BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Friday, January 14, 2011

J8? Ouh...dorm haru-biru!

...masih ingat lagi...
"Esok paper Fizik!!!!!!!!"
Everybody capai reference Fizik. One. Two. Three...Go!!
Baca, baca, baca... layan... lelap...gelap...
Oo my!!! Bangun semula, betulkan duduk. Sejam setengah... meniarap pulak. Bangun balik, sejuk! Melentang pulak... semput dada. Baca lagi. Tak faham. Esok exam. Ulang lagi. Tengok jam. 3 pagi. Tiga????

Panjat katil. Gigil sebab sejuk. Hostel pulak tepi laut. Baca lagi. Baca... baca... lelap...
"Bangunlah wei! Esok Fizik, ingat Sivik ke???"

Nasib baik tak jatuh katil! Baca... tukar gear 5. Gear 3 lambat sangat. Mumbling around... topic by topic... chapter by chapter...terms by terms,..

Awal pagi tak serupa pagi. Dorm lain dah lama sunyi... tapi J8 terus berkumandang dengan irama Fizik... gelombang-gelombang yang menusuk sampai ke hati tiap ahlinya, menghafal...menghafal... dah tak sempat nak memahami.

Kriukk...Kring3.... Tut tut tut... KONNICHIWA!!!!

Ouh...alarm sab da bunyi. Alarm budak dorm depan pun dah bunyi. Sreeettt...

Pintu toilet dah bukak. Ignore... ignore.... teruskan pembacaan. Masih ada masa... rilex makes success!

Pap! Masa terus berlalu. Jengah ke pintu. Orang lain dah pakai kasut. Ignore...ignore lagi... buat tak tahu...
Ahhh!!! Mengantuknya! Paper pukukl 8, sekarang dah pukul... pukul? Oo...tidak! Da pukul 6.30 pagi.

"Solat...solat! Stop baca dulu, pergi solat!"
Berlari anak ke bilik air dan berwudhuk. Solat Subuh dan berdoa. Moga ALLAH mudahkan segala urusan kami~ berjaya di dunia dan di akhirat, berjaya dalam SPM ini!

Aamiin...aamiin...aamiin...

Teruskan pembacaan melalui jet pejuang punya speed. No time!
7 pagi!
"Korang... bangun mandi. Sudah2 la tu...TAKAWAL je..."
Terpaksa reference and kertas2 Fizik ditinggalkan. Mandi... secara ekspres rakyat! Bersiap... hostel makin sunyi. Sume dah pergi sekolah... Tinggal J8 baru nak bersiap...

Still mumbling pasal Fizik... kadang2 suara terkuat...supaya yang lain boleh sama-sama  tumpang ingat!
Kadang2 tak sempat nak sarung stokin... just go! Jalan gaya The Apprentice... 6 orang jalan sederet... selalunya dlm 10 minit lagi nak masuk dewan... kadang2 tu terlewat jugak.

Ngee...dengan Bismillah kami bertawakal kepada Tuhan Seluruh Alam... moga SPM kami cemerlang!

Bukan hanya pada Fizik...jugak pada semua subjek yang tertulis pada slip SPM.... itulah yang kami buat. Berjaga semalaman.... berjuang seharian....

Artikel masih panjang lagi. Baru sampai intro ye!

Dalam kekalutan mengulangkaji sama-sama,

Pia tak pernah lupakan headfon dan Sony slidenya. Lupa lak apa jenisnya. Dum, Dum, Dum,... sampai kadang-kadang orang panggil tak dengar!
 
Sab... yang tak reti-reti aku kesejukan tiap malam. Still jugak nak on kan wall fan tu... pastu oscillate kan sampai angin terlampau nyamannye cucuk tulang hitam aku.. Mak datuk! menggigil aku nak mandi esoknya...

Dba selalu buat kitaorang tertoleh-toleh bila handphonenye berbunyi. Dekat dorm tu ada kucing dari dewan makan, selalu gak menjengah dorm 8 uh...
Dba punya mesej bunyi meow...meow....
Sab selalu akan menjerit  "Halau kucing tu. Jangan bagi masuk dorm ni!"
"Err...Sab, kau nak halau handphone Dba ke?"

Tqa.... tengok rambut da tahu tension. Ngee.... haha. Selalu baca kuat-kuat untuk berkongsi... sebab da tak sempat lagi kan?

Huda... kalau nak cakap NOGORI tu... semua ley tergelak. Selalu bertikam lidah pasal fakta...lepas tu akan bubar tanpa keputusan sebab banyak lagi nak baca berbanding nk tegakkan siapa salah siapa betul!
Huda, aku rasa kau mesti ingat lagi kan pasal kita kena dikantoikan oleh mak cik dewan makan kerana turun sarapan pukul 7.05 pagi dengan pakai t-shirt lagi?
"Oii sayang, kau tak ambik perkser ke hari ni?"
Semata-mata hanya kami berdua yang pakai baju t, yang lain da pakai uniform.! Huhu!

Seha,,, dialah wakil dorm kebiasaannya. Kadang-kadang join kami semua belajar. Tapi kalau join kitorang pergi dewan.. sorry! Dia pergi awal. Kitaorang pergi nak akhir zaman...ngeee...
Kalau row-call, Seha pernah kena tahan sebab kami semua tak turun! Sorry ea sahabatku... mencicit pakai tudung and turun untuk bagi kedatangan. Sebab tu The Apprentice~The Cadidate SPM of J8 only 6 je, bukan 7. Seha tak ikut kitaorang jalan gi dewan.

J8 Problem creator. Cikgu bising sebab hari pertama exam sudah lewat masuk dewan. Kitaorang punya kerjalah tu. Ngee... semuanya da berlalu pun. Tinggal kenangan untuk diingat dan di refreshkan dalam otak masing-masing.

Sahabat-sahabatku yang selalu menjadi orang terakhir masuk dewan, orang yang menemaniku untuk last tatapan buku -buku SPM sebelum  dikeluarkan atas kertas exam. Yang mengejutkan aku tiap kali terlentok sampai pen cucuk dahi. Luckily tak cucuk mata ~ kisah Kassim Selamat versi pen.

Sahabat-sahabatku yang sudi tanyakan khabar aku, memberi izin aku untuk tidur time paper Arab bila deman kush-kush aku datang, bila kepala berdenyut macam nak  pecah, bila badan terasa beku dengan udara J8, bila mata terasa panas dan merah... walaupun aku belum habis study ARAB!
6 pagi baru hafal karangan... habis kuluahkan di atas kertas kajang Lembaga Peperiksaan. Moga tak sia-sia usaha kita berjaga semalaman dan berjuang seharian!

Bila habis paper terakhir ~ paper QS , di luar dugaan dorm yang bersepah akhirnya dikemaskan. Tapi masih ada sampah-sarap lagi. Ampunkan kami cikgu, masa terlalu suntuk untuk kami mengemas sebab ada urusan buku text lagi. Pukul 6.30 petang baru habis kemas dorm.

Korang.. aku dah kunci kenangan ini dalam hati. Next entri, aku imbau lagi kenangan kita. Untuk setiap subjek. Mog aaku jumpa korang dekat KLIA or stesen bas masa cuti sem !!! Remember one thing, aku sayang korang

0 comments:

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner