BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Tuesday, February 15, 2011

Mood

hari ni penatlah. huhu.
mood hari ni? ntah.. tak berapa nak elok. baru je kot aku moody.. 
rajuk yang tak terpujuk, rajuk yang tak dipujuk.


call kf dari malam tadi, tak berjawab pun. mesej?? emm... jap. tak ingat aku hantar ke tak. 
call masyi, tak angkat jugak. tengah kerja kot.~~
call seha, tapi ikan menunggu di dapur.
tira? duk sibuk tolong mak. and menceceh mula dari si budak morocco tuh sampai la ke course banking, business, nursing..bla2... sampai ke farmasi.53 minit semuanya. 

seha tadi?? kenapa dengan dia ni? 
pelik. aneh. 
berapa lama dah kenal dengan aku? still tak boleh nak beza kalau aku main-main dengan serius??
hmmm... tak ada mood nak reply message dia. biarkan~~
jawapan soal persahabatan sepatutnya dia lebih tahu. aku bukan jenis yang mudahkan meleraikan tali persahabatan tanpa sebab. think before u say n act!

kejap. hmmm.. *tarik nafas*
kenapa laa terlebih receptor hari ni?

tension sikit hari ni. hmmm...

jangan hiraukan aku kalau kamu tak mahu buat begitu~~

sesi merajuk belum lagi tamat. kepada yang terlibat, sila faham walau sekejap~~

p/s: The most difficult phase of life not when no one understand you







Monday, February 14, 2011

Sekejap, luahan hati

jarang aku buat luahan hati kat sini. hehe... of courselaa.. mau tapis2 dulu.
hmm... right now, right here
terasa busannn lak. aku macam biasa, macam setiap pagi, duduk je depan notebook ni tak gerak-gerak sampai ada perkara yang menuntut aku bergerak. 
usia 18 ku , sementara menanti peluang untuk sambung sesakkan kembali kepala otak dengan pelajaran, 
aku habiskan dekat office mak.

perut kata : lapar.

hati jawab : malas nak gi kantin.

setiap pagi sampai tengahari tahan sejuk kat office.

lalu hari ni aku bawa sweater bersama. *smile*

nanti lunch terus. huhu...bad habit. tapi sebab da terbiase, no hal laa. huhu... bagaimana dengan langkah masa depan? boleh  harungi tak lagi macam waktu, zaman pakai baju putih kain biru dan sepatu hitam?

teringat zaman kenakalan dulu. 

time kecik: 

pancitkan tayar basikal best friend sendiri, and he never put the blame on me.
now i lost him. *sebak kejap*
tapi... alah, ade jodoh aku jumpalah dia kembali.

pernah buat lontaran batu gaya lontar peluru pada lawan gaduh.
dia berdarah. kepalanya.
maka? langkah seribu masuk rumah. jangan tunjukkan muka lagi. aku tahu, sure budak tuh mengadu pada mak dia. 
itulah berani sangat duk baling batu kat anak orang, tapi hati takut jugak.

lari dari solat jemaah time kat sekolah rendah agama dulu.
kerana? tak bawak telekung. 
time tu aku masih pakai kain hijau. 
geng2 menyorokku, apa khabar kamu semua?

mungkin aku ni... 
agak gengster time sekolah rendah dulu. 
boys~ tak pernah tegur aku.
treasurer( boy) ~ pesan girl sebelah aku suh aku bayar duet kelas. hailooh... mintak terus je la kan???
new ustazah knew me. sedangkan aku pun lom sempat berkenalan dengan ustazah tuh.

pernah buat kegilaan pada trofi. sanggup beli borang kuiz jawi banyak2...
termasuk pau duet ana untuk beli borang sekali, dua kali, tiga kali, berkali2...
semata-mata mahukan trofi
PENYERTAAN KUIZ JAWI TERBANYAK

and my luck, aku menang jugak kuiz jawi tuh, 
tempat ketiga sebab ejaan aku betul. *cheeeseee*

tapi aku tahu, aku sangat pendiam bila terpisah dengan geng aku. maka aku layan novel yang aku karang sendiri. entah tercampak ke mana sudah itu novel terbengkalai....

time tadika:

aku ada geng. alyya, syahirah, keli.
ni sebaya ngan aku.

alyya, aku still contact dengan dia.

syahirah, dia agak pelik bila berYM dengan aku kebelakangan ni.

keli? totally aku hilang jejak dia.

keli, dia tuh suka cucuk pinggang kitorang. ingat geli ke??? 
nope, sakit you...

aku?

aku and geng2 aku.. 

pernah memerintah secara mutlak dalam bilik permainan.
only geng aku je yang boleh masuk. 
keli? he became the guard...
haha. me? as the princess. 
alyya and syera as well...

until.
ada budak merampas tampuk pemerintahan.
cehh... 
takkan terdelete dari memoriku...
apa khabar kamu batrisya?

time sekolah rendah:

aku cuma budak biase. 
yang selalu berfikir jauh dari batasan umurku. haha. masuk raga angkat sendiri pulaa...
masa sekolah rendah, aku selalu fikir.
bilakah mahu tamat ini persekolahan?

now aku rasa. best jugak... walaupun boring kadang2...

rasa diri senior start darjah dua.
haha. 
pernah pergi interview pengawas, tapi 
tak ada rezeki. maka aku jadi pengganas. kwang3.. 
taklah ganas sangat sebenarnya.

darjah dua jugak ada sorang cikgu ajar aku satu benda.
cikgu muhammad namanya, da pencen pun.
dia cakap, kalau kita susah nak dapatkan sesuatu ilmu itu..
tulis basmallah banyak2 dalam kertas
pastu selitkan kat celah buku.
i did the tips.
moga2 la makbul doaku. ameen...

darjah lima. 
sad memory. aku gaduh dengan best friend aku. cuma kerana dompet.
gurauan yang menjadi pergaduhan.
sampai sekarang aku tak cakap kat dia.
dia merajuk, and dia... uhh... rindu masa lalu.

darjah enam.
aku pulun habis sebab aku ikut cakap ana.
jangan duk satu sekolah dengan mak!
aku buat keputusan sendiri untuk pilih sekolah sc @ agama.
aku pilih apa yang orang lain tak ramai pilih.
and alhamdulillah... aku dapat sharodz.

ahh..coretan masih panjang lagi untuk sekolah menengah pulak.
haha.
angin malas aku bertiup kencang. entri lain baru aku tulis laa pasal sekolah menengah. guuuuu...

~adiozzzz~









I Feel Good

pagi yang indah dan cerah!

haha, bukan pagi yang gelap macam lagu Hujan tuh.
Hari ni aku tak tahulah, tapi for sure aku memang rasa happy sekarang. I feel good, nananana.....

Kenapa ek aku macam baru menang loteri ini hari? Haha...of course nope, gila ke hapa menang loteri?? Aishhh nauzubillah. Sebab hari ini, sebenarnye bermula sejak malam tadi, aku rasa aku dah buat keputusan yang terbaik dalam hidup aku.

Hah,yeah, falsafah tetap perlu dipegang. Huhu... aim perlu dicapai, nanti aku jugak yang mendepani masa depan. Aku perlukan jaminan.JAMINAN. kEhidupan, bUkAN uNtUk DiSia-sIakan.

ouhh... haha. tahu ape aku tgh dengar nih?gendang CNY, huhu. rasanya sambutan CNY kat skolah mak nih. Haha. aku cam duk dalam gua je kat skolah ni. Lapar? cari kantin. Tu je. Cukup time, balikkk.
dum dum ceng..dum dum ceng... 


wahhh, ni amende nih? haha kuih tepung pelita! satu bakul maa?? hailohhhh memang aku bntai pasnih.
semalam emm semalam.. bukan, bukan.. malam tadi. entahlah, sebab happy sgt agaknya, haha, aku makan 4 ketul ayam, muahaha... habislah aku bulan depan. mesti cikgu faridah piat telinga sebab xde perubahan, haha.

hmmm, ni nak cite pasal family lak. 
ni apehal la inche ni, dgn kak nia pun nak jeles2. dua2 aku sayang sama rata.
haha.

"yang sini segalanya buruk, yang satu lagi dijulang-julang. semuanya baik."

hah! inche333....
tak suka ke orang ikot perangai inche? haha
mm.. inche tahu tak, orang ikot tau nasihat inche tuh. nasihat 
"masih jauh lagi perjalanan"
 orang ikot tau. sebab tuh orang happy hari nih. sebab ikot cakap inche. hmmm...
inche, thanxxxx a lot untuk nasihat tuh.
syg inche. hah.. muahh100. cukup ek 100 kali? ke nak lagi? haha

Inche, inche... suda2 laa tu merajuk. Agak terganggu sedikit minda dengan rajuk 'si kecik' nih. Haha... kak nia, sokong kan inche tuh suka sangat merajuk? Da lawan tauke...

Itu part inche.
p/s: inche, haha. emm..speechless la pulak. haha. tapi inche, orang mintak maaf ekk sebab suka sangat menguji. haha. almaklumla, dulu time skola asyik wat ujian je. haha. inche oittttttttttt...(da terjangkit virus inche), ingat nih tau. orang sayang sama rata. NO DOUBLE STANDARD UH! 7inche, kak nia  n kf. hehe, emm... inche....tammo la tarik status org. tammo10000....

inche, bila inche sombonk ngan orang, sedih tau tak?? huhu.. kita je ingat kat dia. dia tuh wat tak layan je. 
asyik duk dengar je bahrain airlines tuh, ingat kat dak bucuk2 yang tengah layan rajuk. haha.

  Alhamdulillah da ok dengan kf. no fight la kan.... malaysia kn aman... kf, pe kata kita jadi housemate bila kakak duk perak? hehe... jimat kos sikit. 

tepung pelita at da moment. hah, takde sudu lak tu. haha. bantai jela. ehh.. da tinggal separuh bakul? huyooo... banyak nye aku makan. haha, siyes kueh favourite.gila tak semenggah makan kueh macam ni. haha. emm, nak kena blaja wat kueh ni. boleh makan puas2. tapi2.. aku tak reti r nak wat bakul dy nih. kotak daun pandan nih.alorhh...main staple jela nanti.

kak nia tahu tak buat kueh ni? ajarkan orang... haha. inche tahu? takpe kalau tak tahu, belanja pun jadi lahh...
kf pun sama tau. kalo tak tahu,belanja kakak dua bakul. COMPULSORY!

p/s: aku sanggup terima kueh ni sebagai hadiah harijadi.

haha. tengokla betapa senang hatinye aku. dari tadi gelak je. haha.

emm yeay! yeay! and yeay lagi!
dr. irene text aku, xde kelas. haha. serunuknya xde kelas. haha, siyeslaa PENYAKIT TAK SUKA KELAS ni. perlu dibuang segera. da melekat sejak aku sekolah lagi. haha. inche, inche suka pergi kelas tak? hehe... kalo tak suka, mmgla orang ikot contoh dari inche nih. haha. opsss... kang majuk lagi, payah.~~~
next topic...drop, drop...
 huhu, prlu dibuang. kalau tak, cmne nak sukses ek? sukses! sukses! sukses!

p/s: aku pun perlukan transformasi. haha. untuk kebaikan~~

rasanya tuh je kot nak cerita. haha, ku bahagia. bersama ahli keluarga~~ yang sempoi2 belaka. 

adiozzz...~~





Sunday, February 13, 2011

Luahlaa, takyah cover2.

petang ni terik betul panasnya. hmm.. hari ni simple je masak. masak labu. kari ayam semalam ada lagi. 
aku pun sebenarnya tak tahu pe nak cite kat blog ni lagi. tapi saje je jari gatal nak menaip. 

sebenarnya hati aku tengah haru-biru. 
hmm... 
honestly, kita tak ada hak nak menghukum kesalahan manusia lain. 
sebab kita sendiri ada kesalahan dan kekurangan. 
sejenak, fikir-fikirkan.

hmm.. 
masih ada perkara yang mengganggu hati.
kenapa dengan kf? 
aku rasa dia agak ANEH kebelakangan ni. 
semalam aku tanya, dia kata ok.
"kf ada masalah?"

and she replied.
"tak ada kot."

and apekah yang dimaksudkan dengan 'kot'??
dengar macam ada. hmm.. tpup lak tak cukup. mesej je lepas. huhu. rasa macam.. she's hiding something.

rindu pada kemesraan lalu.
"kakak rindu gila kat kf!!!!"

kf, sama spesis macam inche ngan kak nia. haha. kenapa?
sebab kalau ditest sikit dengan gimik tammo kawan ke apa ke, redha je.
haha. aku pna tanye, nape kf tak pernah nk mrh ke when aku ckp jgn contact aku.
selamba yaya je dy ckp,
"kalo itu yg kakak nk, kf ok je."

hmm... cover ekk? spesies inche ngan kak nia. just kak nia seems to be more pasrah than them. haha.

ouhhh serabutnya kepala. aku budak kecik. haha. budak kecik.
kalau kamu2 xsetuju pun, tetap jugak nak kata aku nih budak kecik.


Saturday, February 12, 2011

Satu Malam Merubah Segalanya

semalam aku tidur lepas subuh. sangat-sangat mengantuk. tapi sekarang tak. haha, amik kau. smash 9 jam tak terganggu lansung tidurku. 

malam tadi. perihal malam tadi yang aku nak coretkan.

malam tadi.. emm aku melamar dan dilamar. haha. nuts. :p

malam tadi aku menambah dua lagi family members. 

diletakkan di hati, diruangkan di jiwa. moga mereka berdua sejahtera.

p/s: cuma tulun, jangan kekal senget selamanya. inche fahamla tuh. haha

sorang~ inche. cukup la dikenali dengan nama tu je. 

sorang lagi~ kak nia. aku sangat happy sebab aku tambah lagi saudara. 

inche, mula2 nampak macam tak kisah je. haha, dia coverla tuh bila aku cakap aku tammo kawan dengan dia dah. tapi...

" orang nak jadi adik inche, boleh ??"

10 reasons kenapa nk jadi adik. cehhh....  haha. tuhan, aku dan inche sahaja yang tahu reasons tu semua. tapi inche komen:
" hmm semua untuk kepentingan dia je."
* wexx* tak kira. haha. 

kak nia. ni lagi pasrah.
" kak nia, pasni orang tammo kawan dengan akak lagi"

"kenapa? hmm kalau amal taknak, pasni akak tak msg lagi"

alooo... gimik jela kot.
"tammo jadi kawan akak, jadi adik akk. diterima tak??"

and she replied. 
" diterima sangat2. akak pun xde adik perempuan"

haha. yeye! terharu la pulak. kejap, kesat air mata. sob3...

itu cerita pasal dua family members yang baru kuterima. alhamdulillah, allah menambahkan kebahagian di hati. i got my family, i got kf, i got inche, i got kak nia.. 

n i got .. an s.a

pekkk! *tepuk dahi* unbelievable! 

an s.a 
kamu tak kenal aku siapa, 
kalau kamu tahu, tentu kesal nanti.
sebab aku tak memiliki kesempurnaan, aku cuma budak hingusan yang tengah dok serabut fikirkan masa depan dan jalan kehidupan. 
degree pun belum lagi berada dalam genggaman, cuma yang ada slip pmr (sebenarnye slip pun entah kemana. cuma tinggal sijil je sbg bukti aku pernah bahagia untuk pmr) and keputusan spm yang akan dikeluarkan kurang tempoh sebulan.
nasi yang aku masak pun kadang2 terlembik. walaupun takdelaa sampai tahap bubur. 
kuah yang aku masak pun kadang2 hilang rasa.
bila tak de mood, tentu tak terduga angin aku macam mana.
perangai yang gila-gila pun, belum lagi hilang dari dalam diri ini.
aku lebih suka menjadi diri sendiri.
aku tak bersedia untuk berubah untuk orang lain. 
sebab itu perlu belajar menerima aku yang sebenar. 
maaf kalau kamu kecewa. ana asifah. 


haha, jiwang berkarat-karat la pulak.elok2, kancing gigi nanti. hehe.
 jiwang2 ni patot bag kat inche je. haha. inche, si rocker yang jiwang. inche, jangan marah, nanti orang jual. :p

satu malam, menambah lagi pengalaman. 
tengok lagi ragam kehidupan.
aku gentar, tapi cool jela kan.
teruskan berjalan, jatuh. tetap kena bangun sendiri.
ada batu penghalang, sepak je ke tepi. 
kalau berat, gunakan konsep takal.
adehhh... fizik laa pulak. hehe
kalau rasa tak power nak sepak batu besar, panjat and teruskan berjalan.
sepak atau panjat, begitulah kehidupan.
teruskan je. bila jumpa halangan,
think the best way to overcome it.
*senyum*

luv the way u are.





Thursday, February 10, 2011

Cerita Hari Ini dan Semalam

Mulakan dengan cerita hari ni.

10 Februari 2011. Qid balik hari ni agaknya. Tapi tataw her flight pukul berapa. Mesej, dia bukan si penaip mesej yang baik. Haha... pernah satu mesej aku dibaca selepas seminggu. Sabar jela...
Qid cakap:
"Aku tak suka laa balas mesej. Call boleh?"
Aiseh, demand tol doktor sorang nih. Ingat aku ni ada share ke dengan harta Bill Gates? Haha... 

Okey. Esok jela aku call. Tapi Wan online tadi, mungkin dah balik kot. Alhamdulillah~

Disebabkan malam tadi, aku tidur pukul 5 pagi and bangun pukul 6 something, aku sangatlaa mengantuk petang tadi. Aku try jugak tak lentok kat office. Tak pasal-pasal lau orang jabatan serbu, adesss... wat malu je nanti.
Lepas zuhur di surau, dalam telekung aku baring. Terus terlelap dengan handphone kat sisi. Main mesej ngan Kak Nia, sampai aku tertidur. Dikejutkan mak sebab nak balik. Pukul 4.30 petang. 
Aku tak perasan la siapa yang tegur aku tadi dalam surau. Cikgu praktikal kot. Aku lepas mak kejutkan, aku duk panggung kepala. Terlelap balik dalam duduk. Haha.. malu lak. Cikgu tuh tepuk bahu aku, tanya aku kiblat. Mamai2 je jawab, aku dengar dia cakap:
"Penat ek duk sekolah mak? Kat rumah tak ade sape ye? Tu yang ikut mak gi sekolah?"
Aku angguk. " A'ah... takde sape." 
Terus mata jadi segar.  Lorhhh...da terlambat. Kang abis mak marah. Aku lipat telekung and cepat2 pakai tudung. 

Dalam kereta, aku sambung tidur. Kenapa terasa dekat pulak rumah? Kejap pulak dah sampai. Mak gi beli sayur. Aku tutup mata balik. Masyuk kena aircond..

Dumm!!! Baru nak lelap. Lorh... accident lak ngn moto. Nasib baik tak serius. Tapi mat motor tu jatuh. An Indian. Aku gila ngantuk, tak ambik port pun masa mak and mut kuar kereta. Lorr.. side mirror retak sejuta. And that man, wat sweet escape when mak mintak ganti rugi. Memang salah mamat uh, main keluar je dari simpang. Kitorang dari jalan lurus. Habis ria, kuang asyam betul!

Seperti yang dijangka, ayah agak mengamuk bila tahu. Nak wat cane kan, dah lari pun. Huhu.. 

Mak gi beli sayur. Aku pun join walaupun ngantok. Sebenarnya join ada hajat lain. Ada pasar malam, ingat nak beli taufu fa. 

Aku gi beli sayur. Tak ada senyum. Suddenly ada sorang little boy senyum kat aku. Aku senyum balik, sikit je tarik bibir. Haha.. bila fikir balik, kenapa that lil boy senyum kat aku? Korang mesti tahu kan, budak kecik susah nk senyum pada orang yang mereka tak kenal unless orang tu senyum pada mereka dulu?

O_o... 

Agaknyelah... muka aku macam zombie kot. Haha. Adik... adik... akak ni tak cukup tidurla. Tu la muka macam zombie, bibir pucat, mata pun kuyu je. Sama je time SPM... gila tak bermaya wajah. Haha... memori...

Atau mungkin that lil boy, tengok betapa tak bermayanye kakak sorang nih? And then he smiled.. 
Dia ikhlas. Aku dapat tengok dari raut muka dia. Budak-budak, polos. 

Balik, tak dapat pun taufu fa. Waaa... *sedey*
Kempunan~ gulp, gulp

Itu cerita pagi and petang tadi. Malam, lain pula mood nya.

Ada sedikit terkecik aty dengan somebody. Cuba tak layan ego. Aku pantang pada cabaran, tapi untuk apa puaskan hati sendiri dan sakiti hati yang lain kan?
Aku kan sedang meniti usia dewasa, maka? EGO BUKAN TUANKU DALAM DIRI. 

Walaupun ego suruh buat apa yang hati mahu, itu semua nafsu. DEWASA mengajar bahawa EGO BUKAN PANDUAN. =...=

Cerita semalam.

Semalam ye? Apa yang jadi ek? Rewind jap~

Ooo ye. semalam ada cerita sedey sikit. 

Petangnya, aku mencari pasal MUET. tak sangka pula cuma soalan minta diterangkn muet menjadikan kepala seseorang tambah serabut. 

Gagal mengcontrol keserabutan minda lalu luahkan kat aku. Hmm... terima jelah. Aku pun jadi takut untuk bertanya. Mungkin. Moga di alebih bijak mengawal emosi kerana kerjayanya memerlukan begitu.

Case closed. Malas nk fragile kan hati pasal benda nih. NO HARM. 







Bila Mereka Buat Transformasi


Bila Mereka Buat Transformasi


Transformers!! 
Hmmm….
Aku coretkan  entri kali ni dari dalam kereta. Tapi broadband ni wat pulak hal, xde connection. Kenapakah celcom, sanggup memperlakukan aku begini? *sob3*
Aku temankan mak gi sekolah lain jap. Takpe, kita teruskan entri kali ni.

MEREKA yang dimaksudkan di sini ialah:
KAWAN-KAWAN AKU
Aku tak ada ramai kawan lelaki. Adalaa barang satu dua orang. Kawan perempuan, huh beriban. Berderet. Penuh gerabak kereta api.
Susulan entri lepas “ HOW TO TRANSFORM INTO A…GIRL”
Aku dapat respon yang menggalakkan. Nampaknya seorang demi seorang sahabat-sahabatku sudah berubah karakter.
Yang dulunya brutal tak hengat, ingin berubah menjadi gadis Melayu tercorot gitu… hehe, tak elok. Gadis Melayu terakhir laa…
Yang dulunya sempoi lepak-lepak, sudah dibelikan handbag. Alolooo…. Amik kau! Smash!
Say cheese… bawaklaa handbag baru tu time ambik result. Ngeh3….. aku nak tengok gak.
Mungkin yang dulu enjoy guna sandal lelaki, now sudah intai2 sandal perempuan. ke... high heels kot??? siapa tahu kan?

Yang dari dulu memang gadis sejati, aku tak heranlah.
Cuma yang membuatkan aku agak terperanjat koala, geng aku yang dulunya sempoi and brutal. Mereka sedang bertransformasi!
Kalau sudah dibelikan handbag, okeylah kot. Alasan untuk letak nota kuliah nanti. Lagipun bukan kawanku itu yang beli, mak dia yang belikan. Kamu yang dimaksudkan, jangan buat perhiasan pulak handbag tuh!
Ni ada berita yang lebih mengejutkan. Adalah seorang kawanku itu… yang memang brutal tak hengat time zaman pakai baju putih kain biru…
She bought a lipstick!
taklaa nmpak macam handbag sgt :p
Huh?? Bukan tu je, celak pun beli lagi. Adesss…. Sungguh tak kuduga! Bukan sesiapa belikan, dia yang beli sendiri. *senyum meleret*
Besarnya penangan 18 tahun. Haha… besar tak besar. Hati2 guna alatan yang tak biasa, nanti kalau cucuk mata siapa susah? Aku jugakk… ( Kassim selamat versi??)
Imagine Timi bawak handbag and go jalan-jalan wif it. Hehe…* senyum tambah meleret*

Melangkah keluar dari satu alam bernama PERSEKOLAHAN, mengubah mereka semua menjadi DEWASA SEDIKIT.
Oklaa tuh, sooner mereka semua akan bergelar wanita jugak.
Nota kaki: I’m not a girl... NOT YET A WOMAN! ( itu akulaa, kamu2 bukan kot)
Bila dah bergelar siswi nanti, mungkin jauh lebih besar perubahan yang mereka buat. Tak salah… asalkan yang posititf, itulah yang sepatutnya.
Aku? Emm aku ya? Aku macam nilaa… menjadi diri sendiri adalah lebih baik daripada orang lain. Hehe… ayat tak bley tahan.
Aku pun buat kot transformasi tuh semua, tapi…
Haha… *gelak*. Kadang-kadang, ada transformasi yang dibuat, kita tammo orang lain tahu.
Kenapa? Sebab kita malu, kita pun ada ego gak…
Tapi aku tabik spring la kat kawan aku yang tetap jugak share ngan aku apa yang dia dah buat untuk menjadi SEORANG GADIS SEMASA walaupun she said:
“Aooo…what should I do? Malu nieyh… macam mana ni?? Seganlaa…“
Relax babeh! Ingat, rileks bikin success.  *Wink3*
Aku tak dapat bayangkan perasaan dia bila aku tulis entri ni. Mungkin time amik result nanti, aku boleh dikenakan RM5 kat lengan. Adehhhh… ( aku boleh terlekat kat dinding dewan)
Sorrylaa my friend… sekadar nak berkongsi dengan pembaca2 ni aje.
Walaupun dia segan nak cakap, dia tetap kongsi. Walaupun dia nampak brutal, she still the owner of a very very fragile heart…
Kenapa very very ek? Aku pun tak sangka dia boleh jadi sesentitif ni bila tiba perihal BAGAIMANA MENJADI SEORANG GADIS SEPATUTNYA. Cukup memberitahu aku hati dia nih rupa cemana.
Cewah… hati kau pulak macam mana, Mal? Lorr…. Aku cuba berhati batu. Haha… fragile pada yang MEMERLUKAN SAHAJA. Yang tak diperlukan, should be harder than the China Great Wall.
p/s: FRAGILE. PLZ HANDLE WITH CARE.
Itulah masalahnye, bukan ramai orang yang tahu handle with care. Nanti siapa yang kuciwa? Sendiri jugak…
Percayalah kamu yang berkongsi guru denganku, kita akan berubah jugak. Ikut peredaran masa, sesuai dengan usia kita. Asalkan kita tetap menjadi diri kita, bukan berubah menjadi orang lain … ASALKAN KAMU BAHAGIA. Asalkan kamu dan orang sekeliling kamu selesa dengan transformasi yang telah dilakukan.
Smile… smile… smile….
Macam tulah…. Hehe.
Sudah, sudah! Kang timbul hal lain pulak kalau senyum lebih-lebih!

Aku rasa, aku tak perlukan transformasi yang drastik untuk menjadi seorang GADIS. Aku cuma perlukan transformasi untuk menjadi seorang student yang mungkin nampak sengal tapi cemerlang. Ameen… aku tak kesa pe je orang mau kata, as long as aim aku dapat dicapai. Nanti yang nak tengok slip keputusan aku dengan mak ayah aku jugak lorr…

Panjang pulak aku meraban kali ni ek. Haha, ade kukesah? Inikan blog NUR AMALINA yang punya. Haha.
Aku tak sabar nak tengok korang semua bila reunion 25. Mungkin, aku boleh speechless tengok korang nanti. Haha… gelak lagi. Hahaha. Hahahahah. Dan hahahaha.
Mungkin masa tu, da ade cincin nikah, cincin tunang and macam-macam lagi laa. No harm, tak kisah pun.  Ok, tammo cite pasal ni dulu.

Last but not least, wishing all of u all da best. Bila sampai seru, aku pun join sekaki dua kot. Cheeseeee!


carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner