgt berjaga larut mlm...
dh mcam spesies burung HANTU je....
:p

Anonymous said...

ao..please la..aq x sengaja ok..aq x taw ko nk mrh+ngajuk..aq mnx maaf ok...aq slh..aq mmg bodo..aq wat ko cm pe je...please ao...

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner