BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Tuesday, February 8, 2011

Kalau Melangkah, Mesti Ke Depan

....aku mulakan entri kali ni dengan tajuk ni....

kalau melangkah, mesti ke depan

baru selesai buat jejak kasih dengan senior2 ku dahulu, xde la jejak kasih mane pun... tengok profile mereka je. alangkah gembiranya melihat mereka semua berjaya. peace.... aku pun mahu begitu!

aku kat office mak ni. duk menghadap notebook tak sudah2. huhu. 

bila dunia mahu aman? bila hati mahu damai? 
bila result sudah keluar...
mungkin tu kot jawapan dia. haha... aduhai. 
menanti penantian berakhir.... menanti.

sehari.

dua hari
.
tiga hari.

berhari-hari.

sabar.

heh... sabar.

rileks....

enjoy ur life...

LG.
dulu aku pegang falsafah ni.
Life's Good. 
Lulus dan Gagal. (LG)
sebab orang kata, boleh diterima pakai, lulus dan gagal adalah perencah kehidupan. aku pun setuju dengan pendapat tu. maka keluarlah falsafah untuk aku, LG. 

aku praktikkan falsafah ni masa aku berbaju kurung putih berkain biru dahulu. 
membina sebuah pandangan positif yang pastinya akan menaikkan semangat untuk lebih berjaya daripada hari semalam. dengan izin Allah...

rezeki kita tak sama dengan orang lain. mungkin hari ini, orang lain kita nampak lebih berjaya daripada diri sendiri, tapi siapa tahu suatu hari nanti kita akan menyainginya?
asalkan sahaja ada usaha, asalkan saja tiada jemu, doa dan tawakal, asalkan saja punya matlamat untuk direalisasikan,
insya-ALLAH usahamu tidak sia-sia.

sekarang aku punya falsafah yang baru. hehe...
rileks, bikin success
 yeah, segalanya yang perlu dilakukan harus dilakukan secara tenang dan damai.
fikir segala pros n consnye n segalanya...
aku dapat falsafah ni, bila aku terfikir.
bila ramai yang menegur.
betapa kalut dan kabutnya seorang aku.
itu memang aku akui. cikgu faridah pun pesan pada aku masa time nak ambik spm tahun lepas.
boleh praktikkan ke tidak? aku rasa boleh. macam LG aku tuh.

Walaupun LG tuh macam.. 
"err..nape lulus je? bukan cemerlang?"
yeah... itu memang patut menjadi persoalannya. kenapa sekadar lulus? 

meh aku story. 
lulus tu kan banyak makna. lulus cemerlang, lulus sekadar cukup2 makan... dan macam-macam lagilaa.
lulus yang aku maksudkan merangkumi kesemuanya.

aku cuma budak biasa masa zaman baju putih kain biru sepatu hitam. 
nak kata tergolong dalam cream, bukan.
nak kata pelajar contoh, heh, tak patut mencontohi aku.
maka aku adalah pelajar biasa sahaja.

mula dari lulus sekadar cukup nafas. usaha lagi untuk lulus yang selesa. dan akhirnya lulus yang kategori cemerlang. 

sesekali temui keGAGALan. tidak mengapa, kalau tiada gagal, manusia cepat menyombong diri. bila ada gagal, kita akan tersedar kembali. begitulah putaran. 

aku dah dewasa. ada orang kata. aku pun masih cuba mengadaptasi usia 'dewasa' ini. 
usia yang dewasa yang perlu aku tentukan jalan hidup yang cuma sekali ni. 

kalau melangkah, mesti ke hadapan.
sendiri atau berteman,
jalan lurus atau berliku
mesti juga teruskan perjalanan ke hadapan
senang atau sukar...
tapi sesekali kita kena menoleh ke belakang.
tengok kegagalan yang menjadi teladan...

kamu faham kan?








0 comments:

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner