BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

welcome,welcome.. silalaa masuk. Jangan segan-segan!

PILIH JE YANG MANA

Aku Rasa... (37) cairo (4) CERPEN (2) Kenangan (4) novel : aeiou (1) Tips (2)

Sunday, October 2, 2011

.:: Bila Tak Tahu Nak Cakap Apa::.

gmt +2: 8.52 pm

dah masuk hari baru, aku baru nak post benda ni. 


berdebar rasa tak tentu hala. hah! kelas akan bermula! 

okay. let me start with the story of today. 
hari ni pergi jalan-jalan dekat City Stars. Bawak kakak Syera, from Alex menengok Cairo yang sedang-sedang sahaja indahnya. 

eh. ya. pergi dengan teksi. pergi dengan tenang. pulang?

awal masuk entrance entah mana City Stars, alat penggera berbunyi. And pekerja tu cakap arab pulak kat aku. Haish! So aku cuba tangkap apa yang dicakap. oK, FINE!

Aku keluarkan jugak handphone dalam poket. Barulah dia angguk and benarkan aku masuk. Ish, kat situ jugak. Kat situ jugak aku buat statement:

"Isy, kat KLIA pun tak bunyi masa handphone aku dalam poket."
muka tak puas hati . 
Roo8 gelak-gelak.

Cari HSBC punyalah penat. Last-last tanya kaunter info gak. Tiba-tiba rasa City Stars besar betul! Seingat aku ada fountain je dulu. Puas jugak cari piano, sebab dekat HSBC tu , ada piano yang diletakkan dekat tingkat bawah. Jumpa tapi... belum bukak lagi. Near 10 am already, hmm...

Apalagi, 
buat round terus. 
Satu-satu kedai masuk. Huh? 
Mak ai! Hah, banyak betul fulus yang diperlukan!

Collection untuk summer masih ada. Saja tengok-tengok overcoat, sebab tak lama lagi winter.
Gila kentang! Rasa tergujat bila tengok satu overcoat ni, harga dia?
5000++ EGP. Oh my! Siyesly boleh lepas tiket flight aku balik Malaysia, including la kalau nak pergi Paris ke apa ke. Hah!

xdapat nak upload pic sebab usb buat hal. sorry!


sebab dah zohor,
aku pun dah tersangatlah laparnya,
aku dengan roo8 terus cari foodcourt.
2 kali kot pusing foodcourt!

mulalah teringat nasi goreng kat foodcourt tesco!

memang yang aku nampak fastfood jelah berderet-deret kat situ.
*sigh*

mulalah terjadinya insiden yang membuatkan aku terkebil-kebil banyak kali.

aku: ( akhirnya memilih untuk makan dekat al-baikk) .
dengan ayunya aku tunjukkan hidangan nombor berapa yang aku nak.

pekerja: (ckp something yang aku  tak dapat nak catch up)

aku: (kecikkan mata. ) bikam? (dlm amiah, berapa?)

terus bayar je 100 EGP. lepastu cashier tu cakap something.
senang cerita, dia tanya ada duit kecik tak. terus aku geleng.

cashier tu tanya aku nak air apa.

aku: mirinda! (dekat sini, tak ada air milo ke apa. yang ada cuma air gas je. tak pilih mirinda, ada pepsi.
tapi pepsi aku tak laratlah nak minum. gas dia boleh buat aku bernafas macam lembu naik angin!)

pekerja: burtuul au tuffah? (oren atau epal?)

aku : burtuqal! (oren!)

entahlah. mungkin muka aku ni betul muka foreigner,( eh of courselah) ,
walaupun aku pernah ditanya arah jalan oleh arabian
maka, cashier tu pun ulang balik soalan dia.

pekerja: orange or apple?

aku dah semacam.

aku: burtuqal!

dia tunjukkan setin mirinda oren.

aku: (angguk.) aiwa!

lepastu ,
aku request air mineral.
parah, parah, parah!
ni memang masalah komunikasi yang sejati!

aku : mineral water! (siap tunjuk lagi pada air mineral dalam peti sejuk tu)

pekerja: (pandang aku sambil cuba faham apa yang aku nak)

serious lah!
aku pun tak terlintas nak cakap air putih dalam arab. selalu aku request air masak kat kafe aku cakap arab.

akhirnya,

aku : akuafina! ( memang nekadlah bila aku cakap ayat ni.)

haha. akuafina? tahu ape tu?

ni la akuafina. jenama air mineral tu. haih!


kan dah. haha nak tergelak pulak rasa bila aku sebut macam tu.

seriously aku lega bila akhirnya cashier tu paham jugak!

lepas tu , timbul lagi masalah komunikasi.

pekerja: sughaiyarah au kabiyarah?

aku?
kerut-kerut dahi lagi.

pekerja: big or small?

haih! betullah amiah ni.

dulu belajar kabir( besar) atau saghir (kecil).
tak ada pun tambah extra 'ya' lagi.

betullah . isk2.

lepastu? balik!

yeah, balik pun masalah lagi.

dua teksi aku tahan. semua tak nak hantar.

aku: hayyu sabi'? (seksyen 7?)

pemandu: la' (sambil geleng and terus jalan.)

frust.. frust.. frust.
memang itulah masalahnya. bila sebut sabi' je, memang
dyorang tak nak hantar sebab jammed.
lah, biasalah tu kan!

bila waktu pulak cairo ni tak jammed ?
cecite?

hari raya aje oke!


akhirnya ada jugak.
bila sebut suruh hantar kat rumah, driver tu macam blur pulak.
habis keluar semua landmark,

hadiqah dauliyah! (taman negara) *depan rumah *

misr wa sudan! (pasaraya)

auch!
dia bawak jalan lubang tikus.
of course lah kami ni tak cam betul jalannya.

lepastu,
sampai jugak belakang taman negara. mak aih!
jangan buat pasal.
dah lah berat ni, takkan nak jinjing beg penuh balik rumah kot?

masa driver tu nak u-turn,
entah macam mana dah boleh tersekat pulak.

aih!
around 10 minutes jugak gaduh kat situ.
masing-masing tak nak beralah. haih, masalah!

sampai jugak rumah walaupun payah sikit.

first time pergi tanpa senior. tak pelah.

*experience*

aku snap pic tengah gaduh tu, tapi sayangnya tak jumpa dalam phone ni. 
#sigh#






thru my window!

ni la rupa belakang rumah aku. sebab bilik aku pun menghadap belakang, redha la. kalau dawn, cantik !
tengah hari terik pun cantik, langit biru je. tapi dlm pic kureng la,, silau kot.



itu pemandangan bila aku lepak kat meja roommate. haih!
bukan tak ada meja sendiri, tapi sukalah.
lagipun kalau berangin memang masyuk lah !


*****
cukup cerita pasal ni.
wasalam.


mood: *masih bersedih sbb video dan pics hilang disebabkn mem card yang dah xbetol!*




0 comments:

carian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

poweredby NuR aMaLiNa

Powered by FeedBurner