BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Thursday, February 10, 2011

Suka & Tak


Suka &Tak


Aku pun tak pasti kenapa aku tulis entri tajuk nih. Isi masa terlopong kot… haha.
Suka?
Aku cuma nak story sikit, (sikt je tak banyak * sengih*) pasal benda-bnda yang aku suka. Suka buat, suka makan, suka apa-apa jela.
Nak start daripada mana ya? Okeylah, memandangkan MAKAN adalah aktiviti wajib setiap hari,  teropong dulu SUKA MAKAN.

SUKA MAKAN:

1.       Buah mata kucing. BUAH tau BUKAN MATA KUCING!
2.       Bihun sup yang panas dan berapi
3.       Tepung pelita, fyi ini nama kuih tau. Bukan jenama tepung ke jenama pelita ke.
4.       Popia pedas yang tak berapa pedas.
5.       Ayam masak merah.
6.       Mee rebus? Jalan….
7.       Pizza? Aku tunggu orang belanja.
8.       KFC? Pun tunggu dibelanja
9.       McD… sorry tak layan.
10.   COKLAT! I LUV CHOCOLATES….
Lepas dah makan, kalau tak minum kang tercekik payah pulak. Teropong lak SUKA MINUM

SUKA MINUM:
1.       Air masak
2.       Air sejuk kalau tengah panas. Tapisss sejak ada vending machine kat dapur tuh, korean mari, aku bantai air sejuk je. Ish3.. tak elok sebnarnye.
3.       Air manis bila tekak rasa nak minum air manis.

SUKA WAT TIME WAKTU MELOPONG??
1.       Blogging
2.       Menulis
3.       Fikir masa depan
4.       Chatting cari kawan.
5.       Mepek~ haha
6.       AKAN DATANG…. BERCINTA DENGAN BUKU. INSYA-ALLAH

SUKA TEMPAT??
1.       Jauh daripada manusia yang memekak. Dat’s y port aku time sekolah adalah di belakang bengkel and di belakang blok…
2.       Cantik… siyesly aku suka pantai. Haha… berangin. Huh, tengah panas dalam kete ni. Ke manakah emak? Adesss…
3.       Aku suka air terjun jugak. walla… masyukk and sejukk.

SUKA TENGOK??
1.       Benda natural.
2.       Filem Hong Kong.
3.       Budak kecik.
4.       Pasangan halal yang bahagia. Haha. Emm..teladan…
5.       Pokok walaupun aku tak suka masuk hutan.

SUKA MINTAK??
1.       “Anaku sayangggg, tolong topupkan aku. Nanti aku dah kaya, aku topupkan kamu semula!” Ana, my roomate time balik kampung nanti selalu akan hulur jugak walaupun telinga terpaksa dengar
“ Ko ni mintaklah ati ke nor ke. Asyik pau kat aku je.” Lorr… apakah salahnye? Haha
2.       Kf belanja makan coklat.  COKLAT! COKLAT! COKLAT!

TAK SUKA MAKAN??
1.       Karipap sardin.
2.       Benda pahit
3.       Makanan jepun n korea n pelik2 la. Coz aku anak melayu yang bertekakkan melayu n berselera makankan masakan melayu yang sedap lagi lazat lagi kekal di ingatan~

TAK SUKA MINUM??
1.       Carbonated drink.. tapi andai dihulur, tengok keadaan. TERIMA @ GELENG TQ

TAK SUKA WAT??
1.       Kerja yang dipaksa
2.       Benda yang menyakitkan badan. Haha. Contohnya time along suh menyangkul. Adeshhhh… perit rasa tangan.
3.       Orang bengang.
4.       Orang lain rasa susah. Hehe.. kadang-kadang terpaksa jugak. tak dapat dielak…
5.       Kerja tanpa minat
6.       Maths

TAK SUKA TEMPAT??
1.       Bising tapi kalo aku yang wat bising, itu len story aa…
2.       Hutan
3.       Kem
4.       Yang selalu jammed

Aku rasa itu je kot. Sikit je pun, tak banyak. So nilah serba ciput pasal myself. Ordinary je…
Uhhh….panasnye di sini. Huhu. Bandar yang panas. Lorr… nak cari kantin la. Aku kat smk seri kota nih, temankan mak. Adeshhh… mana mak lama sangat ni? Huhu… rayau jap cari kantin. Hausnye… sudah sampai waktu sarap+lunch aku dah nie…




How To Transform Into A....GIRL

di pagi2 buta nieyh.. haha.
hmm... 4 pagi. 
aku nak tulis something pasal transformation.

How to transform into a...
GIRL.

Aku dapat soalan cepu white gold daripada seseorang ni untuk menjadi seorang gadis. Hehe.. dengar macam tak make sense lak. 
Dia ni memang girl, cuma agak boyish sikit. Aku pun taklah girly nau, tapi... 
bolehlaa kot nak share2 sikit. cewah...

Memandang si dia yang bertanya ni pun sudah mencecah umur 18, umur keramat tuh.
Aku fikir, mungkin dia risau agaknya. For me, jadi jelah diri sendiri. Aku cakap, masa akan mengubah diri kita. But she refused to listen to my words.

Timi, steps ni are specially dedicated for you. Ngeh3...

1st step:

buy a handbag and dun forget to used it. 
kalau tak selesa real handbag, just beli bag yang ala-ala handbag.
pastu memandangkan kamu akan ke kuliahkan, bawakla setiap hari. penuhkan dengan nota-nota kuliahmu itu. haha... 
pastu bila dah pakai tuh, jalan pun ala-ala catwalk la. haha.

next>>>

catwalk. 
lor....kan selalu tengok model jalan kan. nona ke apa ke. 
haha. tiru macam saya, ehhh... nonono... aku bukan model. tiru macam mereka.
kaki tu jangan duk jalan macam gergasi, slow and steady... lembut gitu.. eceehhh...

make sure, catwalk yang dipraktiskan menjadi catwalk. bukannya kurapwalk okey? 

next??

makan. yeay makan!
ni tips pun aku tengah duk praktis. haha.
makan tuh,

"Tutup mulut! kunyah slow2... 40 kali ikut sunnah!"

Itu Diba kata. Yeah...bila makan TUTUP mulut. Kunyah sampai hancur, senang penghadaman.
Walla weii.... ni memang la. Memang praktis mau setiap hari, haha sebab setiap hari makan kan? 

next laa.....

bahasa.mind ur words. 
cakap tu, jangan terlalu kasar. 
PESANAN PENAJA: 

JANGAN PULAK SENGAJA LEMBUTKAN SUARA PADA LELAKI BUKAN MAHRAM YE!

cakap jelah secara normal, bagi pandangan aku. time cakap tuh, hah...ini punya kondisi aku selalu tengok. kalau dengan sesama girl, 

walaupun tengah bergurau, 
TOLONG KAWAL TANGAN ANDA.

ni tak, asyik didebik je kawan tuh. habis lebam badan anak orang. 

bergurau ada batasnya. agak-agaklaa kan.
aku pun kadang-kadang melayang gak tangan nih secara tak sengaja. tapi tolonglah jangan kuat sampai kawan tuh terlekat ke dinding. *wink3*

okay. rasanya tu je kot tips aku.
chayok chayok chayok!

p/s: i'm not a girl, not yet a woman.

Wednesday, February 9, 2011

Perkara Yang Aku Mahu Lakukan

Kali ni, aku nak cerita tentang list perkara yang aku selalu nak buat, tapi belum ada peluang and kekuatan nak buat. hehe... 

perkara pertama:

aku selalu membayangkan satu percutian yang sangat mendamaikan. aku prefer natural, jauh dari kesibukan and segala macam bendalah. pulau tioman, masyuk gak tuh. 
hmmm.... aku selalu membayangkan jalan sorang2 kat tepi pantai waktu subuh. 
aku pernah dapat peluang tuh time trip ke terengganu 2009 tapi... takutlah pulak. lagipun masa tu semua orang tak bagi pergi. huhu... 

perkara kedua:

aku selalu fikir untuk jumpa kf. hehe. 
da 4 tahun buat pjj, bila la ek nak jumpa dia. jujurnye, aku mohon kolej matrikulasi perak. one of da reason sebab kf. aku nak jumpa dengan kf, selain daripada dekat dengan financial source yang dua orang tuh...hehe. siapa lagi kalo bukan kekanda2ku itu....

perkara ketiga:

aku selalu berangan...
hmm...aku ni memang sah kuat berangan!
aku berangan nak drive jauh2... aku pun tataw kenapa.
setiap kali aku gi jalan2 kat negeri orang, aku selalu fikir bilala aku nak drive sendiri.
hehe.... selalunya aku fikir, bila aku nak sampai kampung kf kat gerik uh??
and dalam kepala otak aku punya jawapan, 
bila aku dapat kad kahwin kf. haha...

perkara keempat:

lagi satu aku punya impian, aku suka gak fikir bila aku nak dapat anak buah.
haha... my along pun tammo kawen2 lagi lor.... cian kak lini. 
sabarla menanti akk yea...
aku selalu fikir, actually aku pun tataw kenapa aku suka fikir macam nih.
aku selalu membayangkan aku bawak anak buah aku pergi jalan, pastu belikan mereka2 coklat. hekhek... i luv chocolates very much...

perkara kelima:

benda ni nampak macam tarak betul sikit. mungkin aku akan dibebeli dengan teruk kalo aku wat jugak.
aku selalu fikir, bila aku dah keje, kalo luar melaka, 
aku nak balik kampung malam-malam. bajet dalam pukul 3 4 pagi sampai rumah.
haha. kenapa ya?
aku pun tataw, tapi aku rasa macam best pulak tengok kondisi R&R waktu awal pagi. syok lelapkan mata kat surau walaupun tak dibenarkan. haha.

perkara keenam:

yang ni aku akan dapat tak lama lagi.
aku sangatlaa menanti bila aku nak ada akaun bank sendiri.
ntah pape jela, tapi aku memang dah lama sangat menanti nak pegang kad atm sendiri.
haha n pnya wang sendiri.
and yay, tak lama lagi dah....

setakat tu je kot benda2 yang aku teringin nak buat n miliki. haha.
nnti bila ada lagi, aku update lor...


Tuesday, February 8, 2011

Kereta Intaian

ni namanye proton persona se.

pada mata aku, kereta ni cantik. hoho, go go proton go!

aku suka reka bentuk and especially warna nye, merah hati kesukaan ku.

aku pun tak pasti kenapa aku jatuh hati dengan si merah hati ni. tapi kalau terserempak kat jalan raya, ada semacam tarikan magnet yang membuatkan mataku melekat padanya sampai 'dia' hilang dari pandangan.

proton keluarkan proton inspira. latest product of proton.

tapi si persona ni jugak yang jadi intaian aku. pakkanlaa tak ada duet. kalo ade, hmm... memang aku da bayar downpayment dah. haha. lesen pun tarak. adess... (tunduk). malu2...

oh persona... syarat mesti kaler ni, bila la aku nak drive ko ek?? huhu..sabar2... belajar mesti rajen2 dulu, pastu baru boley beli. kan3????

*wink3*




Kalau Melangkah, Mesti Ke Depan

....aku mulakan entri kali ni dengan tajuk ni....

kalau melangkah, mesti ke depan

baru selesai buat jejak kasih dengan senior2 ku dahulu, xde la jejak kasih mane pun... tengok profile mereka je. alangkah gembiranya melihat mereka semua berjaya. peace.... aku pun mahu begitu!

aku kat office mak ni. duk menghadap notebook tak sudah2. huhu. 

bila dunia mahu aman? bila hati mahu damai? 
bila result sudah keluar...
mungkin tu kot jawapan dia. haha... aduhai. 
menanti penantian berakhir.... menanti.

sehari.

dua hari
.
tiga hari.

berhari-hari.

sabar.

heh... sabar.

rileks....

enjoy ur life...

LG.
dulu aku pegang falsafah ni.
Life's Good. 
Lulus dan Gagal. (LG)
sebab orang kata, boleh diterima pakai, lulus dan gagal adalah perencah kehidupan. aku pun setuju dengan pendapat tu. maka keluarlah falsafah untuk aku, LG. 

aku praktikkan falsafah ni masa aku berbaju kurung putih berkain biru dahulu. 
membina sebuah pandangan positif yang pastinya akan menaikkan semangat untuk lebih berjaya daripada hari semalam. dengan izin Allah...

rezeki kita tak sama dengan orang lain. mungkin hari ini, orang lain kita nampak lebih berjaya daripada diri sendiri, tapi siapa tahu suatu hari nanti kita akan menyainginya?
asalkan sahaja ada usaha, asalkan saja tiada jemu, doa dan tawakal, asalkan saja punya matlamat untuk direalisasikan,
insya-ALLAH usahamu tidak sia-sia.

sekarang aku punya falsafah yang baru. hehe...
rileks, bikin success
 yeah, segalanya yang perlu dilakukan harus dilakukan secara tenang dan damai.
fikir segala pros n consnye n segalanya...
aku dapat falsafah ni, bila aku terfikir.
bila ramai yang menegur.
betapa kalut dan kabutnya seorang aku.
itu memang aku akui. cikgu faridah pun pesan pada aku masa time nak ambik spm tahun lepas.
boleh praktikkan ke tidak? aku rasa boleh. macam LG aku tuh.

Walaupun LG tuh macam.. 
"err..nape lulus je? bukan cemerlang?"
yeah... itu memang patut menjadi persoalannya. kenapa sekadar lulus? 

meh aku story. 
lulus tu kan banyak makna. lulus cemerlang, lulus sekadar cukup2 makan... dan macam-macam lagilaa.
lulus yang aku maksudkan merangkumi kesemuanya.

aku cuma budak biasa masa zaman baju putih kain biru sepatu hitam. 
nak kata tergolong dalam cream, bukan.
nak kata pelajar contoh, heh, tak patut mencontohi aku.
maka aku adalah pelajar biasa sahaja.

mula dari lulus sekadar cukup nafas. usaha lagi untuk lulus yang selesa. dan akhirnya lulus yang kategori cemerlang. 

sesekali temui keGAGALan. tidak mengapa, kalau tiada gagal, manusia cepat menyombong diri. bila ada gagal, kita akan tersedar kembali. begitulah putaran. 

aku dah dewasa. ada orang kata. aku pun masih cuba mengadaptasi usia 'dewasa' ini. 
usia yang dewasa yang perlu aku tentukan jalan hidup yang cuma sekali ni. 

kalau melangkah, mesti ke hadapan.
sendiri atau berteman,
jalan lurus atau berliku
mesti juga teruskan perjalanan ke hadapan
senang atau sukar...
tapi sesekali kita kena menoleh ke belakang.
tengok kegagalan yang menjadi teladan...

kamu faham kan?








Monday, February 7, 2011

Sementara Free

apa ek mau coret kali ni?
hmm... sementara ada masa free nih, bolehlah aku mencoret banyak2 kat blog nih.
blogwalking... pastu baca entri2 pasal pengalaman orang lain.
tinggal lebih kurang sebulan agaknya untuk result spm. 
risaunya... allah sahaja yang tahu.
addua' silahul mukmin!

sejuklah kat sini. padahal aku pakai baju tebal hari ni. kebelakangan ni aku cepat rasa sejuk. tidur malam boleh menggigil padahal kipas tuh speednya zero. emm... memanglah melaka makin sejuk. hehe... lagipun tengah musim banjir kan. walaupun rumahku tak de banjir, hujan tu ade jugak. sejuk, sejuk... tapi best.

dah pukul 11 pun. tapi aku belum makan lagi. makan tengahari terusla. 

sepatutnya hari ni aku keluar dengan tira yazid untuk menjayakan reunion berdua. tapi tak de rezekilah hari ni. my friend uh demam, doc suspek denggi. allah... jauhkanlah.

so, aku duduk je kat ofis ni seperti sebulan yang lepas. duduk menghadap notebook ni sampai dah tataw nak buat apa. tapi aku tahu, emm... skill menaip aku makin bagus. haha... 
boleh je kalau nak jalan sensorang g dp tu. tapi... malas la nak jalan sensorang. bahaya pun iya. duit pun bukannya banyak. simpan lagi bagus. ingat nak tengok buku ke gadjet ke hari ni, tapi batal. takpe, lain kali bolehlaa....

sementara aku free dalam lebih kurang dua bulan lagi ni sementara menunggu peluang untuk sambung study, aku duduklah menaip apa yang aku rasa kat blog nih. taklah boring sangat sebab aku memang suka menulis pun.

tadi tengok2 profile senior2. wahh... nak jugak macam mereka. berjaya dengan karier masing-masing. doc la, vet la, engin la... sharodzian di serata dunia. hehe...bagus3...

so.... sementara ada waktu free ni kan, bolehlah aku duk mengadap notebook ni je. nanti bila dah busy, penuhkan otak dengan study pulak. 













Dia Akan Pulang!

hmmm....
dah lama tak menulis blog nih. 
aku baru je balik dari Langkawi, selepas bersesak-sesak sempena CNY.
ramainya orang kat langkawi, seronok tu seronok jugak. 
ada niat yang baru dipasang. moga dipermudahkan  ALLAH..


coklat?
 mestilaa ada. tapi aku tak beli pun. asyik pau orang je, haha.. 
along beli banyak. atie pun banyak. ana pun beli. 
aku je tak beli, tapi tolong makankan apa yang orang lain beli. 

lala bagitahu, qid akan sampai malaysia 10 hb ni.
alhamdulillah. alang pun sampai demam fikir pasal anak dia. yelah anak kan? sape tak cayang anak??

so... qid akan balik malaysia tak lama lagi. hmm... my novelmate akan balik. hehe... boleh ajak dia pergi pesta buku kat PWTC. ceh2... tunggula dia sampai selamat ke malaysia dulu,kan?






carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner