BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Thursday, January 20, 2011

Lovely Friends!

so... hari ni nak tulis sikit pasal budak-budak 5Ibnu Khaldun yang memang la sentiasa dalam ingatan aku. Ngaa... come. Aku berikan komen tulus ikhlas punya!

That Puan Salmah, is my ex-class teacher. Cikgu Salmah, pada pandangan mata aku sangatlah caring orangnya. Nasihat untuk kitorang yang kadang-kadang deeegiiil ni, dia tak pernah lupa nak beri. Cikgu Kimia yang aku cayang. Ngaa... cikgu ada kenangan dengan aku. Tapi sorrylaa... i tak boleh nak share kat sini sebab personal kn... cikgu, cikgu di hati!

tu, ummi. ni la ketua kampung 5IK. orang paling busy dalam kelas tu, selalu lupa nak bagi attendance, sebab busy sangat kn? jangan marah mi... gurau2 je. antara subject favourite dia, kimia. she loves english and biology too.

tiqa. cita-cita nak jadi lecturer addmath. oit budak, moga kau berjaya ye! time duk kat rumah dia, asyik suh aku makan je. apa nak komen lagi ye... overall memang kita terlampau banyak sangat kenangan kita. memang antara teman terbaik pernah aku ada. ohh ye, ari tu kata nak belanja makan after result keluar kan? kutuntut janjimu!!!!



huda. yeah, itu dia budak nogori. huda join ik tahun 2010. ni bakal petroleum engineer. masa aku tengah taip entri ni, dia dah ada pun dekat UTP untuk foundation PE. this girl duk satu dorm dengan aku time SPM. huda, macam pernah aku sebut dulu, aku harap kau mesti ingat pada mak cik dewan makan yang sampai hati kantoikan kita tu??

walla... nilaa K.A.M.I.
wani amiruddin, dia la geng aku time jadi outsider. cita-citanya nak jadi dentist. smile... smile... smile... yes, macam tu lah! mesti nampak gigi taw... haha.
emm apa lagi nak komen yea,( ingat senang ke nak komenkan semua orang??) ok. aku rasa kau pun teman terbaik pernah aku dapat. thank you so much sebab selalu beralah pada aku ni. emm see you di ipt!

diba. dia ni duk sebelah aku masa form 5. haha, diba, awak ingat lagi kita terkantoi kes 'the pearl' dengan mr. pancha? thank you sebab tolong jawabkan. time tu memang lidah memang beku. tahu sengih je tengok mr pancha. the pearl...

ni tira pulak. ni minah sorang ni, time aku coretkan benda alah ni, tengah buat part-time dekat ayamas. "umur 18 aku dihabiskan di AYAMAS!" dengau sungguh sadis statement tu. haha. almaklumlah intake ipt tahun ni lambat . bulan september. high-maintainance ni... haha. jangan marah tira oit... marah nanti pakwe lari! better jangan...

ni budak comel kecik molek.. pe lagi? anak pak cik helmi ni, emm di mataku dia okey aje. boleh cooperate dengan akku dengan senang, boleh gelak2 kalau time aku terasa nak buat lawak antara benua... hah! memang sedappp sesangat tahap sesungut dia punya roti poket doraemon even aku  syahdu jugak time pakai roti tu. sob..sob..sob... bape banyak cili kau letak ni ha??huhu... sampai hatimu wani.

pikamar!!! dia ni pun dah ada di UTP time aku menaip dengan mata yang dah berair sikit sebab hari ni entah kenapa aku ter'mengantuk' awal pulak. ni pun bakal dentist dari IK ... tapi aku dengar2 dekat UTP sekarang dia ambik information technology.( <<< geng zaty and wani helmi dlm ukm-universiti kecil molek)

teces day 2008
ni pulak kisah presiden aku ni. presiden library terhormat smkasr, presiden darul hikmah. ajk kesayangan mak yan, yang sangatlah sopan-lemah-lembut-gemalai orangnya. jarang marah...erk... macam tak pernah je. kalau syu marah (mcm auta je marah dia), dia akan cekak pinggang dan bulatkan mata sambil mulut tak lupa main peranan. lepastu gelak balik. haha... inilah presiden aku. macam2 lahh... nak sambungkan delegasi perladangan family. aku sokong syu... nanti aku ley buat lawatan ke ladangmu...
ehemmm syu, aku masih ingat lagi masa kau menangis untuk kali pertama. huhu... satu kelas ternganga! tapi penutupnya, budak ni gelak jugak. haha... macam2lah minah sorang ni.

ini budak, mula2 nak jadi lawyer. lepastu tukar pulak dah... now aku tak tahu dah. tak kisahlah waina apa pun cita2mu, aku doakan kamu berjaya, sahabat. riuh kelas tu salah sorang penyumbangnya dialah. never lupakan kitorang ni walaupun di bumi mana kau berdiri yea, cik waina...

ini dia muslimah harapan! anak pak imam yang duk depan aku, and suka menatap muka aku. haha... ni bukan statement masuk bakul naik lif  ye, tapi dak wa ni memang suka pusing belakang and tengok muka aku. hahah... jangan main-main tau. musyi arab tinggi ni. ajk cayang ustaz zul. wa pernah bagi statement maut punya pada aku. "nanti kita datang reunion bawak ramai tau ( cett... niat bawak askar keciklah tu)". haha, shafwah, i dun mind laa... kau bawaklah family besar impianmu. ni... amal tak kisah okey!
trip to terengganu 2009

ni dia budak kecik 5ik. jangan marah zaty... ni pun nak jadi dentist. sekarang aku dengar tengah buat part-time job dekat mana ntah. aku harap kau boleh capai apa yang dicita-citakan tu. neva give-up okay! aku support aje kamu-kamu ini...
mata dia ni, ehem2... masa form 4, aku pernahlah tegur zaty ni
" eh...zaty, kenapa kau nangis ni? ceritalah..." cewah... ni gaya pemujuk nombor satu Malaysia tau.
zaty pandang aku dengan muka pelik :" mana ada aku nangis?"
"Tipulah... tu mata kau berair tu. Takkan masuk habuk pulak weh?"
Ni dia jawapan tahap langit ketujuh punya selamba si zaty. hahah... "alahh mata aku kan jenis berkaca-kaca. nampak macam menangis laa"
Huh! Apekah? Kau ni memanglah zaty, aku ni punyalah penuh perasaan tunjuk concern aku.

hmm... aku teruskan lagi coretan ni ye. masih ramai lagi yang aku nak tulis pasal budak-budak ni. biarlah panjang mana sekalipun, asalkan aku puas. Hehh... ini blog kan nur amalina yang punya. haha...

dalam pic tu, bawah si zaty namanya kima. this is my anga.... loving anga. emm... dengan dia ni, berapa banyak kali ye aku pernah isytiharkan perang dengan dia? haha... tarak ingat pulak. tapi memang sepanjang 2 tahun belajau dalam kelas yang sama , memang ada je yang kitorang nak gaduhkan.
anga, kau ingat lagi kes 'sembur' ? huhu... aku nak buat pengakuan berani kat sini:
"siyes aku malu gila time tu. nak cakap sorry pun tengah perang pulak time tu kan? haha... sweet-payau-kelat jugaklah memori ni."
aku ada dengar cite yang muka anga merah time tu. sorry3... ampunkan patik. sungguh di luar kesengajaan... ngaa... haha.
masa aku tengah taip komen ni, dia kat plkn. tengah menjalani latihan di kem muar. kem apa ek? kem reakreasi kalau tak silap.

itu... masyi. aku je dapat pas VVIP untuk panggil dia macam tu. orang lain sila panggil SYIMA sahaja ya!
sementara tunggu result ni, dia buat part-time dekat kedai kek. hehe... beliau kata:
" nanti aku bagi kau resipi2 sebagai hadiah hari jadi."
haha... ceh, bila kala pulak laa aku nak mengadun tepung tu masyi? oven aku pun dah tak betul agaknya, dah lama tak guna. tapi aku terima dengan tangan terbuka seluas stadium tun fatimah kalau kau nak bagi aku.
ajar aku buat wafel... hari tu aku buat wafel jadi pancake. sob.. sob... sob... syahdu aku tau!
kawan aku yang sorang ni, jiwang 500 karat lah orangnya. haha... satu geng dengan aku. suka baca novel, macam aku jugak. suka layan perasaan, macam aku jugak!
cita-cita dia nak jadi seorang pegawai perubatan, macam aku jugak! hah... pendek kata macam semuanya macam aku jugak!

ni anak pak cik azhar. ajid namanya. ajid pun duk sebelah aku tahun ni. orangnya sangat berdedikasi, hmm... apa la cite kawan aku sorang ni? aku tak tahu laa... mungkin ambik driving license kot.
ataupun mungkin pergi kursus pape ke. ajid yang ajau aku suh letak tapak tangan dekat leher bila sejuk. aku ni pagi2 datang sekolah je menggigil, walaupun matahari dah nampak. Ngaaaa.... ajid ni cepat geli. haha.... aku suka usik dia!

ain, asalnya nak jadi engineer. tapi bapak tak bagi. tukar profession impian ke doktor. tapi anak doktor dan engineer ni tak dibenarkan untuk ambil course med jugak. disyorkan ke biotech.
hmm... ain, aku harap kau terima mesej aku tu. kita tak jadi ambik asasi upm tau. kita ambik asasi um ye. tapi itu pun aku tataw kita dapat ke tak. harap2laa kita dapat ye!
ain ni penolong ketua kampung. mulut dia, mulalah bunyi siren bila ada orang tak buat duty, especially aku ni. haha... tapi ain tu sikit lebih kurang dengan kitorang gak. thanx for the chocolate time spm ari tu!
haaa ini pun plkn punya pelatih. dekat kem mana ntah dekat negeri sembilan. ni orang nogori jugak, tapi dilahirkan di melaka. duk kat senawang.

ni dia dietetik 5ik. kina.
budak ni, sepanjang masa makan buah. epal la, oren la... haaa... ni la ajk bio.
kina ni nak jadi pensyarah, tapi aku pun tak pastilah pensyarah apa dia nak jadi.
kina, aku budak sempoi mendoakan kejayaan mu okey!
dia ni pun terpilih untuk ke plkn. chaiyok! chaiyok~
aku tak  tahulah apa lagi nak komenkan kamu, tapi aku rasa kau ni okey je. aku berbahagia je kawan dengan kau. kuatkan semangat tau! nanti aku dah tak ada di sisi... sob... sob... sob... jangan syahdu sangat aku tak ada. call je aku, insya-ALLAH mesti nur amalina jawab punyaaa!

haa... ni orang duk sekampung dengan aku. PEYA!!!!!
this girl, volume suara dia tu memangla kalau silap haribulan, gegendang telinga aku boleh meletup.
haha... kakak cayang dia mak long aku. anak encik hassan... paham2 jela siapa kan.
ni la dia tukang gunting rambut aku yang tak rasmi. time aku belajar dekat dorm dengan dia, suka duk goyang2kan kepala dengan headphone ynag berdentum. lepas tu, picit air kotak dalam cawan... bukak, patah, celup dan makan! itulah oreo versi biskut lemak. haha...
pia, sebagaimana harapanmu untuk ke UK atas tiket TESL. aku doakn engkau berjaya!

overall, kelas 5ik memang  tak macam kelas lain. kelas yang paling sikit dengan suara macam kelas teramai. kelas yang pernah... ehemmm.... nak cakap ke tak ye? takpelah, aku cakap je. selalu kena sound dengan cikgu kerana kotor dan akhirnya jadi kelas terkotor tapi.... ada tapi tau! NEXT WEEK JADI KELAS TERBERSIH, YOU!
ini bukan rekaan tau, tapi memang realiti semata-mata.
ni la kelas yang aku sayang, meskipun rupa tu kadang-kadang macam rumah dalam negara peperangan. haha... kitorang memang berperang pun. perang untuk SPM dulu.

buat bakal dentist_
"dolly, dolly kata aaaa!"

buat bakal doktor_
"ehemm... belajar jangan sampai sakit otak tau.berlemah-lembutlaa dengan patient ye!"

buat bakal pensyarah_
"jangan kedekut bagi markah ye..."

buat bakal cikgu_
"ingatlah segala kenangan kita time di sekolah dulu, sekarang rasa apa yang cikgu rasa. ngaaa..."

buat bakal semua orang2 berjaya_
"kamu jangan lupakan aku. nanti umur 25 ada reunion. TOLONG! JANGAN BAGI AKU ALASAN SIBUK!"

buat bakal professional semua_
"ingatlaa kat kawan yang sudi duk dalam kelas yang penuh  haru-biru ni sama-sama"

buat kawan2 sekelas aku_
"JANGAN BUAT-BUAT TAK INGAT NAMA AKU DALAM OTAK BILA NAK EDAR JEMPUTAN KAHWIN YEA!"

pesanan penaja:
SEE U DI STESEN BAS OR KLLIA OR LCCT TIME BALIK CUTI SEM!
sayanggggg kamu semua!



1 comments:

Bintu Alias said...

ha2...syg kamuh missao!

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner